Thursday, March 25, 2010

IN-tense!!!

Minggu ni sangat tense. Banyak benda yang menyakitkan hati berlaku. Oh Tuhan! Kuatkanlah hati hambaMu ini.

Kalau banyak kerje je saya tak kisah. Ni dah la kerje tak putus-putus datang, keadaan sekeliling pulak menyakitkan hati. Sumpah, saya dah tak tahan!

Mungkin semua yang berlaku adalah balasan dosa-dosa yang pernah saya buat secara sengaja atau tidak sengaja. Kalau begitu, saya terima dengan redha.

Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan semua perkara yang menyakitkan hati ini, Saya tau manusia tak mudah berpuas hati. Ada sahaja komennya, ada saja ketidakpuasan hatinya. Ada SAJA!

Biarlah~~~lebih baik saya tutup telinga, dengar muzik kuat2. Terasa dalam dunia sendiri, tenang, aman----

Get lost losers~~~ I don't need you. NEVER.

Thursday, March 18, 2010

Introducing si Chomel dan si Lazat

Introducing my new lil baby..

Nur Aryna Nabila. She is my sister's newborn. Lahir pada 7 Mac 2010, jam 9.30 mlm di Hospital Sungai Buloh. Dah 2 minggu baby ni lahir, but I tak sempat-sempat nak post kat blog. This is my sixth anak sedara. All together, I have 4 nieces and 2 nephews. Wow! Sekejap je masa berlalu. One more nephew is coming soon=) (my bro punya baby).

Tengah tidur, baru satu hari masa ni. Cute sangat..

Lepas pergi hospital sempat pulak melencong ke One Utama. Huhu. Lama tak pergi sini coz its too far from Serdang kan? Juz window shopping since tengah kering kontang ni. Huhu. Found something interesting kat Paul and Bear, Cotton On, Forever 21, Charles and Keith. Tapi yang paling tak tahan ialah kasut kat Charles and Keith. Will grab it soon no matter what happens. Sangat stylo. Teheeeeeeeeeeee.

Lepas tu, found another restaurant yang agak menarik called New York New York Deli. Memang best sangat food kat sini. Pizza dia paling best sebab ia adalah original New York pizza (jenis nipis). Topping padat and penuh. Yummy sangat~~ Lagi satu we ordered spaghetti tapi tak ingat la name dia ape, tapi ala-ala carbonara. The drinks pon boleh tahan. Rasanya my drink tu nama dia New York peach. Very2 delicious. Ada pic drink je, food tak sempat ambil pic dah kena balun. Wahahaha. Looking forward to go there again. Mesti tak menyesal. Price wise ok sangat, much more cheaper than TGI and Chillis, same level like Papa John's pizza. Enjoy the pic~~



Ok la, that's all for now. Curi masa untuk update blog di petang-petang hari selepas seharian mengaudit. Huh. Malas mau cerita pasal kerja (itu cerita lain). Haha.

Till then, tata titi tutu!!

Thursday, March 4, 2010

My New Scent~~~

Nak beli perfume baru!!!!The current one i belasah hari-hari pergi kerja still ada lagi (Hypnose). But perfume(Dior Addict 2) yang i pakai untuk weekends or gi dating, kenduri, dinner, special events etc. seriously dah nak habis. Need to buy a new one.

I dah survey and really love these perfumes. My first choice is Flora by Gucci. Sangat best bau dia, floral scent plus so sweet. Agak sexy juga. Hot. Harga pon agak sexy dan hot ;p. Quite expensive. As far as i remember, untuk 50ml RM295, for 100 ml is RM389 (tak sure kena check balik). Comes with EDT and EDP but of coz with different price. EDP is much more expensive. Too bad, coz i prefer EDP perfume. Sebab ia long-last till 12 hours. EDT only long-last for 6-8 hours.


Then, my second choice is Orange by Hugo Boss (model-Sienna Miller). Huhu. Bau citrus and sangat fresh. Unfortunately, it only has EDT, takde EDP. Price wise not bad. Kalau tak salah 75ml is RM250. Love the shape of the bottle also. Tinggi and unik.



I also love Rose the One by D&G. Bau rose yang wangi but not yang tengik tu. It's a soft rose, reminds me of English style (vantage furnitures and pinggan mangkuk). Haha. Agak mahal jugak. Kalau tak silap harga dia lebih kurang Flora. 100ml is RM360++.So, which one yang i akan beli? First, based on keadaan kewangan sy dulu. Huhu. Then, pilih yang berbaloi (contohnya beli yang EDP terus). Then, pilih yang favourite scent (of coz i nak Flora). Huhu.


p/s: Ariani sale from 22/2/2010 til 24/3/2010 and Guess sale till 28/3/2010

Tengah-tengah kering kontang ni banyak lak sale. Huh, tension~~~

Tuesday, March 2, 2010

Happy for Them =)

Wahhh, kawan-kawan saya semua sudah berkahwin. Ngeeee~~ I'm happy for them. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah dan semoga berkekalan selamanya. Amin~~ Let's enjoy the picures of their wedding.

Kita mulakan dengan Puan AJ or Puan Nor Aniza Azman. Majlis diadakan pada 14 Februari 2010 (Valentine's Day). Lokasi wedding di Taman Jati, Jelapang, Perak. Tema putih and merah. Sangat girang~~~ Hehe.
Me and My frens, melaram atas pelamin

Saya pulak nak melaram, huhu

Me and the pengantin. Congrats AJ..

Yang ni pulak, wedding Puan Adilah di Manjoi, perak. Majlis telah diadakan pada 26 Februari 2010 (Maulidur Rasul). Wedding yang bertemakan putih-pink. Sangat sweettt~~~

My skoolmates, seronoknye dapat jumpa diorang =)

The Pengantin - Congratulations~~

Puan Dilla Hashim

Saya dan dilla

Congratulations again. Hopefully mereka happy selalu dan berkekalan sehingga akhirnya.

Soalan panas: "ko bila lak nak kawin?"

Jawapan hangat: "Bulan 12, tahun tak decide lagi"

Huhu. Satu hari nanti, InsyaAllah~~

Thursday, February 25, 2010

Bandung-Jakarta Trip 18-22 Feb 2010

Hye all~~~

Rasanye masih belum terlambat untuk saya bercerita tentang trip kami ke Jakarta-Bandung, Indonesia pada 18-21 Februari 2010. Ianya satu trip yang sangat2 best. Despite of having so many probs (i.e: supir yang tak mahir jalan di Bandung, kena tipu ngn Pak Dedi iaitu supir yang sepatutnya ambil kiotrang di airport dan menjadi supir sepanjang kami kat sana, masalah kekangan masa-tak cukup masa nak shopping etc.). Tapi, overall satu trip yang amat best since pegi ngn kawan2 terchenta. Tu yang paling berharga.

Sepanjang berada kat sana, banyak benda yang kami perhatikan mengenai warga Indon ni. Yang paling saya nak cerita is the way the drive. Sangat menakutkan!!! Rasanya diorang ni takde undang-undang jalanraya kot. Main hentam kromo je. Bayangkan kalau anda sesuka hati leh buat pusingan U-turn di tengah2 jalanra
ya yang sesak? Pastu bayangkan kalau anda boleh berhenti sesuka hati di tgh jalan untuk ambil penumpang? Lagi satu diorng ni suka sangat honk kenderaan lain. Bunyi honk tu mmg dh biasa sgt kat sana. Termasuk supir kami yang agak kuat gak nak honk2 org. But diorng ni tak mara2 kalau terjadinya mcm tu. Senag cite, diorg saling memahami dan bertolak ansur di atas jalanraya. Sebab tu semua org leh buat sesuka hati, sebab takde sape yg akan mara. Pengangkutan awam utama mereka ialah "Angkotan Kota". Kat sana nak nampak bus macam Rapid KL mmg susah. Diorg guna "angkotan kota" (macam van) sbg public transport utama. Lagi satu, diorang ada "bajai" macam tut tut kalau kt Thailand. Bajai ni murah je tambang dia (10 ribu rupiah) boleh naik 3 orang. Huhu. Tapi agak bising skit la bunyi enjin dia. Beca pon ada gk tp tak byk sgt. Orang-orang kat sana agak peramah, tp kalau tgk kita semacam je. Diorang ni kalau sekali tgk kita mmg tau kita orang Malaysia. Macam mane diorang leh cam xtau la plak kan? Maybe orang Malaysia bentuk muka dia lain kot. Tapi yang tak bestnya kalau shopping, diorang suka nak naikkan harga (maklumlah tourist katekan). Kalau utk org Malaysia diorg dh letak harga tertentu. Kalau tawar pon skit2 je. Susah tul. Ada satu tu lagi la, tak leh tawar langsung! Harga grosir (borong) katanya. Huhu.

Baru 4 hari kat sana, banyak pertakaan Indon saya belajar, contohnya:
Macet = traffic jammed

Obral = murah

Gratis = percuma

Grosir = borong

Resleting = zip

Kancing = butang
Tas = beg tangan

Sepatu = kasut

Cumi = sotong
Nasgor = nasi goreng (ni yang paling kelakar, sesuka hati ni shortform kan)

Bebek = itik

Anduh = tuala

Rumah makan = restoran

Kanker
= kanser
Rumah sakit
= hospital
Supir = pemandu

Tudung = jilbab/kerudung

Alpukat = jus avocado

Air kosong = aqua

Sapi = lembu

capek=penat


Huhu. Tu je la yang saya ingt. best belajar
perkataan2 baru ni. Pasal makanan lak, kat sana boleh tahan la masakannya. Cuma saya tak berapa masuk ngan Masakan Padang. Masakan lain ok kot. Belasah je. Yang paling best Jus Alpukat (Avocado). Memang best!!! Korang kena try kalau gi sana. Recommended.

Ada satu benda je saya tak berapa gemar mengenai Indonesia ni iaitu budaya meninta tips. Mane2 gi pon mesti ada yang akan minta tips. Tips selalunya orang tak mintak, selalu kita yang akan bagi (kalau rasa benda tu berbaloi, baru la bg tips kan?). Kadang2 tension gk, ingat kita cop duit? Bukan kedekut, tp kalau diorg asik2 nak mintak, bankrupt la kan. Huhu. Pastu, mentaliti orang sana, kalau warga Malaysia yang datang sana mesti orang kaya. Ye la, boleh jalan2, siap borong macam2 lagi. Wahai bapak2 dan ibuk2, kami datang ni pon kena kumpul duit tahu tak? Kalau tak kumpul, tak dapat la nk holiday. Huhu.

Ok la, malas nk cerita lagi, layankan pic-pic ni:


Keberangkatan ke Jakarta

Pemandangan dari atas

Dah sampai kat Soekarno-Hatta Airport. Yay!!

Tangkuban Parahu (sejukk kat sini, tp ada matahari terik, pelik kan?

Me =)

Cantik sangat pemandangan kat sini

Cewek2 yang suka sangat bergambar

Ini la bajai (public transport kat sana)

Di salah sebuah Factory Outlet kat Bandung

Kat Cibaduyut, Bandung (tempat jual tas dan sepatu kulit sapi)

Di Tanah Abang-Jakarta (rambang mata shopping kat sini)

Di sekitar Cihampelas, Bandung (tempat jual jeans)

Nasi Tembel, lauk ikan bawal (not bad la, tp manisss)

My favourite drink kat sana - Jus Alpukat

Angkotan Kota (public transport yang famous kat Indonesia)

Kepulangan ke Malaysia, kepenatan time ni

p/s: Planning to go to Sydney, Bali, Krabi or Beijing after this (kalau ada duit lebih la kan). Ntah bila-bila. Huhu.

Wednesday, February 17, 2010

Jangan jadi GILA

Salam semua,

Actually, dah lama nak update blog ni. Tapi tak sempat2. Huhu. Banyakkkkkkkkkkk sangat stories nak update. Tapi hari ni saya cerita pasal pergi Kursus Pengurusan dan Pengacaraan Majlis hari tu la from 9-11 Februari 2010 (bosan kan? tapi nk cerita gak).

Huhu. Seriously, kursus yang saya pergi tu sangatttttt best. First time ever dapat pergi kursus yang best macam tu. I really adore the speakers pada hari tu; PM Dr. Muati, PM Dr. Azahari dan Dr. Hamisah. Semuanya best2 belaka. Diorang sangat sporting and participants pon mmg sgt close. Walaupon ada la dalam 20 org je peserta, tapi we all sangat close. Jumpa ramai kawan2 baru. Seronok~~~

Paling best talk from Dr. Azahari. Banyak benda baru we all belajar dari dia. He is so good! Kursus ni tak bercerita direct pasal Pengurusan dan Pengacaraan Majlis. Tapi ia lebih umum dan membuatkan kita berfikir. Susah nak cerita, kena panggil Dr. Azahari terangkan. Apa yang dia cakap akan membuatkan kita BERFIKIR (tu yang paling best dan berkesan).

Selama ni, baru saya perasan yang kebanyakkan kerja saya buat adalah di dalam keadaan GILA. Haha. First sekali masa mula-mula dia bagi talk dia cakap pasal GILA. Memang takde kena mengena dengan tajuk kursus kan? Tapi daripada cerita GILA dialah membuatkan saya berfikir. Tau tak ape makna GILA? GILA bermakna: tau ape yang anda buat dan faham ape yang anda cakap. Ingat tu. Dalam ISLAM pon ada cakap tahap baligh seseorang selain dari datang haid (bg perempuan) dan mimpi basah (bg lelaki) adalah apabila dia tau bezakan mane baik, mane buruk a.k.a TIDAK GILA.

Jadi selama ni, adakah korang tau korang ni GILA ke tak? Korang paham kerja yang korang buat? Selalu saya ckp dan sy dengr org cakap "Malas la nak buat kerja ni, tak paham pon" atau "Malas nak pk, asalkan siap". Kalau korang pernah ckp mcm tu, maknanye korang buat kerja di dalam keadaan GILA. Jadinya, kalau korang betul2 tau ape yang korang buat dan faham apa yang korang cakap, then kerja korang akan perfect! Tiada masalah stress, pening and macam2 lg la.

Panjang lagi cerita GILA ni, kalau berminat tnya la saya direct and saya boleh cerita panjang. Lagi satu saya belajar tentang ambil tahu makna sesuatu perkataan. Sebelum kita buat sesuatu, kena tau makna dulu. Jangan main cakap. Dah tau makna baru kita boleh huraikan. Sebenarnya kalau tau makna apa yang kita cakap lagi bagus. Kalau kita pon tak tau ape kita cakap, mmg la susah. Kena belajar tau makna sesuatu perkataan. Ok, kalau saya tanya makna "maruah," ada sapa2 boleh terangkan? Jangan cakap harga diri sebab harga diri tu perkataan seerti dengan maruah. Saya nak huraian. Hari tu Dr. Azahari tnya makna maruah, sorang pon tak boleh jawab. See? Makna sesuatu perkataan tu penting untuk kita tau dan ambil tau. So, bermula dari sekarang, sebelum cakap apa2 atau bagi idea, kena tau makna disebalik perkataan tu., barulah kita TAU ape yang kita buat nanti.

Dr. Hamisah pulak sangat adorable. Hehe. She is good too. Dia ni slalu jadi MC di fakulti beliau. Banyak benda yang saya belajar tentang jadi MC. One thing yang saya notice Dr. Hamisah ni suka warna merah, tp last day dia pakai warna hitam. Huhu. Dan dia ni sangat confident orangnya. Patutlah selau jadi MC. Sebenarnya tugas MC adalah sangat berat. MC yang baik dan bagus adalah yang buat teks sendiri, cari bahan sendiri dan boleh MENYERIKAN majlis. Tu yang paling penting. Hopefully, lps ni saya boleh aplikasikan tip2 Dr. Hamisah bila jadi MC. Sebab saya rasa selama ni saya agak membosankan masa jadi MC. Huhu.

Kesimpulannya, kalau nak buat majlis kena tau:
1) Majlis tu majlis apa
2) Fikirkan satu konsep/tema majlis (cari kelainan, pembaharuan)
3) Tubuhkan Jawatankuasa
4) Buat persediaan sebelum-semasa-selepas majlis
5) Perlu buat back up plan / plan B untuk emergency case
6) Cari MC yang boleh serikan majlis.
7) Buat event-tailing (sampingan) supaya majlis akan lebih menarik
8) Buat majlis yang sentuh hati, masuk akal

Ha, majlis yang sentuh hati, masuk akal tu meaning majlis tu memberika kesan kepada para tetamu. Ataupun, kehebatan majlis tu menjadi bualan hangat para tetamu selama 40hari 40malam. Memang susah nak buat majlis yang sempurna. Tapi kalau para tetamu tersentuh hatinya, dan majlis tidak merapu a.k.a masuk akal, maka anda telah berjaya mengadakan satu majlis yang hebat!

So, kalau nak buat majlis pastikan setiap majlis yang diadakan berlainan daripada yang sebelumnya. Kelainan tu penting agar tetamu tak bosan!!! Lagi satu, adakan majlis yang "sentuh hati, masuk akal". Ingat tu. Hehe.

Sebelum tu, enjoy the pics:

Me with PM Dr. Azahari Ismail (Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Me with Dr. hamisah Zaharah Hasan (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). FYI, lecturer ni pakai handbag Coach Peyton warna merah (new collection from Coach). Ada class~~

Oppppsss, before we end, saya nak share my handbag yang baru je sampai from US. Dibeli di blog: http://shopmeholic.blogspot.com. FYI, saya dah check the authenticity handbag ni di butik Coach, The Gardens dan disahkan tulen. Huhu. So, sape2 yang nak beli kat blog http://shopmeholic.blogspot.com/ and blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com/, dijamin barang-barang yang dijual adalah tulen and original. Cuma barang yang dijual ada defects skit2 (tak obvious pon) atau yang dah habis season di US. For my handbag, ada skit stain color biru dekat handle handbag tu. But serious tak nampak sangat. Lagipon macam tersorok. FYI lagi, saya beli handbag ni dengan harga RM790 (actually birthday present from my bf, dia bagi 70% of the price, tq dear), kalau kat butik, exactly the same is RM1600. See??? Huhu. Kesimpulannya, beli je la kat blog. Barang sama, mungkin kualiti barang kurang skit. But its up to masing-masing punya pendapat and taste. Kalau saya, saya dah bersyukur dapat handbag ni walaupon tak dibeli di butik. Huhu. Handbag ni sangat roomy, means ruang dia luas. Boleh isi macam2, kamera saya pon muat. Then, dia boleh pakai dua cara, means nak tote boleh nak carry mcm tu pon boleh. Love it~~~

Coach Madison Op Art Sabrina Satchel

p/s: Tak sabar nak fly ke Jakarta esok. Wish me selamat pergi dan selamat pulang. Hooreyyy!!!

Friday, January 29, 2010

Friday Nite @ TGI Friday's

Hye everyone..

Yesterday was my 26th birthday. It was fun and meaningful since i dapat surprise. Huhu. My beloved bf sent me a birthday cake at my office and it's my favourite cake (Choc Indulgence). Tq very much dear. Pastu, makan ramai-ramai kat pantry. Siapa-siapa yang tak dapat tu, sorry sangat. Tak pe, tahun depan ada lagi. Hehe.

So, like usual, we will celebrate the day by having a good meal. Means me and my bf akan keluar and having dinner together. Hehe. Last nite, we chose TGI Friday's at Wangsa Walk, Wangsa Maju. Saya tau sangat jauh, tp dah terlajak ke sana actually. Our main plan is to having dinner at Naili's Place, Ampang Point. Nak try la, but bila lalu kedai tu, saya nampak mcm tak berkenan sangat la. Hehe. Tak se'special' yang disangka. So, we decided to go to Wangsa Walk since memang tak pernah lagi pergi sana. FYI, Wangsa Walk tu adalah sebuah shopping mall baharu di Wangsa Maju. Tak aci sungguh kan? Sebab time masa saya kt UIAM dulu, benda-benda ni sume takde lagi. Sekarang kalau nak tau, Wangsa Walk tu dh jadi mcm Jalan Telawi, Bangsar. Happening sungguh. Huhu.

Saya order Friday's Shrimp and Strawberry and Lemonade Slush. My bf order Cheese Burger dan juga Green Apple Slush (sangat sedappp). Sangat best dan puas hati plus memang banyak serving dia. Satu dish boleh kongsi dua orang actually. Kitorang makan tak abis pon. Price wise memang sangat berbaloi. Huhu. Total semalam RM70++.

For present, jeng jeng jeng~~~I dpt my dream handbag. Huhu. Kalau ingat last entry saya ada attached pic handbag tersebut (warna pink tu). Alhamdulillah~~~ Because of harga handbag tu agak melampau, my bf bg 70% je lagi 30% tu i tambah la duit sendiri. Huhu. Tapi sangat gembira. Tq my dear bf =)

Last but not least, enjoy the pics:
Friday's Shrimp yang lazattt

Cheese burger yang superdelicious (kate si bf la)

Birthday girl =)

Tukang belanja. Huhu.

p/s: Happy Birthday to me. I wish to be a good girl and a good servant of Allah. Amin~



Wednesday, January 27, 2010

- - - I WISH - - -

Out of sudden, i feel like i wanna share with you my dream house. Yes, I am so crazy bout interior design. I like things to be pretty, beautiful, comfort, relaxing and organized. I wish one day I can afford to have my own house with my own touch. Ngeeee~~ So, ladies and gentleman, please enjoy the pics.

First and foremost, lets check out my dream bedroom. It is a personal and private place and it must be things and colours that i like. I wish to have a white+pink combination colours of bedroom simply because they are my favourite colours~~
Very organized, neat and modern look (i like the bed and dressing table)

Very pinky, organized and simple (i like the bed too)

My first choice~ very neat and organized with minimal furnitures and a good combination of colours plus good lighting (i like~~~)

Then, here comes the dream bathroom..........

Pretty, clean and so luxury (wish to have this only one)

Ok, lets move to the dream living room....
Very calming and refreshing (i like the chandelier)

Very moderate and looks stylish

My first choice, very classic and elegent. Besides, its purple!

Now, its my dream dining room.....
So neat and tidy (love the lights)

Very luxury and classic, plus it's suitable for a big family

My fisrt choice, cute and simple with minimal space

Last, but not least, welcome to my dream kitchen....
This one is my bf's favourite colour combination (red+black). He wishes to have this kind of kitchen soon (part of me say no, part of me say yes. huhu)

This one looks so whiteeee and clean plus modern and it's so me~~

This one is so organized and looks so hommy, resembles the faces of our mothers (i like the fresh flowers, so relaxing), my favourite~~

This one is so neat and the colour is not too white plus very organized too.

Well, I wish to have my own dream house soon. One thing that i want to highlight is the colour. I fall in love with white, it's so relaxing and looks clean and pure. Plus, if its combined with pink, it will be so sweet and fresh.

To summarize my dream house:
  • Furnitures or accessories must be white or combination of white, pink or purple.
  • I like classic furnitures, yet look modern.
  • Must be neat, tidy and organized.
  • I like it to be moderate (means minimal furnitures and colours).
  • I like fresh flowers (white or pink+purple) as accessories. It's refreshing and relaxing.
So, what is your dream house? Share la =)