Tuesday, September 29, 2009

Tolong la jangan tanya bila?

Lama betul tak update blog. Hahaha. Saya nak update sikit je sebelum Audit Kendiri pukul 8.45 am jap lagi. Actually, masa kat rumah boleh je nak update blog, tapi sangat la malasnyeeeeee. My raya sangat la best. Jumpa ramai saudara-mara and kawan-kawan. And raya ni jugak my frens ramai yang kawin+tunang. Ape lagi, banyak la soalan tak boleh bla yang saya kena dengar a.k.a "bila nak kawin pulak? or ko bila lagi?" Ya Allah, sangat malas nak jawab tau!

Rilex la, saya rasa saya masih muda nak kawin. Seriously, me and my bf tak pernah bincang hal kawin secara serious. Masing-masing tengah menstabilkan diri dari segi kewangan, mental dan fizikal. Lebih afdal jika dah betul-betul ready, baru la kawin, i mean cukup duit bukan sahaja duit time kawin, tapi duit selepas kawin, kena pk macam2 tau. Nak sewa rumah lagi, perabot rumah, kalau dapat anak cepat, barang2 anak, diapers+susu (ingat murah ke?) nak cari baby sitter lagi. Wahhh, ingat senang ke nak kawin??? Macam-macam saya fikir before i say "yes" masa dipropose nanti. Saya tau banyakkkkkkkkkkkkkkkkk duit habis lepas kawin kan? kan? kan?

But, to all my frens yang kawin+tunang, congrats!! Hopefully korang berbahagia hingga akhir hayat. To orang lain, jangan tanya bila saya nak kawin. Nanti dah sampai seru, saya akan ajak korang semua, jangan risau. Huhu.

Ok la, now dah 8.30 am. Perlu bekerja keras ni. Tata titi tutu~~~

Thursday, September 17, 2009

Cut Off

Hye, lagi 2 hari nak raya, yay! So, first of all saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, kawan-kawan dan maaf zahir batin. Now saya nak cerita beberapa kejadian semasa saya berpuka puasa di The Mines semalam.

Peristiwa 1
Semalam pergi Mines sebab nak layan Carl's Jr. yang baru dibuka di Mines. Huhu. Ingat tak ramai orang, sampai2 dah kul 7pm. Then, azfar pon beratur (sgt ramai org ok), saya pulak stand by cari seat. Alkisahnya, seat lain dipenuhi dengan orang yang nak berbuka puasa. But dalam ramai-ramai yang dah cop seat untuk berbuka, adalah satu seat ni dipenuhi oleh 4 orang gadis Iran. Haha. Yang bestnya, mereka ni tak puasa, siap makan-makan lagi dengan selambanya. Saya pon apalagi, standby berdiri berhampiran diorang, kunun-kunun nak cop tempat tu kalau diorang dah blah. Mula-mula saya sabar je tunggu (mereka siap bole sembang-sembang, gelak-gelak, oiii, tak nampak saya ke yg tgh berdiri ni?). Annoyying! Dah la tak puasa. Saya dah siap buat muka, jam menunjukkan pukul 7.10pm. Dalam hati memang geram sangat2, sampai satu tahap saya dah tak tahan nak bersabar and terus ke meja gadis-gadis itu dan dengan selamba saya cakap "excuse me, its time to break fast and i want to seat here, thank u very much". Terkedu muka sorang-sorang, but thank God mereka tak melawan. Kira pasrah la. Setelah mereka cakap sesama sendiri, mereka pon bangun and lagi sekali saya cakap "thank u very much". Dan akhirnya, saya dapat la seat tu. Hahaha. Suke suke. Sepatutnya, time saya berdiri tu mereka dah boleh blah since makanan pon dah abis, mereka just sembang-sembang je. Nak gosip-gosip pon balik la rumah dulu, lagipon hormatilah orang yang berpuasa, kan? kan? kan? Dan selepas itu, dapatlah saya menikmati Carl's Catch Fishburgerku + portobello. Wah, sangat kenyang tau.

Peristiwa 2
Kebetulan dah ada kat Mines, saya bercadang nak cut my hair. Dah lama bercadang nak trim skit rambut yang dah panjang ni. So, pergi la saya mencari-cari saloon yang sesuai (malas nak gi Derick, mahal!), i went to saloon yang biasa-biasa je (yang kena bayar guna machine RM 16 and dapat kad n gunting rambut). Mudah, cepat, mesra and the result is superb. Pandai chinese guy tu potong rambut (i mean dry cut yang cantik le).

Peristiwa 3
After that, kitorang gi tengok movie-Final Destination 4. Wahhhhhhhh, cerita ni sape2 yang heart attack dinasihatkan baik jgn gi. Melampau gile aksi cut off dia. Melampau diulangi! Plot cerita simple, biasa la sama cam Final Destination sebelum2 ni, one guy mesti akan dapat vision akan terjadinya kematian yang maha dasyat. Dan kunun-kunun dia kena selamatkan one of the kematian dan kena break the chain and barulah takkan berlaku lagi kemalangan seterusnya. Serius cerita ni sentap habisssss. Hahaha. So, bersedia la nak jerit2 di panggung tu.

Peristiwa 4
Ingat nak buat spec baru, since kat Focus Point adalah sale, sepasang RM90 je (frame+lens). Of coz yang takde UV protection but its ok since saya just pakai waktu malam, siang pakai contact lens. Then, terbuat jugak spec baru tu yang framenya saya sgt berkenan. Check mata, rupanya2 power right and left dah naik 250. Wahhh, patot rabun smcm (b4 this power R-175 dam L-150). Ada hikmah wat spec baru, rupanya power dh naik! Pastu mulut ni gatai nak tnya pasal color contact lens. Hahaha. Dan alamatnya terbeli la satu Freshlook colour Pure Hazel. Promoter tu cakap colour ni yang terfamous. RM50 for 3 months, quite ok la kan. Hehe.

Peristiwa 5

Saya
*
*
*
*
*
*
*
*
*

dah tak sabar nak balik Ipoh!!!!!!!!!!!!!!!!!


p/s: Once again, Selamat Hari Raya. Mintak maaf banyak2!!!

Tuesday, September 15, 2009

M-U-S-I-C-K-U- + Mamat Jambu

Hye, anda kenal mamat ni? Inilah Brandon Boyd (vokalis Incubus). Wahhh, I sangat heart tau ngan mamat ni. He is the sexiest man ever~~~ Besides his beautiful voice, beliau juga sangat kacak! Suara dia, erm....sangat boleh mencairkan. Hehe. He is my fav male vocalist (in a band, of coz). Minat dia since album "Make Yourself" and I sangat heart lagu I Miss You and Wish You Were Here.
Dulu-dulu, masa nak cari boifren, mesti nak yang ala-ala Brandon Boyd. Actually I love his hair and his 6 packs (oooppssss). Sangat mengada kan? Kalau nak cari boifren mesti kena ada gaya rambut (at least la) Brandon Boyd. Dulu hari-hari tengok muka dia, poster all over my wall. Heh. But sekarang tahap fanatik dah mula turun but i still listen to his songs (i mean Incubus). Still layan lagu-lagu dia before tidur. Baru la lena.
But, 1 thing yang i sangat regret untuil now. Masa Incubus datang Malaysia in 2004 i tak dapat pergi disebabkan hal yang tak boleh dielakkan (konsert kat Kl, but i kat Ipoh). Haiyaa.. sampai sekarang mereka tak turun Malaysia lagi. Nextime, kalau mereka turun, i'll go no matter what. Taknak regret lagi. Huhu. I love their music, songs and lyrics. Eh, btw, kalau u all nak tau this mamat sangat artistik tau. Kalau tak percaya sila layari www.brandonboydbooks.com. Wahhhh, sangat teruja ngan lelaki yang artistik... Sangat seksi!

Ok, now i nak share skit my fav songs from dulu-dulu til now (meaning that all the songs memang ada dalam my mp3 and my hp). I bole layan songs yang from the emo scremo to the very mellow songs (depending on my mood). Yang penting mesti ada melody! Tak suka lagu yang takde melodi (meaning kita tak tau pon mane chorus dia). Haha. I prefer lagu yang ada gitar, bass and drum and berkumpulan. Huhu.

Dulu-Dulu
1. Wonderful - Everclear
2. Boys Dont Cry / Love Song - The Cure
3. The Man Who Sold the World / Lithium - Nirvana
4. Iris - Goo Goo Dolls
5. I Wanna Hold Your Hands / Yesterday - The Beatles
6. Love You Till the End - The Pogue
7. Animal Instict - The Cranberries
8. Creep - Radiohead
9. Don't Speak / Running / Bathwater - No Doubt
10. Torn / Wishing I - Natalie Imbruglia
11. When I Come Around - Greenday

Now
1. I Miss You / Wish You Were Hear - Incubus
2. Radio - Alkaline Trio
3. The Rest of My Life - Less Than Jake
4. Seize the Day - Avenged Sevenfold
5. Always / Going Away to College / Stay Together for the Kids / Down - Blink 182
6. Mardy Bum / Flourescent Adolescent - Arctic Monkeys
7. Where Did You Go / Without You / Sweet Sweet Thing - MXPX
8. Plug in Baby / Newborn - Muse
9. Promise - Matchbox Romance
10. Lovers Who Uncover - The Litlle Ones
11. About A Girl - The Academy Is
12. Make You Smile - +44
13. Vindicated - Dashboard Confessional
14. Golly Sandra - Eisley
15. What is to Burn - Finch
16. From Yesterday - 30 Seconds to Mars
17. 12:51 / Last Night - The Strokes
18. Buried Myself Alive / All That I've Got - The Used
19.Only One / Empty Apartment / Dear Bobbie - Yellowcard
20.I remember / Happy! - Mocca

Malaysian band or singer
1. Butterfingers
2. Couple
3. Bittersweet
4. Freelove
5. Hujan
6. Lucy in the Loo
7.Pesawat
8. Bunkface
9. Yuna
10. Zee Avi

I love music and inilah music yang i dengar hari-hari. Sekian, terima kasih.

Tips hari ini: Kalau anda ada masalah penghadaman di bulan puasa, sila minum Vitagen! Sangat berkesan (tiba-tiba....)


Tuesday, September 8, 2009

-Bitchy Girl, Proud Grandpa-

Cerita ini sangat menggelikan, ok, Lagi-lagi bulan puasa. This is the story that i've witnessed by myself. Story about a girl and a so-called grandpa (muslim of coz). Huhu.

Last weekend, I went to Ampang Park to buy tudung siti (haha, gatai tak nak pakai tudung siti lak). I manage to grab 1 tudung siti yang i rasa worth to buy. Tak mahal sangat, rm80 (kain chiffon with lots of manik). Quite statisfied. Ok, habis cerita tudung siti. Let's move to the real story which is very disgusting and horrible.

After beli tudung tu, i went to First Lady. Nak tengok-tengok, but at last terbeli jubah. Haha. Then, ada this young lady tengah try baju kat situ (of coz in fitting room) and seorang orang tua tunggu di luar. Ingat kan pakcik mana tunggu anak try baju. Rupanya gf dia la. Pakcik yang layak dipanggil atuk (macam sugar daddy pon ada). Tak la smart mana like orang2 kaya. Semua orang pandang pelik. The babak melampau starts with this young lady. Dia try baju kurung moden yang see-through (yang confirm kena pakai inner). Then, after dia dah try bole la dia keluar dari fitting room tu and wat catwalk dalam kedai tu and tunjuk kt her so-called atuk. And the most annoyying thing is, she didn't wear any inner. So, tersee-through la her bra sambil tnya "ok tak sayang? cantik tak i pakai?". Gile kan? Then tayang-tayang kat atuk tu. Wah, dalam hati dan pandangan tajam "ini sudah lebih!!!". Gila tak malu la perempuan dot dot dot ni. Bitchy sungguh!. Yang atuk tu plak, tersenyum-senyum lak, bangga la kot, gf dok tayang her aset. Haha.

Tapi, ada lagi babak melampau. Masa i tengah try jubah tu dalam fitting room, my bf cakap, the perempuan gila tu memang moron kot. Tiba-tiba she selak the kain tirai and tutup her dada with the kain tirai and suruh her atuk pegang her bra (melampau tahap gaban) and suruh her atuk dia cari saiz baju yang lain. What the fish??? Kedai ni bukan jual bra la mengong. Ni kedai jual baju and what is the main purpose u suruh ur atuk pegang ur bra??? Sungguh memalukan. And kalau ikut logik atas reason apa dia nak bukak her bra? Gile kan ini perempuan.

Pastu, time i nak bayar kat kaunter, jumpa lagi manusia melampau dua orang ni tengah tengok2 brooch. Baru perasan yang pakaian perempuan tu (masyaAllah), sangat seksi+jarang. She wore a black and white dress yang sangat jarang and terdedah di dada. Bulan puasa pon nak pakai cm ni. Teruk tul. Lagi satu aksi tak bole bla, she kissed her atuk in form of me and the chashier. Wtf. Eeeeiiiiiiii, rasa nak jerit kuat-kuat "korang ni kafirun ke???". Muka cashier tu pon dah berubah, loya la tgk pasangan muslim yang tak sedar diri ni. Cashier tu pon satu, dok layan mereka, i dh tunggu lama nak bayar pon, dia tak nampak. Terkesima ngan aksi couple tu kot. Then, i pon suddenly, cakap "Excuse me?" (dengan nada yanga agak kuat) sampai atuk and perempuan tu tertoleh la (mst mereka ingat i sergah mereka). Haha. Padan muka. Padahal i nak panggil cashier tu. Haha.

Ini la dia kisah manusia akhir zaman. Insaf tengok ada orang yang berperangai macam ni. Tak takut dengan Allah kah? Lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh kemuliaan and keberkatan ni. Tak malukah? Betapa naifnya mereka kalau tak sedar apa yang mereka lakukan tu.

p/s: Lagi satu perkara annoyying, banyak gk i terserempak ngan manusia-manusia jahil yang slumber tak puasa and siap tayang tak puasa. Insaflah wahai kalian~~~

Wonder Why??? haha

Your results:
You are Wonder Woman

























Wonder Woman
90%
Green Lantern
90%
Superman
80%
Supergirl
80%
The Flash
75%
Iron Man
55%
Robin
50%
Spider-Man
40%
Hulk
40%
Catwoman
40%
Batman
30%

You are a beautiful princess
with great strength of character.


Click here to take the Superhero Personality Quiz



p/s: Wonder Woman kah saya?? Haha.

Wednesday, September 2, 2009

Pre-Raya


Wedges Charles and Keith

My raya Handbag (bantal sekadar hiasan)

Tup Tap tup tap, dah 12 hari kita berpuasa. Sangat sekejap je rasanya, kan? Rasanya bulan puasa tahun ni kira agak ok, rasa macam tak membazir sangat. Contoh, dulu kalau gi bazar ramadhan sume benda nak beli. Serius. Kalau tak habis maka tercampaklah ia ke tong sampah. Sangat membazir. Tapi tahun ni bole control skit nafsu nak beli banyak-banyak. Kalau terasa nak makan nasi lauk tu, beli 2 jenis lauk pon dh cukup (ikan+sayur) and balik umah masak nasi. Then, beli la rm1 kuih and air. Tu je la. Tak payah banyak2, actually bila dah hentam nasi, kuih tu pon dah tak lalu. Kalau dah bosan makan nasi lauk, beli je nasi kerabu atau nasi dagang and kuih rm 1. Tu pon dah kenyang. Kalau sahur lak, masa the first week puasa rajin la bangun and makan. Sekarang bangun minum air and makan 2 biji kurma. Tu pon dah kenyang sangat. Tapi kurma sangat bagus tau, kalau makan time sahur gerenti tak lapar siang harinya. Try la ye kawan-kawan.

Ok, nak cerita lak persiapan raya saya. Baju raya 2 pasang dah siap dijahit and 2 pasang lagi dah beli siap. Pastu kan bole la last week gi Jakel untuk beli baju raya for my dad. Hehe. Biasa la saya kan tak bole tengok sale2 ni, lagipon cantik2 sangat kain2 kat Jakel and harga berpatutan. Maka terbeli la 2 helai kain satu kain cotton yang sgt cantik rm73 (green color) and satu lagi opel butterfly rm 95 (turqoise color). Sangat cantik opel butterfly tu, jarang ada corak butterfly kan? Ingat nak beli lagi sepasang chiffon plain 2 tone rm 95 (tapi ada batu2 la). Serius cantik but next time la. Hopefully nextime gi ada la kain chiffon tu, i admire tau kain tu. Simple but sangat classy. Huhu. Baju melayu my dad tahun ni theme purple. So saya beli sepasang dah siap harga rm145. Memang la agak mahal tapi kain dia berkualiti and sejuk. Tak pe la, untuk abahku kan?

Bulan ni rezeki melebih-lebih. Instead of dapat duit kutu (rm1500), bulan ni jugak dah dapat claim cuti ganti tahun lepas and ganjaran sambung kontrak (rm1700). Alhamdulillah. Makanya kena la saya buka lagi satu akaun bank untuk asingkan duit simpanan sebab takut overspend. Bank pilihan ialah Maybank coz ia mudah dan kat mana-mana ada. Before ni, duit gaji and simpanan dalam satu bank (CIMB). Tapi agak susah untuk review my spending eventhough dah simpan resit2 pengeluaran duit. So, the solution is Maybank utk simpanan and CIMB utk gaji shj.

Baju raya dh settle. Kasut and handbag pon dah beli. Huhu. Last weekend gi Midvalley and shopping. Kalau nak tau Charles and Keith dah buka kat Midvalley. Ok, Charles and Keith ialah Singapore brand and its really worth shopping kat sini coz kasut dia cantik2 plus harga berpatutan. Try la gi ye, mesti tak menyesal (price from rm89). Suka tengok bag kat CnK ni sbb sangat trendy and ada class. Nampak macam beg mahal, tapi harga murah je. So, kawan-kawan sila la pergi kedai ni. Sangat best. For my handbag plak, kali ni i choose yang 'rock' skit. Ada stud2. Haha. Walaupun harga agak melampau tapi saya suka sangat dari segi shape, color, material dan aksesori dia. Tak kisah la orang nak cakap saya beria utk persiapan raya tapi dah memang kalau nak raya saya tetap gembira. Tengok ni --->ngeeeeeeeeeeee~~ Gembira kan? Raya ada sentimental value, tipu la kalau anda cakap raya anda tak bermakna. At least, kita kena celebrate our day, right? Berkumpul satu family. Tak ke rahmat tu? Bukan senang nak berkumpul ramai2 kan? I'm sure semua orang kalau raya balik kampung nk jumpa sanak saudara. Bagi yang kata raya takde makna, maka mereka tak de life! Hahaha.

Ok la rakan-rakan, malas nak membebel. Huhu. Chow~~~

p/s: tudung raya tak beli lagi. Huhu.




Monday, August 24, 2009

:: Catatan dari Ipoh ::

Huhu. Bestnya kat rumah. I cuti dua hari. Today and tomorrow. Sangat best dekat rumah. All my sisters ada kat rumah, kan cuti sekolah. Dapat jumpa my nieces and nephews. Berbuka pon sangat best. Lauk pauk sangat banyak dan yang penting masakan mama. Sangat yummy~~~ Bersahur pon macam lauk berbuka. Hehe. Kalau kat Serdang, tak merasa la semua ni. Kalau bole nak puasa sebulan kat Ipoh. Tapi apekan daya, kerja tetap kerja.

p/s: Time with family is the best time ever~~~

Friday, August 21, 2009

Pretty Exhausted~~~

Date : 21 August 2009 (Friday)
Time : 2.13 pm (waktu rehat sembahyang jumaat)
Location: My office

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh~~ minggu ni sangat2 letih dan exhausted. Serious. Ni pon dapat berblog time rehat panjang. Huhu.

Semalam and hari ni ada audit dalaman. Saya menjadi juruaudit yang baru belajar. Serious masa mula-mula dulu tak tau ape menda pasal ISO ni. Lagipon ramai sangat yang meracun cakap ISO ni susah. Mula-mula takut nak menjadi juruaudit dan di audit. Lama-lama kita dah boleh belajar sikit-skit. Ok la tu kan. Saya suka sebenarnya sebab boleh cari pengalaman. Lagipon, kat mana-mana organisasi pon kena ISO. So, nanti kot-kot bertukar tempat kerja at least dah ada pengalaman sikit-sikit. Nak kata terror tu memang tak la, tapi boleh la sikit-sikit and sekarang pon still belajar. Memang susah nak paham prosedur dan garis panduan ni. Lagi-lagi masa nak bangunkan fail. Sangat complicated.

Tadi juga ada my unit meeting. Lega sangat dah settle. So, boleh la saya bersuka ria nak bercuti nextweek. Huhu.

Sangat-sangat penat = audit+meeting+filing (handle sume dlm satu masa, gila kan?). Tapi tak perlu la saya nak senaraikan satu-satu kerja ape saya buat kan? Kang tak lalu lak korang nak baca. Yang penting, i've done MY PART! Keje memerah otak ngan keje fizikal mane lebih penat? Sebabnya saya memerah otak+menggunakan tenaga fizikal. So, cubalah faham keadaan itu (tapi semua orang pon penat, saya paham, tapi tak perlu la cakap kat semua orang).

Saya selalu cover my keletihan dengan menjadi 3 suku dan happy selalu (gamaknye la kan?) Sebab saya paling tak suka nak bagitau semua "wei, aku sangat penat, jgn bagi keje kat aku" or "wei, aku sangat hebat, buat keje paling byk" (tak perlu la kan?). Lagi satu my prinsip, selagi boleh buat keje, saya akan buat, bila dah stop tu,maknanya dah tak mampu. Lagipon bole sambung esoknya (masih ada esok...) Kan? kan? kan? Jangan la nak menyeksa diri.

p/s: Selamat menyambut Ramadhan and ipoh, here i come~~~

Monday, August 17, 2009

MyDin bukan My Deen Ofismateku (haha)

Hye!!!

Pagi-pagi buta tadi i and kawan-kawan disuruh pergi untuk mendengar ceramah dari Dato' Hj Ameer Ali Mydin (anak kepada pengasas pasaraya Mydin). Seronok dengar ceramah dia, huhu. Banyak sebenarnya marketing strategy yang kita tak tahu. And as a consumer, i pon banyak belajar dari ceramah dia td. Actually, it's not ceramah la, it's more about a story dari mula-mula dia bukak kedai kecik until la sekarang. Do u know that Mydin Hypermarket kat USJ tu adalah Malaysian largest hypermarket? I pon tak tau sbb tak pernah pergi lagi.

Honestly, i DO shopping at Mydin. Sebab barang dia murah compared to hypemarkets and pharmacies yang ada kat Malaysia ni. Kalau nak borong barang keperluan rumah, Mydin la tempatnya. Murah rm1-3 dari tempat lain. Contohnya, Dynamo dekat tempat lain rm17.90 but kat Mydin rm15.90 je. Jimat rm2 dah. I selalu gi Mydin dekat Putrajaya. Ramai orang tapi sanggup je pegi untuk dapat barang murah. Haha. Ntah la, ada orang cakap barang Mydin ni selalunya yang rejected. Tapi mane ade. I dah buat my own research. Haha. I beli barang kat Watson's and Guardian and compare kan dengan barang Mydin. It's all the same! Watpe nak bazir wang beli yang mahal padahal ada yang murah and kualiti pon just the same? Kan? Kan? Kan?

Ok, what i have learnt from the stories is about attitude, choices and vision! First, attitude sangat penting and we have to be passionate in everything we do and the invaluebale experience is waktu kita jatuh sebab kita akan belajar untuk bangun balik. The key point here is "never give up"! Second, it's about choices. We always have choices and when u choose the best, PRESERVE it. Sometimes, kena ada courage untuk berubah. We ourselves have to change and don't expect people to change!! Third is vision. We have to aim for our long-term goals. Bukan bila dah berjaya, kita relax. We have to be ready to do more and more and to get more and more because people cannot easily be satisfied. Betul kan? Korang realize tak?

I am proud of Dato' Ameer sbb dia usahawan yang sangat berjaya actually. Honestly, dulu saya ingat Mydin ni ntah mamak mane yang punya! Haha. Hari ni baru tau ups and downs Mydin untuk berjaya dalam business dia. And baru saya tau orang kaya sangat berkira! Haha. Funny dengar story dia yang kalau bole tak nak membazir langsung. Seronok dapat tahu macam mane we as consumer kena tipu dengan peniaga. Bak kata Dato' Ameer, it's all about consumer problem, not them. Hahaha. Contohnya, tie yang dijual dengan harga rm9.90 sama je kualiti dengan harga tie yang berharga rm 19.90 (maknanya dua-dua tie tu same, tapi harga lain2) See? Psychology sungguh kan? Ye la, kita selalu sangat ingat barang yang mahal itu kualiti, padahal yang mahal ke murah ke, sumenye sama. Haha. Jahat sungguh peniaga! (tapi harus ingt,situasi ini hanya berlaku di Mydin, tapi xtau la plak tempat lain).

Ceramah diakhiri dengan jamuan makan yang sungguh sedap. Laksa johor and karipap yang yummy. Overall, puashati~~~

p/s: sape nak beli ayam, sila beli hari ni sbb harga ayam akan naik 50 sen start esok. Haha.

Friday, August 7, 2009

~~Chandramuki VS Ghost Adventures~~

FYI, saya ni suka sangat tengok or tonton cerita seram a.k.a hantu a.k.a mistik. Kebetulan, my housemate pon rajin nak meneman saya tengok cite hantu ni (beliau pon suka gak sebenarnya, tp kalau nak tgk, mesti nak berteman). Huhu. Housemate yang lain agak penakut and jarang nak join tengok benda2 mcm ni. So, nak dijadikan cerita, we all kalau malam2 memang suka cari cerita hantu kat Astro. Kadang-kadang ada, kadang-kadang bukan movie pon tapi ala-ala penyisatan hantu gitu.

My housemate tu nama dia Farah (bukan Fara Nadia). Haha. Tapi Farah Azura. Memang la kebetulan my roomate kat rumah and office dua2 nama Farah. So coincidence! Ok, Farah memang penah ada cite yang die penah tengok movie seram tamil yang bertajuk "Chandramuki". Beliau kata cerita tamil ni agak seram and selalunya ditayangkan pada Depavali. Hehe. Tapi saya tak pernah tengok pon. Teringin dan exited nak tengok (sbb katenye best, katenye...). Last2, kelmarin waktu saya di bilik air nak gosok gigi and basuh muka (sbb ingat nak tido lepas tu), si Farah terjerit2 panggil saya. Ingatkan apa, rupanya di chanel tamil kat Astro tengah tayangkan cite Chandramuki tu. Haha. Semangat sungguh Farah nak suruh saya tgk cite tu. Tapi cite tu sejam dah berlalu, tgk part tengah ngan akhir je la. Hehe. Agak menarik, seram tu ada skit part yg dia kena rasuk tu (ngan mata bulat and buntang perempuan itu). Tapi yang menarik perhatian saya ialah babak2 kelakar dalam filem tu. Hahaha. Sungguh. Kalau cite tamil, seram ke, sedih ke, tengah berlawan ke, tetap kelakar. Sebab effect di melampau2. Haha. Tak tahan tengok. Bagi saya Chandramuki adalah filem yang agak seram+kelakar. Bayangkan tengah-tengah malam tu saya gelak tak ingat dunia. Movie abis 12.30am and saya pon terus tido. Nasib baik tak mimpi Chandramuki. Haha.

Lagi satu yang menarik pasal penyiasatan mistik (bukan merujuk kepada seekers, pemburu hantu, expose mistik dll yang sgt kurang mistiknya) tapi ini real punya. Saya nasihatkan kalau nak experience penyiasatan mistik sebenar, sila tonton "Ghost Adventures" setiap Khamis, pukul 8.30-9.30pm. Setiap minggu pasti saya akan tonton cite ni. Sangat SERAM, ok. Geng penyiasatan ni ada tiga orang (Zack, Nick and Aaron). Mereka ni berani tahap dewa! Siap bole menganjing2 dan provoke hantu-hantu tu. Kalau saya jadi hantu, rasa nak tumbuk-tumbuk dan sepak laju-laju je mereka ni. Tapi semalam punya la yang seram diantara yang terseram. Serius, semalam diorang pergi ke New Jersey. Lokasinya abandoned mental hospital! Mental hospital ni wujud sejak lewat tahun 1800. Bayangkan dah berapa lama wujud dan telah ditinggalkan beberapa tahun. Sangat scary!!! Penyiasat tu pon claim, "this is the scariest place i've ever experienced and i'll stop for a while to go to another mental hospital". Begitu mastiknya tempat itu sehingga mereka yang berani tahap dewa tu pon bole ckp cmtu. Saya? saya lagi la. Tengok episod semalam mcm nak pengsan! Berdebar2 and sampai nak muntah. Mengerikan! Sejak wujudnya mental hospital tu, dah 10 ribu orang mati dalam tu. I repeat, 10 thousand ppl!!

Kalau anda tengok seekers, pemburu hantu, expose mistik dll, most of the episode macam takde ape2 yang berlaku. Useless je wat penyiasatan macmtu. Tapi Ghost Adventures ni mmg real. Siap bole communicate ngan hantu dan yang bestnya, kita pon bole dengar! Tapi setakat ni jelmaan hantu mmg tak dapat dirakam, cuma ada orb yang diyakini hantu. Mane ada hantu bole dirakam, kalau ada sangat bertuah ok. Ghost Adventures ni best sbb dia suka provoke hantu, contoh, "hei, if u dont want me to be here, knock me or hit me, i dare u". Mane la hantu tak bengang. Dan2, mamat tu kena ketuk, tak pon ada kesan tamparan (ada kesan tapak tangan kat muka). Ataupon dialog dia, "hei, come here and talk to me and play with me". Berani sungguh statement. Haha. Episod smlm sangat ngeri, mental hospital tu sgt luas 9 hektar and laluan bawah tanah yang Ya Allah, sangat seram dan berselirat. Dan di dinding2 bawah tanah tu, ada tulis "Way to Death" bersama errror, so kena ikut error tu sampai lak kat dinding yang berconteng "If you like death ------>. Haha. Tau kearah mane? Ke morgue (rumah mayat) yang scary gilaaaaaaaa. One of the penyiasat bole la siap masuk dalam try mayat tu yang macam petiais, kunun2 nak pancing hantu. 2 orang kawan dia lak sibuk nak carik hantu tempat lain. Tinggalkan mamat tu sorang2 dlm try mayat. Mula2 mamat tu nampak berani, last2 dia nmpak sumthing dan rasa mcm nak gila. Dan yang paling scary, dan2 walkie talkie dia tak bole function nak mintak 2 org kawan dia tolong kuarkan dia. Yang kawan dia lak sesat tak dpt carik balik bilik mayat tu. Memang mendebarkan. Last2, bila dekat2 nak sampai bilik mayat tu baru walkie talkie tu function. Wahhhh, gila la masa tu. Kawan dia tu dh siap tendang2 try mayat, mane leh bukak, dh dikunci dari luar.

So, klau nak tgk cite yang betul2 scary, tgk la Ghost Adventures. Direkomenkan~~~

Monday, August 3, 2009

Pemalu???

"dia ni memang pemalu orangnya"

hahahahahahahahahahahahaha~~~

p/s: sekian. terima kasih.

Friday, July 31, 2009

C.O.A.C.H. F.E.V.E.R

Coach Soho Hobo
Coach Tonal Signature Hobo



Coach Soho Multi Print Hobo

Coach Soho Pleated Scarf Print

Wahhhhhhhhhh!!! Terbeliak mata tengok handbag-handbag ni. Nak beli mampu je, tapi tak makan la sebulan. Haha. But kalau i gila, slumber je i sambar satu (im unpredictable!, kan?kan?).
Yang latest collection ialah handbag paling bawah sekali. Agak menarik, colourful and cheerful. Hoho. Ada duit lebih pasti i akan beli. Lagipon ada orng janji nak tambah half of the price. Ngeh ngeh ngeh~~~ Coach paling murah pic yang paling atas tu. Huhu.

Sekian sudah confession of a shopaholic.

p/s: Perasan tak yang i suka mesti ada color pink. Haha, sgt girlishhhhh (kunun!)

p/s lagi: Which 1 yang paling cun?

Wednesday, July 29, 2009

-Bukan Khalid bin Jiwa-

My Jiwa Raga, yeahhh!!

Sebelum tu, tajuk entry tidak ada kena mengena dengan entry ni. Harap maklum. Ngeee.

Hihu. Inilah my new jiwa raga. Panasonic LX3. Hasil jualan barang-barang saya di mudah.com sebanyak rm700 + my bf topup rm350 and saya topup lagi rm500, dapat la saya sebuah kamera yang dah lama saya idam-idamkan. Haha. Sangat puas hati, LX3 memang the best!! Tak caya try la beli. Kamera yang berfunctionkan dslr tetapi berfizikal compact. Mudah dibawa ke mana-mana tanpa perlu gantung sebijik di leher (haha, sindiran pedas!). Nnti saya upload pic yang saya ambil menggunakan kamera ini, ok. Lepas ni makin byk la pic dalam blog ni. Haha. Sila jangan bosan.

p/s: H1N1 merebak di UPM. So, be careful ya all~~~

Friday, July 24, 2009

-Chilling @ Chili's-

C-H-I-L-I-'S

Birthday Boy =)

Chicken Spaghetti

Mushroom Swiss Burger

Event : Azfar's birthday celebration
Date : 23 July 2009
Time : 9.00 pm
Venue : Chili's, Mid Valley

Hye all, just wanna share some pics and story bout the birthday celebration. Hehe. Actually, we all plan nak gi The Curve as kat sane byk restoran yang best2. Ada street walk yang all the way ada restaurant. But then macam tak sempat nak gi sane. Jauh maaa.. Then, kitorng pon ubah plan gi Mid Valley. Sampai sane, cuci mata sekejap and then barulah lagi sekali pk nak makan mane. Saya tak kisah makan mane2 pon, saya suruh dia pilih, sbb saya yang nak treat dia makan. Hehe. Last2, we all decide makan kat Chili's.

Masuk je Chili's, meja penuh. Kena tunggu dalam 15 minutes baru ada seat kosong. Mostly yg makan kat sini tourists (mintak2 tak dijangkiti H1N1, haha). Dapat seat je terus order. Actually saya tak tau nak makan ape, coz most of the dishes are chicken and beef. Ingat nak order menu standard saya which is Fish n Chips (tu je la yg i bole mkn pon...huhu). But then, tekak rasa nak makan spaghetti. Order la chicken spaghetti (ayam bagi kt bf, paksa suruh dia abiskan). Birthday boy lak order Burger Mushroom Swiss. Macam best, sbb banyak mushroom. Suke-suke. Kalau nak tau, serving size dia mmg sangat besar (please refer to the pics). Satu dish bole makan dua orang, serius. Saya baru makan sikit je dah kenyang. Yang tukang abiskan biasala, my bf. Huhu.

Ok, overall makanan dia quite ok la (sedap lagi Hard Rock Cafe and Carl's Jr.), not too delicious sampai menjilat jari pon. But saya tak puas hati ngan beverages dia. Sangat tak best. Ok, saya order Mango juice, in my mind its a fresh mango fruit juice, rupanya dia bagi mango jus yang macam kordial pon ada. Sungguh tak fresh juice. Yang si bf order Milo ice, then bole la dia hantar hot milo. Huhu. So, kesimpulannya makanan and minuman kat sini ok-ok je. Kalau tak pergi pon tak pe. Maybe sbb saya salah pilih menu or tak tau la. Price wise, ok la. Makan utk 2 orang takde la sampai RM100, semalam rasanya RM70 je. Layanan pon ok. Tapi nak tunggu dish siap agak lama. Sebab tu bole tangkap2 pic.

So, the conclusion is, kalau gi Chili's order 1 dish yang mahal pon xpe sbb bole kongsi. Air, no comment. Because of that saya bagi 3.5 stars out of 5. Ok la tu kan? Hehe.

p/s: Awak, teringin nak makan Carl's Jr. la. Jom this weekend!

Thursday, July 23, 2009

:: H@PPy BiRtHd@Y mY CheNt@::


-23 July 2009-

Today is my hero's birthday. Yay! So, I would like to take this opportunity to wish him a very happy 25th birthday. Love u the most. Thank you for being there for me, anytime, anywhere. U r so wonderful that anyone could ever imagine. May Allah bless u.. (amin!). Wish u all the best and succeed in your life and career.

Once again, happy birthday, syg ~~~

Monday, July 20, 2009

Crazy + Insane + Great Sale!!!

Kena beratur dari entrace sampai level 1..huhu

Que yang memang crazy!!

Eyeshadow + highlighter

Blusher + Mineralizer + colour form powder

Lipstick + Lipglass

Estee Lauder Foundation + Concealer

Finally, my new collection.Huhu

Event: Estee Lauder Sale
Date : 18 July 2009 (Saturday)
Time : 8.00am - 3.00pm
Venue: Grand Ballroom, The Renaissance Hotel, KL

Hye, today nak cerita pasal i pergi Estee Lauder's sale on last weekend. It was crazy!!! I memang macam orang gila tengok semua barang murah ( i mean, it was insane!!). Kunun-kunun nak pergi dalam pukul 6.30-7.00 am macam tu, but then biasa la terlewat bangun. Huhu. Kalau nak tau, ada yang dah siap tunggu pukul 4.00 -4.30 am tau tak? Because first group yang dapat masuk tu mmg la sangat bertuah coz dapat barang yang best2. Ok, i kuar umah dalam kul 8 macam tu and sampai sane dalam 8.30, but i was shocked because que dia memang sangat2 panjang. Hanya orang yang tabah je akan bersabar tunggu. I tak kira, kena gak beratur. U know, i beratur sampai 1 jam, then baru leh shopping. Ramainya manusia!!!

First thing, i memang menonong ke kaunter M.A.C. Haha. Wahhhh, memang berpinar anak mata tengok make-up sume murah2. Yup sangat murah sampai u all tak percaya tau. Memang lama kt kaunter M.A.C sbb my intention pon nak borong M.A.C. I bertuah sbb dapat beli mineralizer, blusher and powder form dia. Sape yang lambat skit je dari i, mmg dah sold out. But sape yang nak beli lipstick, lipglass and eyeshadow tu berlambak2, ok. Banyak sgt stock. But i terkilan tak dapat beli compact powder, eyeliner and mascara M.A.C. because dah awal2 sold out. I think yang first batch dapat masuk tu dh borong kot. Promoter tu kata mmg awal2 dh sold out. Rugi kan? I really want that compact powder!! Lipstick n lipglass sangat banyk so, i juz grab randomly coz nnti bole nak sort bila time nak bayar. Then, i gi cari perfume lin, unfortunately, diorng mmg takde pure white linen yang botol pink. They only have the white bottle, sorry lin.. Perfume i tak jenguk pon sbb dh banyk perfume =). Then sambung cari my barang, gi kaunter Estee Lauder, cari mascara n eyeliner (also sold out, haiyaa..), then beli la foundation and concealer. Sangat murah! Then, ada jenguk2 kaunter Bobbi Brown. Tak best sangat barang2 dia. I ada gak la grab 1 or 2 item. Then, it's time to sort out the barang-barang. Duduk atas carpet tu, time nak memilih ni la yang pening. Because i ambik banyak sangat barang, sampai tak tau nak wat pilihan. Huhu. Yang buat susah tu sbb sume benda nak beli =). Haha. Sbb sume best2. Yang paling pening nak pilih color lipstick and lipglass (sbb diorng dh seal 3 colors in 1 packet). Last2, gi balik kaunter M.A.C, tanya balik opinion promoter tu and tengok balik tester. Then, baru la dapat wat decision. Thanks M.A.C. promoters. They all sangat friendly! Masa nak gi kt tempat lipstick tu, i was so lucky.. Korang tau kenape? Sbb the M.A.C promoter tu bagi i choose color sbb maybe dia kesian tgk i 2-3 kali datang kaunter tapi still tak bole wat decision. Meaning, i can choose 3 colors in different packet and they will put it into 1 new packet. So, here we go! I dapat la choose my favourite colors. So, xpayah pening2. Promoter tu pon wat sorok2, takut boss dia nampak. Huhu. I was soooooo lucky!!!

Ok la, sangat panjang la entry ni (shows that i am very happy, ngeee). Oraite, now I nak end up listing all the barang that i bought. Huhu.

1. Estee Lauder Individualist Natural Finish Makeup - RM50 (np: RM125)
2. Estee Lauder Ultra Firming Concealer - RM 20 (np: RM90)
3. M.A.C Mineralize Skinfinish (Refined) - RM 63 (np: around 100+ kot)
4. M.A.C Colour Foam Powder (Sun Centred) -RM 50 (np: araound 100 kot)
5. 2 M.A.C Eyeshadow (engaging) + Cream Shadow (gildedash) -RM 60 (np: RM120)
6. 2 M.A.C Blusher (enough said + blooming) -RM 75 (np: RM155)
7. 3 M.A.C Lipstick (blowdry+touch+shy girl) -RM 78 (np: RM 189)
6. 3 M.A.C Lipglass (major minor+li' hot pepper+avarice) -RM 50 (np: RM 189)
7. 3 M.A.C Lipglass (soft and slow+illicit+bare truth) -RM 50 (np: RM 189)

Phheww.. Total altogether RM521. Huhu. Ok la kan, kalau normal price for sure dalam RM2000++. Huhu. Lipstick and lipglass sangat murah sbb klau normal price RM63 utk sebatang lipstick and lipsglass. Kat sini 3 batang RM50 je. Mane la i tak gila! Tapi i sangat2 la berpuas hati coz dapat ape yang i nak beli, and the most important thing is, sangat murah! Mesti ramai yang kata i membazir beli make-up sampai RM500, i tak kisah ape orang nak cakap coz its my money plus i bukan saje2 nak beli, i guna tau-everyday. In fact, make-up tu setahun punya stock. For sure lepas ni xpyh beli make-up lagi. Huhu. Sale ni setahun sekali and slalu dia wat in July. So, next year i akan berusaha utk dapatkan invitation card lagi, then nak borong lagi. Haha.

Till then, bubye~~~

Wednesday, July 15, 2009

Perkara yg Tak Boleh Blah a.k.a Annoyying

Kamu semua mesti pernah alami atau mengexperiencekan situasi-situasi ini:

Di Jalan Raya

# Mamat-mamat kereta wira berlagak mitsubishi lancer atau myvi berlagak passo. Haha. Agak kelakar a.k.a annoying sangat2. Rasa nak langgar lari je. Hoho.

# Kereta suka-suki cut que. Ini perkara paling membengangkan. Tapi kalau anda mempunyai bf mcm bf saya, anda mesti bebel sepanjang masa sbb dia ni suka sgt bagi je org cut que. Dah la jalan jam. Kenapa awak suka sgt bagi orang cut que? (soalan masih belum terjawab, haha)

# Melihat punggung (yang tonggek dan saje2 buat, of coz) minah-minah yang bonceng motosikal mat rempit. Eeeeiiiiiii, kalau molek punggung tu xpe la gak. Geli i tengok. Weekkk~

Di dalam Tandas Awam

# Bayangkan situasi jika anda betul2 tak tahan nak membuang. Tak kira la yang kecik ke besar. Tiba-tiba sampai toilet, ada "makhluk asing" (berwarna coklat selalunya) atau tiada makhluk tapi air berwarna kuning di dalam toilet bowl. Haha. Situasi yang pernah i alami sendiri. Rasa nak sepak-sepak je orang yang meninggalkan kesan busuk seperti itu.
Pengajaran: Sila flush toilet selepas anda menggunakannya (perlu ke tampal notis kt pintu???) like i pernah wat masa di universiti dulu. Siap bagi amaran lagi. Hehe. Pantang betul orang-orang pengotor macam ni.

# Pad yang telah digunakan bukan buang dalam tong sampah tapi atas tong sampah! Bengap betul orang-orang mcm ni. Tandas awam mencerminkan budaya kita, tau tak!!!

# Menjadi lokasi anak2 muda atau lebih tepat anak-anak gadis bawah umur berposing. Haha. Trend sekarang yang tengah hot, korang tak nak try? Tak percaya, sila google pic-pic mereka ini. Macam-macam aksi boleh tengok but most of the pics, sangat kelakar, okey! Contoh: aksi-aksi ghairah yang tak menjadi at all. Haha.

Di Jalanan atau Shopping Mall

# Kelakar tengok budak-budak pakai tshirt konon2nya DIY (indie la sangat!!) macam 'Saya sayang mak saya', 'Aku Jiwa Kacau', 'Saya Jiwa Shuffle', Aku nampak mak kau ronggeng whatsoever. Haha. Kalau nak wat tshirt, buat la betul2. Sangat tak seni, ok. Setakat ada statement kunun2 kelakar ngan tulisan warna-warni. Try again ye si pembuat tshirt. Haha. (tp tshirt "Hoi! Kau Busuk" tetap rock) Lalalalalala~~~

# Sangat tak boleh blah tengok budak-budak dok shuffle di depan Maybank, Jalan Bukit Bintang atau di atas Kedai Secret Recipe (sebelah jambatan, laluan dari Times Square ke Sg. Wang). Uuuiiihhhhh, pening kepala tengok budak-budak ni tahu? Ingin best sangat ke terkinja-kinja depan jalanraya. Adik-adik, dinasihatkan kalau nak shuffle, sila lah ke Orange, Zouk atau kelab-kelab malam yang lain. Di hadapan jalanraya sangat la tidak sesuai,ok. Bahaya untuk kesihatan umum. Contoh macam i, terus pening tgk budak-budak ni. Seroius shit. Tak tipu.

# Pernah tengok orang pakai sunglass dalam shopping mall tak? Hahaha. Itu sangat kelakar ok. Dah nama pon sunglass, sila la pakai di bawah terik matahari. Yang hang pakai dalam mall tu watpe? Ingat comel sangat ke? Sangat tak boleh blah dan ditolaransikan.
Peringatan: Sunglass hanya boleh dipakai jika ada cahaya matahari, kalau takde sila buka. Jangan nak buat kelakar lak.

# Gadis-gadis yang trying so hard nak jadi gadis metropolitan a.k.a gadis KL sangat kelakar juga. Maksud i, mahu bergaya tetapi nampak janggal dan KG. Haha. Paham tak maksud yg trying so hard? Maksudnya, cuba sedaya upaya supaya kelihatan KL. Hehe. Boleh jumpa di mana-mana, dan i selalunya senang je nak detect whether she is from KG or betul2 anak load. Juga barang-barang atau accessories yg dipakai, sumtimes bole detect whether ia fake atau ori.

Disclaimer: Contoh-contoh di atas adalah berdasarkan pemantauan dan pengalaman yang di alami oleh penulis ketika beliau tengah sebok bershopping dan berdating. Tiada kena mengena dengan kamu-kamu sekalian. Harap Maklum~~~

Sekian, Terima kasih, please come again (buat muka senyum mcm pelayan McD) =)

Monday, July 13, 2009

-Kelakar: Makhluk Asing Tak Diundang-

Hahahahaha. Gelak dulu sebelum start cite (hahahahahhuhuhuhuhhehehehehohohohohohoho)

Okey, Dah abis gelak. Now baru leh start. Hahaha. Kelakar, tak boleh nak cite lagi. Ok, i serious. Jangan la marah. Uuuiiihhh. Pagi tadi masuk keje, sampai sama ngn farah. Bukak je pintu, wallaa! Ada semerbak bau yang sgt busuk, menggelikan, loya dan macam2. Macam bau bangkai. I dh geli dah. Teringat benda ni penah jadi kat umah sewa (cite lain, nnti i cite, huhu). Kitorang pon cari la kot2 ada bangkai apa2. Dalam kepala fikir bangkai tikus je, sbb bau dia similar ngn bangkai tikus. Eeeiiiiii, sumpah geli!!! Tapi kitorng dengan semangat waja cari gk bangkai tu, kot2 dalam almari ke, belakang kabinet ke etc. Tapi tak jumpa gak. Bau dh la semerbak, kira all the way to our office tu mmg berbau hanyir and hamis (bau bangkai tikus hanyir n hamis? ah, abaikan).

Orang yg first lalu, En Deen. Dia nak gi toilet (bilik kami sebelah toilet ye, harap maklum). Pastu i pon suruh la die tgk2 n cari bangkai tikus tu, ye la, i dah seriau, mmg fobia ngn tikus. Binatang or serangga lain bole, tikus...mmg tak boleh bla. En Deen kata dia nak gi toilet dulu. Lalu, En Deen pon kuar dari toilet tapi hanya mampu berdiri di luar sahaja sambil hidung kembang kuncup menahan bau bangkai tu. Haha. Hampeh, rupanya beliau pon takot tikus. Haha. Plus tak tahan bau die, mmg menusuk kalbu. Dan dengan selambanya En Deen terus berlalu dari tempat kejadian. Agak hampeh di situ (jgn mara ye En Deen, senyum skit =)

Dan orang yg kedua lalu ialah En.Mus. Haha. Beliau kata kejadian ni penah jadi dulu, di tempat yg sama. Tau tak kt ne? Dalam aircond!!! Maka, En.Mus pon menyimpulkan bahawa ada tikus mati dalam aircond. Haha. Macam kelakar kan? Untuk menambahkan effect kegelian i ngn Farah, dia siap cakap tikus tu mati dan dh sampai berulat2 serta reput. Pastu dia buat muka senyum2. Haha. Jahat kan? Then, En Mus pon panggil orang servis aircond datang. Berkemungkinan kejadian "tikus mati dalam aircond" kembali lagi. Sementara tunggu org servis aircond tu nak datang, kitorg gi lepak kt bilik En Deen. Haha. Jenuh En Deen nak layan kami, siap jamu asam (time kasih ye En Deen, nnti i datang lagi curik asam, haha). Sembang2 kosong tp mcm2 cite gk la yg kuar. Sampai la kul 11.30pg barulah org tu datang. Huhu. Saat mendebarkan ni... Tak sanggup nak terima hakikat ada bangkai tikus dalam aircond. Eeeeiiiiii, gross!

Sambil i mengintai org tu bukak aircond, i pon tanya. "Betul ke tikus?" Dia jawab, "Aah, dah nampak dh ni". Hahaha. Maka dengan rasminya teori En Mus mengatakan tikus mati dalam aircond terbukti! Caya lah En Mus. Hoho. Orang tu pon siap bagi effect geli tahap maximum, berulat la, reput la, terbelah dua la. Eeeiiii, saje je. Lepas je selesai upacara mengangkat mayat tikus tu, aircond pon dh boleh pasang, tapi still berbau, dah spray ngn freshener bertan-tan pon still berbau. Haha. Kronik. So, kitorang pon buka tingkap n pintu seluas2nya + bukak aircond bagi hilang bau. So, sekarang (pukul 4pm) dah hilang bau arwah tikus itu. Semoga rohnya takde badi sbb kitorg siap sumpah seranah tikus tu. Hehe. Takut lak.

(Cerita Lain)
Ok, berkaitan dengan cite yg kejadian yang sama pernah berlaku di rumah sewa, itu lagi la kelakar. Hahahahahahaha. Mmg nak gelak besar. Rupa2nya bukan bangkai tikus, tapi telur kenduri kawin yg dh busuk. Haha. Bau kentut busuk. Tapi lagi power, mcm bau bangkai. Tu kitorg ingt bangkai tu. Kitorang siap buat operasi cari mana punca, dan2 selak2 paperbag kenduri tu ada 3 biji telur busuk didalamnya. Hahaha. Selama kemas umah, tak jumpa pon telur tu. Sbb maybe dlm paperbag, ingt paperbag kosong. Sapenye telur sume taknak ngaku. Yang penting, bukan telur i. Hahaha. Selepas kejadian tu, i pon buat rule "bertanggungjawab ke atas telur sendiri" so that after gi kenduri diorg kena terus makan, or klau dh lama sgt buang je. Takde la sampai berbau bangkai kan?

Habis dh cite, dah suci dh bau bilik ni like usual (haha, bilik bau suci?). Tak caya datang la office i. Ada bau lavender. Ahaks.

p/s: To arwah tikus yg ekor sgt panjang dan lentik, maafkan kami kalau terasa ngn sumpah seranah yang dilemparkan pagi tadi. Hiduplah anda dengan aman di sana (0-0 ya!)

Till then, tata titi tutu~~~

Thursday, July 9, 2009

:: Macam-Macam Cerita ::

Hye.. Bersempena tak update selama seminggu ni, saya nak cerita macam-macam benda. It starts with:

Perihal Tak Best

1. Tangan terseliuh semasa tidur dan terpaksa di bandage. Huhu. Al-kisahnya, terseliuh dh lama, lebih kurang sebulan, but then baru la nak sakit kan? Sakit hati gue! Susah woo, tgn kanan lak tu yg terseliuh. Nak mandi susah, nak lap badan susah, nak ikat rambut susah, nak pakai baju susah etc. (nasib baik bole menaip sbb guna hujung jari shj ;) Sbb sume guna tgn kanan dan kena pusing2kan tangan. Tapi my tangan tak boleh gerak2, kena statik, klau gerak sakitnye mcm wtf. Haha. Mula-mula sakit, suruh kawan2 urut, then tido. Time tido tu terjaga byk kali, tgn berdenyut2. Sakit tak ingat. Macam robot dah saya. Haha. Tangan takleh gerak langsung. Esoknya, gi gak keje and terus gi klinik. Doktor bagi ubat sapu bengkak dan bandage. Dah makan ubat, baru denyut2 tu hilang dan i pon suka hati. Haha.

2. Duit macam air.. Beli macam2 tak ingat dunia. Megasale katekan.!! Bila la i nak insaf ni. Haiya...(pastu jumpa la plak online shopping yg best2, lagi la haru)

3. Sudah dimaklumkan akan bz sepanjang bulan ni and nextmonth disbb SPK tu la. Haha. Takpe2, i akan berusaha untuk dapat ISO for my unit ni. Wish me luck!


Perihal Best

1. Baru beli jeans MNG by Penalope Cruz. Huhu. Dah usha lama, tapi malas nak beli sbb tau akan ada sale mesti akan jadi murah. Ya, agak murah la, RM105. Then, terbeli lak seluar slack(but tak slack sgt kot, bkn jenis kain licin) dua helai, black n brown sangat murah RM45 je.Mana la i tak gila. Then, menambahkan i lagi gila, ternampak lak long sleeve shirt warna slow peach yg menarik hati, sambar satu helai. So, total altogether RM244 gone at MNG. Haha. Dinasihatkan klau nk shopping kt MNG, sila pergi ke outlet Midvalley, byk choice and harga pon cm lebih murah. Sbb aritu beli shirt kat MNG KLCC harga RM79. Nextweeknya, gi tgk kt Midvalley, baju yg sama RM59 je. Tersentap jap. Haha.

2. Kamera saya telah berjaya dijual di mudah.com.my. My bf yg jualkan. Bagus gk jual kt mudah ni, senang dapat buyer, but kena tahan skit la sbb ramai tanya (habiskan kredit je reply sms diorg), but tak serius nak beli + mesti nak nego harga. Alahai, dah murah sgt harga i tawarkan tu, siap dapat cap nikon, n most of the accessories still balut dgn plastic like mini tripod, tv cable, landyard nikon etc. My Nikon digital camera still in a good condition, still have 2 months warranty (biasala, i jenis cermat jaga barang, mmg nampak mcm baru lagi). Huhu. Jual RM350. Dapat kat abg kedah yg betul2 serius nk beli. Bagus abg tu, takde pon nak nego2 but dia mintak Rm350 including postage (ala, postage RM7 je). Ok gk la kan. Then, i jual 3 botol perfume yang mmg tak pakai langsung (original tau), sbb tamak beli banyak2 kt warehouse sale. Haha. I tak ambik untung pon, jual harga yg sama mcm i beli dulu. Sbb niat bkn nak untung, just takut lama2 simpan xpakai, then lagi rugi. Klau org mintak nego, setakat RM10 tu bole la. Yang dh dpt jual setakat ni Sweet Darling by Kylie Minouge RM50 (50ml). Yang still ada kt i, but mmg ramai yg tnya, tp tak beli (menyampah tau!) Midnight Fantasy by Brtitney Spears RM120 (100ml-edp) and The Beat by Burberry Rm 100 (50ml-edp). So, sape2 nak beli cakap la kt i ye. Selagi stok masih ada. Huhu. Sume tu baru lagi, manufacturing date 2008 (perfume leh tahan 3 tahun).
Ingat hasil jualan ni nak beli kamera baru yg best skit, yg puashati. Nnti la nak survey dulu, tak decide nak beli kamera jenis apa, but totally not dslr. Haha.

3. Current weight : 48.5 kg. Haha. Kembali ke berat asal, but my target 45kg. Ada berani?

4. I happy sangat sbb my bf sayang i (mengada gila tak ayat?) Nasib la. Haha.

That's all la, jumpa lagi di lain episod. Daaa~~~

Monday, June 29, 2009

-Sesuka-suki hati kami-

Hye all. Today saya nak cerita pasal benda-benda yg terjadi sepanjang minggu lepas. Kan hari jumaat lepas suppose kami kena gi closing ceremony ICOT tapi dengan otainya kami skip pergi sana but dengan gumbiranya dan suka-sukinya kami pergi bershopping (alamak, kawan2, kantoi...haha). Siap ada sorang kawan tu beli handbag GUESS lagi. Cantik sangat handbag dia. I sangat heart tau =). Oppss, lupa nak cite yang masa sembahyang kt KLCC, saya sembahyang sebelah wardina (yus jugak, hoho). Wa cakap lu, beliau sangat gorgeous (kan kawan2?). Dia sangat cantik dan sangat simple je dreesing dia. But, very the natural beauty. Huhu. Bangga lak sembahyang sebelah wardina. Tapi xde la sampai kami nak gi salam2 and take pic, just senyum2 je. Huhu.

Habis je sembahyang, kami mulakan tour kami ke setiap kedai (MNG, Zara, Guess boutique) and Parkson and Isetan utk cari handbag member tu. Yang kelakarnya, yus yang nak cari handbag, fara yang beli. Huhu. Esoknya, jumpa Wati Elite n his son (cute sgt) kat maxis centre, KLCC. Dia beli nombor baru n saya tau nombor dia. Jeng jeng jeng..Dia tu xde la slim sgt. Pinggang agak flabby. Huhu. Muka, xde la lawa sangat. Tang dagu tu mmg sah botox (runcing sesangat). Haha. Dah berdiri sebelah saya, mesti la tgk sumenye. Tapi anak dia hyper and cute sgt. Dia panggil anak dia baby..

Today sangat bosan and malas sangat nak kerja. Haiyaaa~~~

p/s: current weight: 49.5kg. yippiee!!!