Thursday, February 25, 2010

Bandung-Jakarta Trip 18-22 Feb 2010

Hye all~~~

Rasanye masih belum terlambat untuk saya bercerita tentang trip kami ke Jakarta-Bandung, Indonesia pada 18-21 Februari 2010. Ianya satu trip yang sangat2 best. Despite of having so many probs (i.e: supir yang tak mahir jalan di Bandung, kena tipu ngn Pak Dedi iaitu supir yang sepatutnya ambil kiotrang di airport dan menjadi supir sepanjang kami kat sana, masalah kekangan masa-tak cukup masa nak shopping etc.). Tapi, overall satu trip yang amat best since pegi ngn kawan2 terchenta. Tu yang paling berharga.

Sepanjang berada kat sana, banyak benda yang kami perhatikan mengenai warga Indon ni. Yang paling saya nak cerita is the way the drive. Sangat menakutkan!!! Rasanya diorang ni takde undang-undang jalanraya kot. Main hentam kromo je. Bayangkan kalau anda sesuka hati leh buat pusingan U-turn di tengah2 jalanra
ya yang sesak? Pastu bayangkan kalau anda boleh berhenti sesuka hati di tgh jalan untuk ambil penumpang? Lagi satu diorng ni suka sangat honk kenderaan lain. Bunyi honk tu mmg dh biasa sgt kat sana. Termasuk supir kami yang agak kuat gak nak honk2 org. But diorng ni tak mara2 kalau terjadinya mcm tu. Senag cite, diorg saling memahami dan bertolak ansur di atas jalanraya. Sebab tu semua org leh buat sesuka hati, sebab takde sape yg akan mara. Pengangkutan awam utama mereka ialah "Angkotan Kota". Kat sana nak nampak bus macam Rapid KL mmg susah. Diorg guna "angkotan kota" (macam van) sbg public transport utama. Lagi satu, diorang ada "bajai" macam tut tut kalau kt Thailand. Bajai ni murah je tambang dia (10 ribu rupiah) boleh naik 3 orang. Huhu. Tapi agak bising skit la bunyi enjin dia. Beca pon ada gk tp tak byk sgt. Orang-orang kat sana agak peramah, tp kalau tgk kita semacam je. Diorang ni kalau sekali tgk kita mmg tau kita orang Malaysia. Macam mane diorang leh cam xtau la plak kan? Maybe orang Malaysia bentuk muka dia lain kot. Tapi yang tak bestnya kalau shopping, diorang suka nak naikkan harga (maklumlah tourist katekan). Kalau utk org Malaysia diorg dh letak harga tertentu. Kalau tawar pon skit2 je. Susah tul. Ada satu tu lagi la, tak leh tawar langsung! Harga grosir (borong) katanya. Huhu.

Baru 4 hari kat sana, banyak pertakaan Indon saya belajar, contohnya:
Macet = traffic jammed

Obral = murah

Gratis = percuma

Grosir = borong

Resleting = zip

Kancing = butang
Tas = beg tangan

Sepatu = kasut

Cumi = sotong
Nasgor = nasi goreng (ni yang paling kelakar, sesuka hati ni shortform kan)

Bebek = itik

Anduh = tuala

Rumah makan = restoran

Kanker
= kanser
Rumah sakit
= hospital
Supir = pemandu

Tudung = jilbab/kerudung

Alpukat = jus avocado

Air kosong = aqua

Sapi = lembu

capek=penat


Huhu. Tu je la yang saya ingt. best belajar
perkataan2 baru ni. Pasal makanan lak, kat sana boleh tahan la masakannya. Cuma saya tak berapa masuk ngan Masakan Padang. Masakan lain ok kot. Belasah je. Yang paling best Jus Alpukat (Avocado). Memang best!!! Korang kena try kalau gi sana. Recommended.

Ada satu benda je saya tak berapa gemar mengenai Indonesia ni iaitu budaya meninta tips. Mane2 gi pon mesti ada yang akan minta tips. Tips selalunya orang tak mintak, selalu kita yang akan bagi (kalau rasa benda tu berbaloi, baru la bg tips kan?). Kadang2 tension gk, ingat kita cop duit? Bukan kedekut, tp kalau diorg asik2 nak mintak, bankrupt la kan. Huhu. Pastu, mentaliti orang sana, kalau warga Malaysia yang datang sana mesti orang kaya. Ye la, boleh jalan2, siap borong macam2 lagi. Wahai bapak2 dan ibuk2, kami datang ni pon kena kumpul duit tahu tak? Kalau tak kumpul, tak dapat la nk holiday. Huhu.

Ok la, malas nk cerita lagi, layankan pic-pic ni:


Keberangkatan ke Jakarta

Pemandangan dari atas

Dah sampai kat Soekarno-Hatta Airport. Yay!!

Tangkuban Parahu (sejukk kat sini, tp ada matahari terik, pelik kan?

Me =)

Cantik sangat pemandangan kat sini

Cewek2 yang suka sangat bergambar

Ini la bajai (public transport kat sana)

Di salah sebuah Factory Outlet kat Bandung

Kat Cibaduyut, Bandung (tempat jual tas dan sepatu kulit sapi)

Di Tanah Abang-Jakarta (rambang mata shopping kat sini)

Di sekitar Cihampelas, Bandung (tempat jual jeans)

Nasi Tembel, lauk ikan bawal (not bad la, tp manisss)

My favourite drink kat sana - Jus Alpukat

Angkotan Kota (public transport yang famous kat Indonesia)

Kepulangan ke Malaysia, kepenatan time ni

p/s: Planning to go to Sydney, Bali, Krabi or Beijing after this (kalau ada duit lebih la kan). Ntah bila-bila. Huhu.

Wednesday, February 17, 2010

Jangan jadi GILA

Salam semua,

Actually, dah lama nak update blog ni. Tapi tak sempat2. Huhu. Banyakkkkkkkkkkk sangat stories nak update. Tapi hari ni saya cerita pasal pergi Kursus Pengurusan dan Pengacaraan Majlis hari tu la from 9-11 Februari 2010 (bosan kan? tapi nk cerita gak).

Huhu. Seriously, kursus yang saya pergi tu sangatttttt best. First time ever dapat pergi kursus yang best macam tu. I really adore the speakers pada hari tu; PM Dr. Muati, PM Dr. Azahari dan Dr. Hamisah. Semuanya best2 belaka. Diorang sangat sporting and participants pon mmg sgt close. Walaupon ada la dalam 20 org je peserta, tapi we all sangat close. Jumpa ramai kawan2 baru. Seronok~~~

Paling best talk from Dr. Azahari. Banyak benda baru we all belajar dari dia. He is so good! Kursus ni tak bercerita direct pasal Pengurusan dan Pengacaraan Majlis. Tapi ia lebih umum dan membuatkan kita berfikir. Susah nak cerita, kena panggil Dr. Azahari terangkan. Apa yang dia cakap akan membuatkan kita BERFIKIR (tu yang paling best dan berkesan).

Selama ni, baru saya perasan yang kebanyakkan kerja saya buat adalah di dalam keadaan GILA. Haha. First sekali masa mula-mula dia bagi talk dia cakap pasal GILA. Memang takde kena mengena dengan tajuk kursus kan? Tapi daripada cerita GILA dialah membuatkan saya berfikir. Tau tak ape makna GILA? GILA bermakna: tau ape yang anda buat dan faham ape yang anda cakap. Ingat tu. Dalam ISLAM pon ada cakap tahap baligh seseorang selain dari datang haid (bg perempuan) dan mimpi basah (bg lelaki) adalah apabila dia tau bezakan mane baik, mane buruk a.k.a TIDAK GILA.

Jadi selama ni, adakah korang tau korang ni GILA ke tak? Korang paham kerja yang korang buat? Selalu saya ckp dan sy dengr org cakap "Malas la nak buat kerja ni, tak paham pon" atau "Malas nak pk, asalkan siap". Kalau korang pernah ckp mcm tu, maknanye korang buat kerja di dalam keadaan GILA. Jadinya, kalau korang betul2 tau ape yang korang buat dan faham apa yang korang cakap, then kerja korang akan perfect! Tiada masalah stress, pening and macam2 lg la.

Panjang lagi cerita GILA ni, kalau berminat tnya la saya direct and saya boleh cerita panjang. Lagi satu saya belajar tentang ambil tahu makna sesuatu perkataan. Sebelum kita buat sesuatu, kena tau makna dulu. Jangan main cakap. Dah tau makna baru kita boleh huraikan. Sebenarnya kalau tau makna apa yang kita cakap lagi bagus. Kalau kita pon tak tau ape kita cakap, mmg la susah. Kena belajar tau makna sesuatu perkataan. Ok, kalau saya tanya makna "maruah," ada sapa2 boleh terangkan? Jangan cakap harga diri sebab harga diri tu perkataan seerti dengan maruah. Saya nak huraian. Hari tu Dr. Azahari tnya makna maruah, sorang pon tak boleh jawab. See? Makna sesuatu perkataan tu penting untuk kita tau dan ambil tau. So, bermula dari sekarang, sebelum cakap apa2 atau bagi idea, kena tau makna disebalik perkataan tu., barulah kita TAU ape yang kita buat nanti.

Dr. Hamisah pulak sangat adorable. Hehe. She is good too. Dia ni slalu jadi MC di fakulti beliau. Banyak benda yang saya belajar tentang jadi MC. One thing yang saya notice Dr. Hamisah ni suka warna merah, tp last day dia pakai warna hitam. Huhu. Dan dia ni sangat confident orangnya. Patutlah selau jadi MC. Sebenarnya tugas MC adalah sangat berat. MC yang baik dan bagus adalah yang buat teks sendiri, cari bahan sendiri dan boleh MENYERIKAN majlis. Tu yang paling penting. Hopefully, lps ni saya boleh aplikasikan tip2 Dr. Hamisah bila jadi MC. Sebab saya rasa selama ni saya agak membosankan masa jadi MC. Huhu.

Kesimpulannya, kalau nak buat majlis kena tau:
1) Majlis tu majlis apa
2) Fikirkan satu konsep/tema majlis (cari kelainan, pembaharuan)
3) Tubuhkan Jawatankuasa
4) Buat persediaan sebelum-semasa-selepas majlis
5) Perlu buat back up plan / plan B untuk emergency case
6) Cari MC yang boleh serikan majlis.
7) Buat event-tailing (sampingan) supaya majlis akan lebih menarik
8) Buat majlis yang sentuh hati, masuk akal

Ha, majlis yang sentuh hati, masuk akal tu meaning majlis tu memberika kesan kepada para tetamu. Ataupun, kehebatan majlis tu menjadi bualan hangat para tetamu selama 40hari 40malam. Memang susah nak buat majlis yang sempurna. Tapi kalau para tetamu tersentuh hatinya, dan majlis tidak merapu a.k.a masuk akal, maka anda telah berjaya mengadakan satu majlis yang hebat!

So, kalau nak buat majlis pastikan setiap majlis yang diadakan berlainan daripada yang sebelumnya. Kelainan tu penting agar tetamu tak bosan!!! Lagi satu, adakan majlis yang "sentuh hati, masuk akal". Ingat tu. Hehe.

Sebelum tu, enjoy the pics:

Me with PM Dr. Azahari Ismail (Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Me with Dr. hamisah Zaharah Hasan (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). FYI, lecturer ni pakai handbag Coach Peyton warna merah (new collection from Coach). Ada class~~

Oppppsss, before we end, saya nak share my handbag yang baru je sampai from US. Dibeli di blog: http://shopmeholic.blogspot.com. FYI, saya dah check the authenticity handbag ni di butik Coach, The Gardens dan disahkan tulen. Huhu. So, sape2 yang nak beli kat blog http://shopmeholic.blogspot.com/ and blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com/, dijamin barang-barang yang dijual adalah tulen and original. Cuma barang yang dijual ada defects skit2 (tak obvious pon) atau yang dah habis season di US. For my handbag, ada skit stain color biru dekat handle handbag tu. But serious tak nampak sangat. Lagipon macam tersorok. FYI lagi, saya beli handbag ni dengan harga RM790 (actually birthday present from my bf, dia bagi 70% of the price, tq dear), kalau kat butik, exactly the same is RM1600. See??? Huhu. Kesimpulannya, beli je la kat blog. Barang sama, mungkin kualiti barang kurang skit. But its up to masing-masing punya pendapat and taste. Kalau saya, saya dah bersyukur dapat handbag ni walaupon tak dibeli di butik. Huhu. Handbag ni sangat roomy, means ruang dia luas. Boleh isi macam2, kamera saya pon muat. Then, dia boleh pakai dua cara, means nak tote boleh nak carry mcm tu pon boleh. Love it~~~

Coach Madison Op Art Sabrina Satchel

p/s: Tak sabar nak fly ke Jakarta esok. Wish me selamat pergi dan selamat pulang. Hooreyyy!!!

Friday, January 29, 2010

Friday Nite @ TGI Friday's

Hye everyone..

Yesterday was my 26th birthday. It was fun and meaningful since i dapat surprise. Huhu. My beloved bf sent me a birthday cake at my office and it's my favourite cake (Choc Indulgence). Tq very much dear. Pastu, makan ramai-ramai kat pantry. Siapa-siapa yang tak dapat tu, sorry sangat. Tak pe, tahun depan ada lagi. Hehe.

So, like usual, we will celebrate the day by having a good meal. Means me and my bf akan keluar and having dinner together. Hehe. Last nite, we chose TGI Friday's at Wangsa Walk, Wangsa Maju. Saya tau sangat jauh, tp dah terlajak ke sana actually. Our main plan is to having dinner at Naili's Place, Ampang Point. Nak try la, but bila lalu kedai tu, saya nampak mcm tak berkenan sangat la. Hehe. Tak se'special' yang disangka. So, we decided to go to Wangsa Walk since memang tak pernah lagi pergi sana. FYI, Wangsa Walk tu adalah sebuah shopping mall baharu di Wangsa Maju. Tak aci sungguh kan? Sebab time masa saya kt UIAM dulu, benda-benda ni sume takde lagi. Sekarang kalau nak tau, Wangsa Walk tu dh jadi mcm Jalan Telawi, Bangsar. Happening sungguh. Huhu.

Saya order Friday's Shrimp and Strawberry and Lemonade Slush. My bf order Cheese Burger dan juga Green Apple Slush (sangat sedappp). Sangat best dan puas hati plus memang banyak serving dia. Satu dish boleh kongsi dua orang actually. Kitorang makan tak abis pon. Price wise memang sangat berbaloi. Huhu. Total semalam RM70++.

For present, jeng jeng jeng~~~I dpt my dream handbag. Huhu. Kalau ingat last entry saya ada attached pic handbag tersebut (warna pink tu). Alhamdulillah~~~ Because of harga handbag tu agak melampau, my bf bg 70% je lagi 30% tu i tambah la duit sendiri. Huhu. Tapi sangat gembira. Tq my dear bf =)

Last but not least, enjoy the pics:
Friday's Shrimp yang lazattt

Cheese burger yang superdelicious (kate si bf la)

Birthday girl =)

Tukang belanja. Huhu.

p/s: Happy Birthday to me. I wish to be a good girl and a good servant of Allah. Amin~



Wednesday, January 27, 2010

- - - I WISH - - -

Out of sudden, i feel like i wanna share with you my dream house. Yes, I am so crazy bout interior design. I like things to be pretty, beautiful, comfort, relaxing and organized. I wish one day I can afford to have my own house with my own touch. Ngeeee~~ So, ladies and gentleman, please enjoy the pics.

First and foremost, lets check out my dream bedroom. It is a personal and private place and it must be things and colours that i like. I wish to have a white+pink combination colours of bedroom simply because they are my favourite colours~~
Very organized, neat and modern look (i like the bed and dressing table)

Very pinky, organized and simple (i like the bed too)

My first choice~ very neat and organized with minimal furnitures and a good combination of colours plus good lighting (i like~~~)

Then, here comes the dream bathroom..........

Pretty, clean and so luxury (wish to have this only one)

Ok, lets move to the dream living room....
Very calming and refreshing (i like the chandelier)

Very moderate and looks stylish

My first choice, very classic and elegent. Besides, its purple!

Now, its my dream dining room.....
So neat and tidy (love the lights)

Very luxury and classic, plus it's suitable for a big family

My fisrt choice, cute and simple with minimal space

Last, but not least, welcome to my dream kitchen....
This one is my bf's favourite colour combination (red+black). He wishes to have this kind of kitchen soon (part of me say no, part of me say yes. huhu)

This one looks so whiteeee and clean plus modern and it's so me~~

This one is so organized and looks so hommy, resembles the faces of our mothers (i like the fresh flowers, so relaxing), my favourite~~

This one is so neat and the colour is not too white plus very organized too.

Well, I wish to have my own dream house soon. One thing that i want to highlight is the colour. I fall in love with white, it's so relaxing and looks clean and pure. Plus, if its combined with pink, it will be so sweet and fresh.

To summarize my dream house:
  • Furnitures or accessories must be white or combination of white, pink or purple.
  • I like classic furnitures, yet look modern.
  • Must be neat, tidy and organized.
  • I like it to be moderate (means minimal furnitures and colours).
  • I like fresh flowers (white or pink+purple) as accessories. It's refreshing and relaxing.
So, what is your dream house? Share la =)

Tuesday, January 26, 2010

Enak~

Hye all~~~

Semalam terasa sangat best since poket kembali berisi. Huhu. Oleh yang demikian, saya dengan sukacitanya telah menghadiahkan diri dengan rawatan urutan badan yang sangat sangat sangat enak~ Lega satu badan, sengal-sengal otot tidak lagi terasa. Tapi harus diingat, urutan Thai sangat ganasssss. Haha. Sakit tapi sedap. Macam mane tu? Haha. Lu pikir la sendiri~ Telah mendapatkan rawatan 'upper body massage dan juga foot reflexology'. Hanya RM55 untuk 1 jam urutan. Hasilnya sangat puas hati. Ape yang boleh dikatakan oleh tukang urut itu hanya "wah, so hard" atau "computer, hard" atau "relaj means relax" (hahaha, pelat skit and xtau bercakap omputih). So hard tu means urat2 saya sudah keras and bersimpul2 sebab terlalu lama tengok komputer. Tapi itu masalah biasa kot. Sape-sape pon mesti urat especially kat tengkuk dah bersimpang siur bagai kan? Maklumla keje ofis memang memerlukan kita untuk bekerja dgn komputer hari-hari selama 8 jam. Kan? kan? kan?

So, sape yang rasa lenguh2 tu dinasihatkan pergi la berurut. Kalau urat dah degil sangat dan keras, nanti lagi susah. Tak baik untuk badan, since bila urat bersimpang siur, perjalanan darah terganggu, then, angin pon tak leh keluar, tersekat di celah2 ke urat kamu yang dah keras tu. Ade paham? Part yang paling best masa dia urut tulang belakang and tengkuk. Sangat la terasa ke'best'annya. Lepas ni nak try aromatherapy, agak mahal sedikit, tapi saya yakin mesti lagi enak!~

p/s: Masih lagi dalam mood excited untuk ke Jakarta. Yihaaaaaa~~~

Tuesday, January 19, 2010

K-A-R-A-T-S-

Updatenessss~~~~
  • Last weekend, jalan-jalan gi Mid Valley, then bosan juga sebab dah tawaf satu Mid Valley, still rasa bosan. Then, pegi la The Gardens. First time ever tawaf satu The Gardens tu, masuk kedai-kedai yang belum pernah masuk. Huhu. Terjumpa satu kedai yang agak best; Promod. Not bad, harga berpatutan, yang penting jumpa tregging/jegging yang murah. After less RM60-70 je kot, kalau tak silap. But, kain dia agak lembut. Then, masuk Warehouse, mahal nak mampos. Haha. Pastu terasa lapar makan kat Garden Foodcourt. Makan kat gerai blakang2; Ayam Penyet; Indonesian traditional food. Haha. Order udang penyet and bf order daging balado. Sedap gk. Minum air appple with milk puding pon best gak. Recommended la jugak. Environment best, bersih and tak ramai orang. Harga ok la, mcm kat foodcourt2 yang lain.
  • Baru selesai sambutan Hari Kualiti di tempat kerja. Ditugaskan sebagai EMCEE (sekali lagi). huhu. Tapi kali ni berpasangan ngn En. Faris. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. EMCEE maybe agak over. Hahaha. Sorry, kalau i terover tadi. Tapi terasa sgt happy since menang cabutan bertuah, hadiah yang paling last pulak tu iaitu hamper makanan yg plng besar (ni kes nak bg aku gemok la ni, haiishh). Bertuah pon i di INSPEM. Weeeeeeeeeee... Tahniah kepada para pemenang, yang tak menang, tahun depan cuba lagi. Huhu.
  • Weekend ni takde planning ape2. Maybe nak duduk rumah je rehatkan diri. Macam tak ckup tido je. Badan baru terasa sakit2 akibat bermain futsal kelmarin. Hahaha. Kenapakah baru sekarang engkau mahu sakit wahai badan?
Ok la, saja nk kongsi pic. Saje letak pic utk nampak menarik. Ni adalah my favourite dish di Black Canyon Cafe dan juga random pic from my hp. Huhu.

My fav drinks: Black Canyon Iced Coffee

My fav dish: White Rice with Combination of chicken, prawn and chillie (mine is without chicken)

Another fav drinks: Iced lemon tea (memang sangat sedap!!)

Huhu. nak gak letak pic ni. Ini lah my MAC mineralized kit: Pinkzapopping!


This one is my wishlist handbag: COACH Kristin Tote. Bila la dapat nak beli. Mahal sangat~~~

This one MAYBE will be mine (kalau ada rezeki). COACH Madison Op Art Sabrina Satchel. Suka2 sebab ia pink~~

p/s: Excited nak gi Jakarta. Mau shopping sakan. Hopefully everything sume ok, and takde aktiviti2 yang penting di tempat keje. Boleh la i holiday dgn aman bersama kawan2. Ngeeeeee~~

Thursday, January 7, 2010

R.I.N.D.U

Semalam sy pergi UIAM. Mahu menghantar laptop adik En. Azfar. Excited nak pergi since dah lama tak menjejakkan kaki ke universitiku itu. Wuuuuuuuuu..

Keadaan masih sama, kecuali terdapat banyak bangunan baharu dan kebanyakkan bangunan telah dicat dan nampak ceria. Perasaan sangat terharu bila lalu di sekeliling UIAM tu. Teringat memories dulu-dulu. Macam.....

  • Haaaa, ni la tempat aku tunggu bus~~
  • Ni laa port aku dan kawan-kawan after kelas
  • Ohhhh, jalan nak gi class dah berbumbung..
  • Air sungai masih lagi warna coklat teh susu. haha. (selalu ada biawak kat sini)
  • Errrmmm, kat sini la tempat aku gado dulu ngn ex (haha)
  • Bila lalu library, aikk, dah tinted? Teringat dulu g library time final exam je..
  • Lalu jalan nak gi kolej, teringat cafe yg ada yong tau foo paling sedapppppp. Mane2 pon tak leh lawan tau.
  • Lalu main hall, teringat tempat ni la aku ambik final exam..
  • Kat sini la aku ambil kelas "Intro to Law" (masa lalu Kuliyyah of Law)
  • Rindu panggilan "brother" and "sister" kata nama sesama sendiri
  • Rindu dekat all my lecturers (sir and madam-kami tak panggil Dr. or Prof.)
Wahhhhhhhhh~~~ terharu and sedih. Terasa nak belajar semula. Happy je setiap masa. Hehe. Time belajar, belajar. Time tido, tido. Time huha huha, wat keje gila. Sangat rindu~~~ Sangat rindu nak tengok CD or DVD ramai2, rindu makan ramai2, rindu nak main game kt bilik kawan2. Hahaha. Zaman belajar kat U ialah zaman yg paling besttttt. Semua tu memories yang tak akan sy lupakan.

Pastu pusing UIAM, singgah makan kat tempat favourite (tak ingt nama tmpt tu). Tapi ada asam laksa and mee kari yang paling sedap. Huhu. Tapi dah naik harga; asam laksa RM3.50 and mee kari RM4.00. Huhu. Ape2 pon mmg still rasa sodappp.

p/s: I love my university...RINDU UIAM~~~

Tuesday, January 5, 2010

Jegging and Tregging

Hye all~~~ Berjumpa kita di tahun 2010. Yiiiiiihaaaaaa.

For this 2010, i tergila-gilakan jegging and tregging. Haha. It is a little bit lame sebab trend ni dah lama "in". But i juz found out jegging and tregging yang sesuai untuk i. Huhu. Before that, for your information, jegging or tregging is one of a kind like skinny jeans/pants. Before this, memang sangat sukar untuk i mencari skinny jeans yang sesuai dan nampak 'cool'. Haha. Kalau ada pon for sure tak muat kat my hips atau akan kelihatan seperti membalut bantal peluk a.k.a bolster. Huhu. Before this ada leggings je, but tak pernah berani nak pakai. Course akan ternampak sedikit lemak walaupon tak kelihatan, tp amat memalukan bagi saya. Haha. Kecuali la kalau pakai ngn dress kan?

Nak dijadikan cerita, i terjumpa my favourite tregging and jegging kat Topshop MidValley. Mula-mula memang akan kelihatan sangat kelakar pada zahirnya. Then, bila dah try nampak macam cool pulak. Yang bestnya tregging and jegging ni kain dia agak keras skit (seperti kain jeans tp sedikit lembut), so lemak-lemak anda akan hidden. Haha. Pastu, akan nampak la ilusi legs yang sedikit kecil drpd kebiasaannya. So, my first jegging is warna hitam from Topshop RM139. Bila dah jatuh hati, i telah membeli lagi satu warna grey yg agak bleach skit, also form Topshop RM139. Actually, i tak jumpa jegging or tregging ni kat mane-mane except Topshop. Kalau ada sape2 tau kt mane i boleh dapat, please inform me yea...

Ok people, below is the example of jegging. Macam ni la rupanya. Huhu.
Oppsss, this year jugak i ada terbeli M.A.C mineralarize kit named Pinkzapopping! RM300:- ada mineralize blusher, mineralize beauty powder, mineralize eyeshadow ngan satu brush. Colour yang sangat cantik and very freshh~~ Actually, masa baru launch tu ade gak tengok2 tp malas nak beli. Kebetulan my dear friend; dilla, ada kirim belikan for her sis. So, i pon ambik kesempatan la suruh the promoter makeup my face using the mineralize kit and the result is awesome! Hehe. So, terbeli jugak la kan. It's really worth it since kalau takde promo tu campur tiga barang and brush tu dah hampir RM500. Pastu dapat lak box yang sangat cute. Promoter tu kata boleh tahan 2 tahun sebab pakai skit je dh ok, i percaya since my previous MAC cosmetics sume pon blum habis dipakai lagi, yang langsung tak sentuh pon ada. Hahaha. Dulu kan i borong sakan masa warehouse sale.

That's all updates for my first entry in 2010~~~

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun BAHARU 2010~~~

Happy New Year 2010~~~

Lalalalala~~~ Wah, tiba-tiba je dah tahun baharu. Cepat sangat masa berlalu dan lagi cepat la umur kita meningkat. Hiha.

Anyway, saya tidak ada apa-apa plan untuk sambut Tahun Baharu 2010 ni. Malas, nak relax kat rumah and tido. Hahaha. Then, my mission nak kemas my wardrobe yang tak muat-muat tu. Rasa nak beli lagi satu almari, serius almari dah tak muat!!!

Tapi, saya ada buat sesuatu yang baharu untuk new year ni. I went to saloon yesterday for hair rebonding. Huhu. This is my third time saya rebonding rambut. Semalam cut+wash+treatment+rebonding = RM150 and saya sangat berpuas hati. Huhu.

Seperti kebiasaan saya takde resolusi untuk tahun baharu. Tapi saya ada target certain2 date for my big day. Hehehe. Tu je la, malas nak fikir yang melampaui batas yang saya tahu saya tak kan buat even dah berazam pon~~~ Hahaha.

So guys~~ Happy New Year 2010!!! Yang lepas jadikan pengajaran dan yang akan datang adalah cabaran. Chill~~~

Monday, December 28, 2009

:: Holidayness and Weddingness ::

US at Farah's wed
=) bergumbira bersama pengantin
Me with Farah before the akad
With siblings @ Eye on Msia-Malacca
One happy family @ A Famosa Malacca

Salam all~~~ Juz nak update my recent activities on previous weekends.

18-20 Dec 2009
  • Went to Malacca with family, it was fun and happening coz berkumpul ramai2 and enjoying makan-makan and jalan-jalan together.
  • Unluckily, Malacca was not in good weather. Hujan jeee~~
  • Overall, sangat happy jalan-jalan ngan family, yay!!
25-26 Dec 2009
  • Went to Kuantan attending housemate's wed: Farah Azura
  • Really a meriah wed with orangy theme
  • Seronok sebab dapat jumpa my niece nad nephew (kebetulan my sis duk Kuantan)
  • Overall, was a successful wed. Congrats Farah~~
New year is on the way... I dun have any resolution yet. Never~~~ Haha. Tak permah berhajat, percayakah? Sebab i like things to be happen just like that without knowing what, when, where and how. Baru la misteri~~~

But i have my own wishes : To be more successful in my carreer and relationships with bf, friends and everybody and last but not least to live happily with my family-juz like before . Love my family~~ That's it.

Thursday, December 17, 2009

Lucky RM500

Wahhh~~~ today got gaji ohhh. Then, got another RM500 for bonus ohhh. That's great ohhh. Haha. Sukanyeeeeeee~~~

Alhamdullillah, today gaji sudah masuk. Teruja sangat! Boleh la membeli dan belah selepas ini (keje aku nk habiskan duit jeeeeeee). Then, esok nk gi holiday wif family to Malacca. Why Malacca? Ntah, i pon tak tahu, dah orang plan, ikut je la kan? Huhu. Every year mesti ada family gathering/holiday, kalau tak buat macam ni, berkumpul hanya masa hari raya. And for this particular gathering, everyone must take part (no excuse!).

Kerja ofis agak slow skit hujung2 tahun ni, merasa la nak berfoya2 skit. Haha. Kalau tak, mengadap komputer je!

Holiday! holiday! holiday! yeahh, yeahh~~~

Monday, December 14, 2009

Projek Hari Minggu yang Lalu

Congrats to K.Ziela, my assistant dulu. Now dh jadi seorang guru.

MXPX Live in KL on 11/12/2009

Layan gila~~~

Hye all, juz nak update sedikit tentang hari minggu bersama dieda. Hehe. First of all, last Friday, Selangor cuti sbb birthday sultan. Yang bestnya, me and bf telah pergi ke gig MXPX, one of the oldest punk rock band form US. Actually, yang minat sangat2 tahap jakun gila kat MXPX ni my bf la. I pon suka juga, but not that jakun. Hahaha. What i can say is: Superb! Crowd pon tak ramai and i wonder why? Coz i think they have their own followers especially punkrock scene kat Msia ni. Maybe kurang promo or maybe sebab buat hari Jumaat (Selangor je cuti). Negeri lain tak cuti. Dah lama tak gi gig (last masa zaman UIAM), sebab dah malas nak layan benda2 macam ni. But hey~~ this one is MxPx lorrr. Have to go no matter what. Ntah bila-bila lagi diorang nak datang lagi. Kebetulan sekarang memang diorang tengah tour Asia. Yang agak mengeciwakan ialah diorang tak nyanyi my fav song; Sweet Sweet Thing and Where Did You Go? But thank God diorg nyanyi lagu yang i slalu dengar, so boleh sing-a-long. Huhu. Si bf sangat teruja. Even sampai hari ni tak percaya yang beliau telah melihat gig MxPx. Hari-hari mesti berkata: "wahhh, best gila kan MxPx, diorang memang cool, bla bla bla~~~" =D

After the punkrock show (jgn salah faham antara punk rock and the real punker). Ni bukan band punk yang pacak2 tu. Hahaha. Nanti ingat i gi gig yang ntah ape2 benda. Pergi gig just for fun and entertainment, not more than that. Memang ada yang tak berapa senonoh, but jangan la ikut kan? Our main intention is juz to have fun and enjoy the live music. But wait, the sound system that nite was really-really superb! Memang puashati. Boleh dengar bass berdentum dentam di hatiku ini. Hehehe. Yang kagumnya mereka nyanyi non-stop about 20 songs and not even flat or tired. Tu yang kagum tu. Songs lak yang laju2 je. Hehe. Mereka memang hebat! Aik, i pula yang excited lebih! Ngeeeeeee~~~

Eh, tadi dah cerita after the punkrock show, tercontinue cerita tak abis-abis. Ok, this time dah abis cerita pasal MxPx. Setelah berpenat lelah menyanyi dan telinga pon agak pekak sebentar (ditambah dengan kehilangan suara orang tu), kami pon bercadang nak makan Nasi Lemak Malinja yang agak famous time dolu2 di UIAM. Tapi hajat tak kesampaian sebab memang crowded+penuh, takde meja kosong. Lagipon, masing-masing masih kenyang akibat kerasukan makan Pizza Hut before the punkrock show. Hehe. Last-last singgat ke Old Town White Coffee untuk melepaskan lelah dan haus di sebelah Danau Kota. Alang-alang singgah jap Danau Kota Uptown. Wahhhh, teruja lebih bila sampai sini. Agak happening and byk stuff baru. I bought retro kemeja and roxy sandal yang tinggi (lama dh cari). Huhu. Rasa nak pegi lagi nanti sebab compared to dolu2 masa zaman UIAM saya, stuff tak banyak sangat. Now, gerai pon dah ditambah. So, sangat happening!

Esoknya, kami ke kenduri kawin our ex-officemate; K.Zila. Tahniah kak! Yang penting makanan sodap~~ Hehehe. After the kenduri sempat tukar baju dan hang out la. Penah tak pergi 3 shopping mall dalam satu hari? Ya, itulah kami, slumber redah je~~ First, gi Times Square sbb si bf nak cari jeans @ Zone 5 skate shop. Then, we all gi Mid Valley untuk ape pon tak tau, yang si bf ikut je la. Kalau kata nak gi Mid Valley semata-mata nak beli buy one, free one San Fransisco Ice Blanded, mau kena bebel seharian. Hahaha. Kunun-kunun cakap nak tengok barang. Padahal kepingin ice blended buy one, free one. Haha. Then, bila mau makan, stuck kat sane. Coz rasa dah muakss makan fastfood or western. Carl's Jr. pon dah muak. Haha. Then, tiba-tiba teringin nak layan prawn tomyam kat Black Canyon, Alamanda. Oleh kerana i mengada, paksa bf gi Alamanda untk makan kat sana. Kalau nak tau, one of my fav restaurant is Black Canyon. Boleh kata everyweek pon pergi sana, the waiters pon dah kenal muka kitorang. My fav dish is "combination of chiken, prawn and mushroom" (agak kelakar kan nama dish ni, dah takde idea la tu nak letak nama ape), but it tastes very2 nice~~ (but, kalau order ni, i mesti pesan, no chicken, prawns only). Waiter tu pon dah paham sgt, angguk2 sambil senyum. After that, terasa nak tgk movie and we choose to watch "Zombieland". Hahahahaha. This one is recommended to all of you yang tengah jiwa kacau, stress or what so ever. Sebab memang sangat ganas+kelakar!! Memang akan ketawa terbahak-bahak from movie start sampai habis.

Wahhh, dah meleret. Nak abiskan entry ni dengan cerita ari ahad. On last sun, juz lepaking kat home, kemas kemas dan kemas umah yang memang sangat semak! Vacuming and moping all over the house. Lantai pon dh tak berhabuk. Puashati. Then, kemas bilik and tukar cadar yang baru beli di Ikea, semalm tido sgt lena. But musim panas la, pakai quilt terasa sgt berpeluh la plak. Haha.

Ok guys, thats how i spend my last weekend. End~~~~~~

p/s: Opppss, lupa nak cerita before ke gig MxPx saya sempat ke Ariani Jalan TAR utk borong tudung utk ke sekian kalinya. Haha. Melayang la jugak RM173 utk 4 helai tudung. Then, ke Jakel untuk cari kain, beli 3 pasang kain; 2 pasang 2-toned chiffon and sepasang english cotton. Murah and puashati. Melayang Rm200. Heavy spend in one day. Gila kan? Nak ke konsert pon sempat memborong, nak wat camner, venue gig and Ariani+Jakel sangat berdekatan. Huhu. Year End Sale memang sgt crazy~~~

Thursday, December 10, 2009

Jalan-Jalan dan Makan-Makan

Hye... huh, lamanye tak update blog ni. Actually banyak benda nak cerita.. tapi macam malas. Huhu. Nak story pasal gi Perlis last week. It was fun and very adventurous. Hehe. Walaupun jauh nun di utara, kami dengan tabahnya menghadapi perjalanan selama 7 jam beb. Huhu. Seiously sangat penat duduk dalam kereta, si pemandu apatah lagi. Overall, roadtrip ni sangat best~~~

Best sebab on the way ke sana banyak sawah padi yang memang wow! especially di Kedah. Teruja tengok sawah padi yang menghijau. Haha. Macam jakun lak. Hajat nak berposing di sawah padi tidak kesampaian, lalu kecewa. Kunun-kunun nak singgah time balik ke KL, but tak sempat la. Perjalanan lak jauh. Huhu.

Actually, the main reason i went to Perlis is to attend my bestie's wed; Nazia. Beliau dulu my geng masa di UIAM dulu2. We all ada 4 orang, but yang lagi sorang tu tak boleh hadir, sangat mengecewakan. Tak cukup corum. Kalau tak mesti lagi happening. Nazia, i sanggup turun Perlis untuk ur wedding (and u MUST come on my wed nnti, k). Hehe.

Perlis adalah negeri yang sangat kecil dan comel. Jalan-jalan sekejap dah boleh hafal jalan beb. Huhu~~ Sempat ke Padang Besar je, lain-lain tempat tak sempat singgah. On the way balik ke KL, singgah Penang. Makan kat Gurney, melantak rojak a.k.a pasembukkk mamak techno yang happening Rm20. Haha. Kelakar sangat wei~~~ Ikut beat lagu yang tak tahan tu. Overall, roadtrip yang sangat fun~

p/s: Nanti nak roadtrip ke tempat lain lak.

p/s lagi: kawan-kawan inspem, bila nak gi bercuti ni~~~

Wednesday, November 18, 2009

Z@R@ VS MNG VS Forever 21 VS Topshop

Sebab mood shopping i tengah membuak-buak, kali ni i nak cerita pasal shopping (ape lagi kan?). Huhu. In my opinion la kan, I prefer to shop at Forever 21 and MNG rather than Zara and Topshop. Well, everyone ada opinion masing-masing, kan? So, for me, i choose Forever 21 and MNG!




Zara
As introduction, Zara originally is from Spain and the founder is Amancio Ortega (juga tokei Massimo Dutti, Pull and Bear and beberapa jenama lain yg agak femes). The first Zara shop was opened in 1975 by Ortega. Basically, Zara is the pelopor middle-class fashion yang designnya lookalike the high-end clothing fashion (of course with the reasonable price). For me, sometimes I like their products and sometimes I rasa macam ntah ape-ape. Hehe. I really dont like the way they manage their shop, i mean the susun atur is really worst. Most of the cloth main longgok-longgok je which makes my eyes semak (especially time sale!). Lagipon, I malas nak gali-gali cari baju. Huhu. Price wise, some cloth ok la, padan dgn harga. But some, just a simple dress, harga pulak sgt tak berbaloi. Staff plak not so friendly (so, tak best!). Huhu.

MNG
MNG pon originally from Spain. I like MNG so much! Price wise sangat ok, kira berbaloi la. Susun atur kemas, takde longgok-longgok (kecuali time sale, standard la longgok-longgok) but Zara punya longgok-longgok lg teruk kot). Huhu. Staff pon ok. Designs pun much better and trendier than Zara. I prefer MNG @ Mid Valley coz i think it's the biggest (wait, kat Pavillion pon besar gk). Enough said, I love MNG so much.

Topshop
Topshop is a British clothing company. Topshop adalah bersaudara dengan Dorothy Perkins and Miss Selfridge. But, unfortunately the designs @ Topshop tak masuk my jiwa. Huhu. Sebab sangat trendy and only suitable for those yang tak pakai hijab (no offence here). Unless, you're a rock a.k.a indie la sangat chick, well, banyak la yang boleh dipilih. Price wise, still mahal rasanya compared to MNG and Zara. Susun atur, quite ok. Mudah dicapai (macam ISO lak). Huhu. Staff agak mengada (with the creepy style). Hahaha. But, Topman got good designs and style. Like their t's and and jeans.

Forever 21
You will be forever 21 if you wear their collection. Sigh~~~ Huhu. This collection is coming from US. Despite of many controversial issues (you can read more at Wikipedia) yang diorang ni plagiat designs orang lain like Gwen Stefani, Anna Sui etc., the collection is still the best. I like. Its like one stop centre. Ada baju, jeans, shoes, aksesori, and macam2 la. So, ibarat macam tak payah pergi tempat lain kalau dah pergi Forever 21. Price wise, ok la, not bad. Staff friendly jugak la (@ One Utama) but the biggest shop is at Pavillion. Suka masuk kedai ni, sangat besar and best. Huhu. Designs yang sangat cool.

Ok guys, that's all I nak share bab nafsu membeli-belah i. But, it just my opinion la. Orang lain tak tau la kan? I selesa dengan MNG and Forever 21 collection rather than the other 2.

p/s: waahhhhhhh, terasa nak sangat shopping~~~

Tuesday, November 10, 2009

Kisah Si Pencuci dan Tandasnya

Hye, for this entry saya nak bebel sikit pasal kebersihan tandas! Ye adik-adik, saya memang sangat particular pasal kebersihan tandas. Sangat, ok. Bak kata orang, kalau nak tau manusia tu pembersih ke tak, sila la jenguk2 tandas rumah beliau. Kalau bersih tandasnya, maka beliau seorang yang pembersih. Kalau sebaliknya, paham-paham sudah la. Huhu.

Alkisah, di tempat keje saya ni, kami hanyalah menumpang di sebuah bangunan. FYI, kami masih belum ada lagi separate building walaupon sudah 7 tahun ditubuhkan. Begini la nasib menumpang. Everything kena share and yang ada absolute power mesti la tuan punya bangunan ni. Hehe.

Kisah yang nak saya ceritakan ni agak memalukan skit. Bukan ape, saya rasa benda ni sesuatu yang sangat asas, iaitu kebersihan. Kalau nak tau cleaner kat sini sudah bertukar kontrak (biasala, pekerja indon). So, dalam masa pertukaran kontrak tu, takde la orang yang nak bersihkan tandas (dalam 1 week mcm tu). Pastu, semalam la tahap kebersihan tandas agak kronik (i mean sangat kotor dan jijik). Dah la kami tengah ada program (speakers from overseas), nasib baik la speaker perempuan seorang je. Tandas lelaki saya tak tau la, sebab tak masuk. Tapi tandas perempuan mmg sgt kotor. Saya gila geli nak masuk tandas tu. Saya pon bebel la (tp tak kan nak bebel je kan?) After rasa sangat tak puas hati, I called empunya bangunan, tanya takde cleaner ke. Diorang cakap ada and tandas tu dah dibersihkan. Saya pon hairan la, kalau dah cuci, kenapa still kotor? kan? Kunun-kunun nak check, tapi takde tindakan pon sampai la tghari td saya masuk tandas keadaan still sama.

Geram sangat! Takde kesedaran sivik langung. Dalam hati "kalau la aku jumpa cleaner tu, mmg nak kena". Hahaha. Bajet boss. Haha. Kebetulan, masa nak amik air semayang zohor, terserempak la ngan si cleaner tu tegah angkat sampah. Terjadi perbualan yang agak lucu ni.

Saya : kamu sudah cuci tandas ni?
Cleaner: Iya, udah kak. Pagi-pagi sudah dicuciin..
Saya : Kalau dah cuci kenapa masih kotor? Guna berus? Guna sabun?
Cleaner: Iyalah kak, sudah dicuciin guna berus dan sabun.
Saya : Ok, meh saya tunjuk bhgn yg kotor tu (sambil bawa dia masuk toilet). Ni, mangkuk
tandas ni macam tak cuci je, masih kotor, hitam. Kamu sental ke tak?
Cleaner: Iya, udah disental dan dicuci tapi ngak mahu hilang kotornya. Ngak apa2 kak, saya
bisa cuci semula.

Lepas tu beliau pergi ambil bahan-bahan pencuci seperti berus mangkuk toilet dan sabun. Saya pon pergi tengok dia cuci (gila penyebok.. hahaha)

Saya : Macamane? Boleh hilang tak kotor tu?
Cleaner: Iya, boleh aja, mau disental2 baru hilang.
Saya : Memang la kena sental, dah kotor sgt tu, kalau setakat jirus dgn air mmg la tak bole
hilang.
Cleaner: Maaf kak, saya dulu kerjanya kilang. Ngak biasa cuci tandas begini. Klau ada silap,
tegur saya.
Saya : Ok, tak pe la, lain kali kalau mahu cuci, cuci betul2. Bagi sampai bersih.
Cleaner: Ya kak. Faham.
Saya : Terima kasih ya.
Cleaner: Sama-sama.

See? Kena tunjukkan cara nak cuci toilet baru boleh buat? Hehe. Funny kan? Agaknya takpernah org nak tegur dia buat keje. Tu sampai tak tau sebenarnya keje dia kena buat ape. Katanya tiap-tiap pagi cuci tandas, tapi ntah ape yang dicucinya. Tak paham betul. Huhu.

Nak kata saya cerewet ke ape ke, cakap la. Hahaha. Tak kisah, asal sy puas hati sebab mmg hari-hari guna tandas tu (dah tandas tu je yg ada, sebelah blk lak tu, hahah).

Moral of the story: Jagalah kebersihan tandas awam sebab ia tanggungjawab kita bersama.

p/s: Kalau takde sangat org nk cuci tandas tu, bak sini saya cuci. Tak kisah pon~~~





Monday, November 2, 2009

:: If We Could Turn Back Time::

Kalau kamu semua boleh undurkan masa, apakah benda/peristiwa/cerita yang ingin kamu semua undurkan? Betul. Masa tidak boleh diundur. Sangat mustahil, ok. Jadi, sebelum anda membuat sesuatu keputusan, selamilah ia betul-betul, fikir betul-betul. Jangan nanti kamu semua menyalahkan takdir. Jangan menyesal seumur hidup. Jangan biarkan kamu hidup di dalam ketidakpastian..........selama-lamanya!

"I have one thing that I regret the most. And I feel so insecure and hopeless right now. I wish I could turn back the time"