Monday, May 10, 2010

OBSESSI + Follower

Hye, wah, ini entry yang pertama untuk bulan Mei ini. Hahaha. Lamanye dah tak berbelog. Cerita banyak, tapi masa limited. Perhatian: Kerje government pon amat sibuk tau. Ingat lagi dulu one of my frens cakap: "Ala, keje government ni lepak goyang kaki je". Huh, dia tak tau keje government pon bz macam nak mampos!! Huhu.

Baiklah, lupakan hal itu. Nak cerita pasal i jalan-jalan last weekend. Telah pergi ke One Utama (again?). Hehe. Jauh sangat kan? Tapi disebabkan i nak pergi rumah my sis di Sg. Buloh, singgah la OU jap sebab tak jauh mane pon dari Sg. Buloh tu.


First, nak cerita pasal makan (ye, saya suka makan). Kalau pergi OU mesti nak makan kat New York New York Deli. Kali ni i makan Spaghetti Aglio Olio with Mushroom, air Pink Inc., Mini Cheese Fondue and Pepperoni Pizza. Ape yang i boleh katekan adalah "heaven!". Sungguh sedap dan puas hati. Ok, silalah layankan pic dibawah ini.

Disebabkan i love pink so much, I dengan sukahatinya telah mengorder air Pink Inc.(unik kan nama dia), rasa pon sangat best! Campuran green apple dan cherry. Yummehhh.

Ni pula, Spaghetti Aglio Olio with Mushroom, very mild spaghetti, so takde la full sangat, still boleh melayan piza pepperoni yang super delicious.

This is the greatest! Mini Cheese Fondue (sayur terung, timun and mushroom). It's like veggie tempura, tapi dicicah dengan chesse dressing. Sangat heaven, u all should try it, best utk yang suka makan sayur. Pic yang sipi2 kat blakang tu, pepperoni pizza, pon sedap. Coz ia npis dan padat dengan topping.

Lepas makan, seperti biasa jalan-jalan macam takde arah tujuan. Hahaha. But, sangat best cuci mata. At first macam takde mood nak bershopping. Last-last bila masuk Forever 21, nampak lak purple jacket, terus sambar. Sekarang i sangat OBSES dengan jacket!!! Kalau pergi shopping complex, mesti nak tengok jacket. Tapi jacket yang material dia nipis la kan. Tak kuasa i nak pakai leather jacket tebal2 alam and jalan-jalan kat KL. Huhu.

Malam tadi i tak boleh tidur until 2 am, so I took pic of my jackets. Layankan~~~

This is the purple jacket, RM85 from Forever 21.

Yang ni pulak I beli last week, at ROMP Midvalley, RM49.90.

Last but not least, my favourite jacket, alltheway from Bandung. Love it~~

Ini lah obsesi saya, iaitu jacket. Nanti nak kumpul lagi banyak-banyak. Now kegemaran saya ialah pakai leggings/jeggings dengan long top/t's dengan jacket. Agak rock, anyway, saya memang rock! Hihu.

Oppsss, nak tau tak? Saya baru perasan, dalam senyap ada orang follow saya buat itu ini, pakai ape yang saya pakai. Haha. Saya ada follower. Bangga tak? Ahaks. For me, saya rimas sikit la, lagi-lagi meniru benda yang personal. No identity and personality at all. Tapi lantak kau la labu~~ (orang ini tiada kena mengena dengan kawan-kawan di INSPEM atau kawan-kawan lama saya di Ipoh). Harap maklum.

Oppsss, lagi satu bertambah kelakar kalau ada orang KG nak jadi KL. Hihu. OMG! Nak speaking London, tapi amat kelakar. Come on la, kalau kau betul-betul fluent I tak kisah. Kalau English pun macam Liana Jasmay, (hahahaha). I rasa korang pon akan ketawa kan?

p/s: Last week, dalam sejarah kat Flat Ikan ada kenduri kawin yg sangat meriah, karaoke start pukul 9am sampai petang, siap ada kompang lagi. Huhu. Meriah-meriah~~~

Tuesday, April 13, 2010

Rojak

Kisah Exam SPA (Saturday)

Last Saturday, I went to SPA exam at MAEPS, Mardi. I keluar pukul 8.15am dengan harapan dapat sampai awal. But............. dengan rasa geram dan hampa ditambah dengan cuaca hujan, start from traffic lite Masjid UPM sampai la ke MAEPS, there was a massive traffic jammed. Serious tak pernah rasa jam teruk sampai macam tu. Dah la lewat nak ke exam. Sampai pukul 9.30am instead of 9.00am yang sepatotnya exam bermula. Huh. Nasib baik kami diberi peluang untuk menjawab exam. Seriously bukan saje2 nak lewat, mmg ramai yg stuck dalam jam. Ada yang sampai kul 10, mmg takde rezeki nak jawab exam. I pon dgn laju2nya menjawab exam, masa diberi sehingga pukul 10.15am. Lega, soalan pengetahuan am boleh la jawab. Tak la sengal2 mcm last year. Huhu. Nasib baik study sejarah Malaysia dan about Malaysia the nite before. Thanks to fanadz yang meminjamkan buku "Malaysia Kita" yang memang sangat2 membantu. Huhu. Overall, exam dapat dijawab dan paling kelakar ialah soalan sahsiah iaitu:

"Sesekali anda ketawa apabila mendengar lawak lucah". Ya atau Tidak.

Hahahahahaha. Sungguh dramatik kan soalan tu. Paham-paham je la i jawab ape. Tak kan la i terlalu serius menjawab "Tidak". Haha. Agak2 la kan. Lagipon dia kata "sesekali" means bukan selalu.

Balik exam sempat lagi pergi menonton wayang; Date Night. Serious gila kelakar la filem ni. Very2 recommended. Hahaha. Tina Fey and Steve Carell mmg the best! Kelakar tak ingat. Hilang tension and penat tgk movie ni. Lepas ni nak tgk Shutter Island and The Crazies.

The Next day (Sunday)

Site visit ke Kalumpang. Huhu. Besttttttttttt sangat2 dapat mandi sungai yang sejuk dan menyegarkan. Suka-suka. Seronok!!

p/s: Tiada pics nak share. Tak sempat nak ambil gambar pon.

Thursday, April 1, 2010

Lambakan Nafsu seorang Wanita

Hye, actually dah lama i nak berblog tapi tertangguh-tangguh sebab paham-paham je la. Huhu. Malas nak cerita bab kerja yang best itu. So, i mulakan dengan cerita yang dah agak basi skit ye.

Shopping Updates: (ini entry last week, harap maklum)
Last weekend pergi Pavillion dan One Utama (agak tak relevan kan? sebab destinasi kedu-dua lokasi amat jauh). Haha. But who cares? Kalau i nak pergi, my bf kena bawa gak (lagipon beliau tak kisah). Nasib baik ada bf yang suka jalan-jalan gak.

Firstly, pergi One Utama. Hajat di hati nak makan kat New York New York Deli (tercapai jugak!). Huhu. After makan, naik atas dan terus membeliakkan mata. Masuk Cotton On, Forever 21, Pull and Bear, Charles and Keith etc. Tapi macam tak berkenan. My bf nak beli kameja at Pull and Bear but takde saiz la plak. And then, beliau terus ajak gi Pavillion, nak tgk kat sana lak.
Then terus ke Pavi. Sampai2 terus ke Cotton On. Mula-mula ingat nak borong banyak2. Amik sampai 6-7 helai baju/pants tp bila masuk fitting room, rasa macam semua tak sesuai. Ingat nak beli "harem pants". Murah je RM49, tapi bila pakai macam tak sesuai lak ngan i. Then, try gk lingerie, still rasa tak sesuai. Huhu. Last-last beli blouse je. RM75 dapat 2 helai. Erm, not so bad. Lepas tu tengok2 kat Forever 21, tak de yang menarik sangat. Then, pergi Charles and Keith. Terus grab 1 shoe yang telah lama i aim. Huhu. Puas hati! Burn RM145. Last pergi Pull and Bear, my bf dapat beli his red and black kemeja checkered, rm135. Lepas tu, i plak tertawan kat satu blouse ni, tak mahal sangat rm89. Grab one.

After membeli belah, kami terus pulang dengan gembira =). Hehe. Still have one thing yang i belum beli which is perfume. Mahal sangat la, maybe next month. Tunggu eh Flora~~

Ini entry this week (week yang sangat2 mengembirakan =)
2/4/2010 (Jumaat)

Tekak terasa seperti mahu makan seafood. Meleleh-leleh air liur tengk seafood di web restoran-restoran seafood. Huhu. I ni kalau teringin mesti nak dan-dan tu gak. Tak boleh tunggu esok. Nak dijadikan cerita, masalah kepinginku itu telah dikongsikan bersama k.wanie. Hehe. Beliau dan azlida dengan rela hati ingin menemani saya untuk pergi makan seafood di Bagan Lalang. Wahhh, sweetnye diorng ni kan? So, malam tu tepat kul 8, i, en. bf, k.wanie dan azlida telah pun pergi menyerbu Bagan Lalang. Macam-macam yang diorder. Ikan, ketam, udang, sotong, pahat etc. Actually i teringin sgt nak makan ketam. Dapat jugak makan. Huhu. Thanks to azlida dan k.wanie yg telah memenuhi nafsu seleraku yang membuak2 itu. Oppss, lupa nak cakap, i orang fisrt yang basuh tangan sebelum makan, dan yang terakhir basuh tangan selepas makan. Huhu.

3/4/2010 (Saturday)

Ada bengkel di tempat kerja dan kehadiran adalah diwajibkan. Bengkel diadakan sehingga pukul 12.30tgh. Overall, bengkel ini berjaya mencuri perhatian saya (yg pada mulanya mmg malas sgt nak join) oleh kerana penceramahnya yg cool. Hehe. Menerusi bengkel ini juga segala permasalahan di tempat kerja telah diutarakan dan tak tau tindakan selanjutnya dah diambil ke belum. Hopefully, dengan cadangan-cadangan yang ada tu boleh menyelesaikan masalah dalaman di tempat kerja. Huh.

After berbengkel, saya dan encik bf terus meneruskan hari Sabtu yang ceria itu dengan pergi membeli-belah. Nafsu membeli-belah minggu lepas belum dipuaskan. So, minggu ni diteruskan lagi. Mula-mula ke Mid Valley. Akhirnya jumpa jugak jegging di Dorothy Perkin. Ada sale lak tu. Beli 2 terus. Ori price is rm143, after less is Rm113. In my opinion, jegging at Dorothy Perkin lagi best kot, meaning kalau anda gemuk pon still boleh pakai coz saiz dia banyak. Lagipun, getah seluar tu lebih lebar dan besar. Better than Topshop. Topshop pon dh tak keluarkan design baru jegging tu. Kebetulan dah ada di MidValley, saya singgah ke MNG untuk redeem tote bag (fyi, untuk Cleo this month issue, anda akan dapat satu kad untuk diredeemkan di kaunter MNG untuk dapatkan free tote bag). Saya pon apalagi, semangat la nak redeem tote bag tu. Tapi, hampa sebab dah abis kat MidValley.

Terus ajak en. bf ke KLCC dengan harapan dapat free tote bag tu. Sampai-sampai terus ke MNG dan dengan rasa puashatinya saya dapat redeem bag tu. Yahooo. Suka gila. Hehe. Then, jalan-jalan, makan-makan and beli-belah lagi. Mula-mula saje survey perfume Flora di Parkson. Tengok-tengok ada promo. Wahh, sangat teruja. Beli 50ml RM295 dapat free gift like body lotion and shower gel. Then survey plak kat Isetan. Not bad jugak la, nak-nak saleman tu adalah aw aw skit. Haha. Lagi senang nak pujuk untuk dapatkan lebih free gift. Kat Isetan 50ml edp rm295 dapat body lotion, miniature, and dia bg 4 sample perfume. Huhu. Yang bestnye dapat miniature tu, sbb actually tak boleh dapat since i beli yang 50ml je bukan yg 75ml. So nice that "guy". Hehe. Pujuk2 skit, ject2 skit dah dapat macam2. Hehe. Then, terus la grab tanpa berfikir dua kali. Opps, lupa nak cakap Gucci by Gucci fro men sangat bestttt bau dia. Mmg bau abg2 macho. Haha. Sila la beli ya en. bf. Huhu. Mungkin lepas ni dah tak shopping dh since gaji dh nak abis. Huhu.

Ok, now boleh tengok hasil rompakan i di Pavilion, Midvalley dan KLCC.

Charles and Keith shoe

Jegging from Dorothy Perkin

Flora by Gucci

Free tote bag from MNG, suke~~

p/s: Mane nak carik jaket hitam yang macam i beli kat Bandung tu? I heart that jacket, so nice. Carik kat Malaysia tak jumpa pon, sume jenis leather yang agak tebal. Huhu. Tak menyesal beli kat Bandung aritu (disebalik cerita kelakar, hanya azlida je yg tau). Hahaha.

p/s lagi: Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi utk berkongsi kegembiraan dan kesukaan. Harap maklum. Nggeeeeeeee.

Thursday, March 25, 2010

IN-tense!!!

Minggu ni sangat tense. Banyak benda yang menyakitkan hati berlaku. Oh Tuhan! Kuatkanlah hati hambaMu ini.

Kalau banyak kerje je saya tak kisah. Ni dah la kerje tak putus-putus datang, keadaan sekeliling pulak menyakitkan hati. Sumpah, saya dah tak tahan!

Mungkin semua yang berlaku adalah balasan dosa-dosa yang pernah saya buat secara sengaja atau tidak sengaja. Kalau begitu, saya terima dengan redha.

Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan semua perkara yang menyakitkan hati ini, Saya tau manusia tak mudah berpuas hati. Ada sahaja komennya, ada saja ketidakpuasan hatinya. Ada SAJA!

Biarlah~~~lebih baik saya tutup telinga, dengar muzik kuat2. Terasa dalam dunia sendiri, tenang, aman----

Get lost losers~~~ I don't need you. NEVER.

Thursday, March 18, 2010

Introducing si Chomel dan si Lazat

Introducing my new lil baby..

Nur Aryna Nabila. She is my sister's newborn. Lahir pada 7 Mac 2010, jam 9.30 mlm di Hospital Sungai Buloh. Dah 2 minggu baby ni lahir, but I tak sempat-sempat nak post kat blog. This is my sixth anak sedara. All together, I have 4 nieces and 2 nephews. Wow! Sekejap je masa berlalu. One more nephew is coming soon=) (my bro punya baby).

Tengah tidur, baru satu hari masa ni. Cute sangat..

Lepas pergi hospital sempat pulak melencong ke One Utama. Huhu. Lama tak pergi sini coz its too far from Serdang kan? Juz window shopping since tengah kering kontang ni. Huhu. Found something interesting kat Paul and Bear, Cotton On, Forever 21, Charles and Keith. Tapi yang paling tak tahan ialah kasut kat Charles and Keith. Will grab it soon no matter what happens. Sangat stylo. Teheeeeeeeeeeee.

Lepas tu, found another restaurant yang agak menarik called New York New York Deli. Memang best sangat food kat sini. Pizza dia paling best sebab ia adalah original New York pizza (jenis nipis). Topping padat and penuh. Yummy sangat~~ Lagi satu we ordered spaghetti tapi tak ingat la name dia ape, tapi ala-ala carbonara. The drinks pon boleh tahan. Rasanya my drink tu nama dia New York peach. Very2 delicious. Ada pic drink je, food tak sempat ambil pic dah kena balun. Wahahaha. Looking forward to go there again. Mesti tak menyesal. Price wise ok sangat, much more cheaper than TGI and Chillis, same level like Papa John's pizza. Enjoy the pic~~



Ok la, that's all for now. Curi masa untuk update blog di petang-petang hari selepas seharian mengaudit. Huh. Malas mau cerita pasal kerja (itu cerita lain). Haha.

Till then, tata titi tutu!!

Thursday, March 4, 2010

My New Scent~~~

Nak beli perfume baru!!!!The current one i belasah hari-hari pergi kerja still ada lagi (Hypnose). But perfume(Dior Addict 2) yang i pakai untuk weekends or gi dating, kenduri, dinner, special events etc. seriously dah nak habis. Need to buy a new one.

I dah survey and really love these perfumes. My first choice is Flora by Gucci. Sangat best bau dia, floral scent plus so sweet. Agak sexy juga. Hot. Harga pon agak sexy dan hot ;p. Quite expensive. As far as i remember, untuk 50ml RM295, for 100 ml is RM389 (tak sure kena check balik). Comes with EDT and EDP but of coz with different price. EDP is much more expensive. Too bad, coz i prefer EDP perfume. Sebab ia long-last till 12 hours. EDT only long-last for 6-8 hours.


Then, my second choice is Orange by Hugo Boss (model-Sienna Miller). Huhu. Bau citrus and sangat fresh. Unfortunately, it only has EDT, takde EDP. Price wise not bad. Kalau tak salah 75ml is RM250. Love the shape of the bottle also. Tinggi and unik.



I also love Rose the One by D&G. Bau rose yang wangi but not yang tengik tu. It's a soft rose, reminds me of English style (vantage furnitures and pinggan mangkuk). Haha. Agak mahal jugak. Kalau tak silap harga dia lebih kurang Flora. 100ml is RM360++.So, which one yang i akan beli? First, based on keadaan kewangan sy dulu. Huhu. Then, pilih yang berbaloi (contohnya beli yang EDP terus). Then, pilih yang favourite scent (of coz i nak Flora). Huhu.


p/s: Ariani sale from 22/2/2010 til 24/3/2010 and Guess sale till 28/3/2010

Tengah-tengah kering kontang ni banyak lak sale. Huh, tension~~~

Tuesday, March 2, 2010

Happy for Them =)

Wahhh, kawan-kawan saya semua sudah berkahwin. Ngeeee~~ I'm happy for them. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah dan semoga berkekalan selamanya. Amin~~ Let's enjoy the picures of their wedding.

Kita mulakan dengan Puan AJ or Puan Nor Aniza Azman. Majlis diadakan pada 14 Februari 2010 (Valentine's Day). Lokasi wedding di Taman Jati, Jelapang, Perak. Tema putih and merah. Sangat girang~~~ Hehe.
Me and My frens, melaram atas pelamin

Saya pulak nak melaram, huhu

Me and the pengantin. Congrats AJ..

Yang ni pulak, wedding Puan Adilah di Manjoi, perak. Majlis telah diadakan pada 26 Februari 2010 (Maulidur Rasul). Wedding yang bertemakan putih-pink. Sangat sweettt~~~

My skoolmates, seronoknye dapat jumpa diorang =)

The Pengantin - Congratulations~~

Puan Dilla Hashim

Saya dan dilla

Congratulations again. Hopefully mereka happy selalu dan berkekalan sehingga akhirnya.

Soalan panas: "ko bila lak nak kawin?"

Jawapan hangat: "Bulan 12, tahun tak decide lagi"

Huhu. Satu hari nanti, InsyaAllah~~

Thursday, February 25, 2010

Bandung-Jakarta Trip 18-22 Feb 2010

Hye all~~~

Rasanye masih belum terlambat untuk saya bercerita tentang trip kami ke Jakarta-Bandung, Indonesia pada 18-21 Februari 2010. Ianya satu trip yang sangat2 best. Despite of having so many probs (i.e: supir yang tak mahir jalan di Bandung, kena tipu ngn Pak Dedi iaitu supir yang sepatutnya ambil kiotrang di airport dan menjadi supir sepanjang kami kat sana, masalah kekangan masa-tak cukup masa nak shopping etc.). Tapi, overall satu trip yang amat best since pegi ngn kawan2 terchenta. Tu yang paling berharga.

Sepanjang berada kat sana, banyak benda yang kami perhatikan mengenai warga Indon ni. Yang paling saya nak cerita is the way the drive. Sangat menakutkan!!! Rasanya diorang ni takde undang-undang jalanraya kot. Main hentam kromo je. Bayangkan kalau anda sesuka hati leh buat pusingan U-turn di tengah2 jalanra
ya yang sesak? Pastu bayangkan kalau anda boleh berhenti sesuka hati di tgh jalan untuk ambil penumpang? Lagi satu diorng ni suka sangat honk kenderaan lain. Bunyi honk tu mmg dh biasa sgt kat sana. Termasuk supir kami yang agak kuat gak nak honk2 org. But diorng ni tak mara2 kalau terjadinya mcm tu. Senag cite, diorg saling memahami dan bertolak ansur di atas jalanraya. Sebab tu semua org leh buat sesuka hati, sebab takde sape yg akan mara. Pengangkutan awam utama mereka ialah "Angkotan Kota". Kat sana nak nampak bus macam Rapid KL mmg susah. Diorg guna "angkotan kota" (macam van) sbg public transport utama. Lagi satu, diorang ada "bajai" macam tut tut kalau kt Thailand. Bajai ni murah je tambang dia (10 ribu rupiah) boleh naik 3 orang. Huhu. Tapi agak bising skit la bunyi enjin dia. Beca pon ada gk tp tak byk sgt. Orang-orang kat sana agak peramah, tp kalau tgk kita semacam je. Diorang ni kalau sekali tgk kita mmg tau kita orang Malaysia. Macam mane diorang leh cam xtau la plak kan? Maybe orang Malaysia bentuk muka dia lain kot. Tapi yang tak bestnya kalau shopping, diorang suka nak naikkan harga (maklumlah tourist katekan). Kalau utk org Malaysia diorg dh letak harga tertentu. Kalau tawar pon skit2 je. Susah tul. Ada satu tu lagi la, tak leh tawar langsung! Harga grosir (borong) katanya. Huhu.

Baru 4 hari kat sana, banyak pertakaan Indon saya belajar, contohnya:
Macet = traffic jammed

Obral = murah

Gratis = percuma

Grosir = borong

Resleting = zip

Kancing = butang
Tas = beg tangan

Sepatu = kasut

Cumi = sotong
Nasgor = nasi goreng (ni yang paling kelakar, sesuka hati ni shortform kan)

Bebek = itik

Anduh = tuala

Rumah makan = restoran

Kanker
= kanser
Rumah sakit
= hospital
Supir = pemandu

Tudung = jilbab/kerudung

Alpukat = jus avocado

Air kosong = aqua

Sapi = lembu

capek=penat


Huhu. Tu je la yang saya ingt. best belajar
perkataan2 baru ni. Pasal makanan lak, kat sana boleh tahan la masakannya. Cuma saya tak berapa masuk ngan Masakan Padang. Masakan lain ok kot. Belasah je. Yang paling best Jus Alpukat (Avocado). Memang best!!! Korang kena try kalau gi sana. Recommended.

Ada satu benda je saya tak berapa gemar mengenai Indonesia ni iaitu budaya meninta tips. Mane2 gi pon mesti ada yang akan minta tips. Tips selalunya orang tak mintak, selalu kita yang akan bagi (kalau rasa benda tu berbaloi, baru la bg tips kan?). Kadang2 tension gk, ingat kita cop duit? Bukan kedekut, tp kalau diorg asik2 nak mintak, bankrupt la kan. Huhu. Pastu, mentaliti orang sana, kalau warga Malaysia yang datang sana mesti orang kaya. Ye la, boleh jalan2, siap borong macam2 lagi. Wahai bapak2 dan ibuk2, kami datang ni pon kena kumpul duit tahu tak? Kalau tak kumpul, tak dapat la nk holiday. Huhu.

Ok la, malas nk cerita lagi, layankan pic-pic ni:


Keberangkatan ke Jakarta

Pemandangan dari atas

Dah sampai kat Soekarno-Hatta Airport. Yay!!

Tangkuban Parahu (sejukk kat sini, tp ada matahari terik, pelik kan?

Me =)

Cantik sangat pemandangan kat sini

Cewek2 yang suka sangat bergambar

Ini la bajai (public transport kat sana)

Di salah sebuah Factory Outlet kat Bandung

Kat Cibaduyut, Bandung (tempat jual tas dan sepatu kulit sapi)

Di Tanah Abang-Jakarta (rambang mata shopping kat sini)

Di sekitar Cihampelas, Bandung (tempat jual jeans)

Nasi Tembel, lauk ikan bawal (not bad la, tp manisss)

My favourite drink kat sana - Jus Alpukat

Angkotan Kota (public transport yang famous kat Indonesia)

Kepulangan ke Malaysia, kepenatan time ni

p/s: Planning to go to Sydney, Bali, Krabi or Beijing after this (kalau ada duit lebih la kan). Ntah bila-bila. Huhu.

Wednesday, February 17, 2010

Jangan jadi GILA

Salam semua,

Actually, dah lama nak update blog ni. Tapi tak sempat2. Huhu. Banyakkkkkkkkkkk sangat stories nak update. Tapi hari ni saya cerita pasal pergi Kursus Pengurusan dan Pengacaraan Majlis hari tu la from 9-11 Februari 2010 (bosan kan? tapi nk cerita gak).

Huhu. Seriously, kursus yang saya pergi tu sangatttttt best. First time ever dapat pergi kursus yang best macam tu. I really adore the speakers pada hari tu; PM Dr. Muati, PM Dr. Azahari dan Dr. Hamisah. Semuanya best2 belaka. Diorang sangat sporting and participants pon mmg sgt close. Walaupon ada la dalam 20 org je peserta, tapi we all sangat close. Jumpa ramai kawan2 baru. Seronok~~~

Paling best talk from Dr. Azahari. Banyak benda baru we all belajar dari dia. He is so good! Kursus ni tak bercerita direct pasal Pengurusan dan Pengacaraan Majlis. Tapi ia lebih umum dan membuatkan kita berfikir. Susah nak cerita, kena panggil Dr. Azahari terangkan. Apa yang dia cakap akan membuatkan kita BERFIKIR (tu yang paling best dan berkesan).

Selama ni, baru saya perasan yang kebanyakkan kerja saya buat adalah di dalam keadaan GILA. Haha. First sekali masa mula-mula dia bagi talk dia cakap pasal GILA. Memang takde kena mengena dengan tajuk kursus kan? Tapi daripada cerita GILA dialah membuatkan saya berfikir. Tau tak ape makna GILA? GILA bermakna: tau ape yang anda buat dan faham ape yang anda cakap. Ingat tu. Dalam ISLAM pon ada cakap tahap baligh seseorang selain dari datang haid (bg perempuan) dan mimpi basah (bg lelaki) adalah apabila dia tau bezakan mane baik, mane buruk a.k.a TIDAK GILA.

Jadi selama ni, adakah korang tau korang ni GILA ke tak? Korang paham kerja yang korang buat? Selalu saya ckp dan sy dengr org cakap "Malas la nak buat kerja ni, tak paham pon" atau "Malas nak pk, asalkan siap". Kalau korang pernah ckp mcm tu, maknanye korang buat kerja di dalam keadaan GILA. Jadinya, kalau korang betul2 tau ape yang korang buat dan faham apa yang korang cakap, then kerja korang akan perfect! Tiada masalah stress, pening and macam2 lg la.

Panjang lagi cerita GILA ni, kalau berminat tnya la saya direct and saya boleh cerita panjang. Lagi satu saya belajar tentang ambil tahu makna sesuatu perkataan. Sebelum kita buat sesuatu, kena tau makna dulu. Jangan main cakap. Dah tau makna baru kita boleh huraikan. Sebenarnya kalau tau makna apa yang kita cakap lagi bagus. Kalau kita pon tak tau ape kita cakap, mmg la susah. Kena belajar tau makna sesuatu perkataan. Ok, kalau saya tanya makna "maruah," ada sapa2 boleh terangkan? Jangan cakap harga diri sebab harga diri tu perkataan seerti dengan maruah. Saya nak huraian. Hari tu Dr. Azahari tnya makna maruah, sorang pon tak boleh jawab. See? Makna sesuatu perkataan tu penting untuk kita tau dan ambil tau. So, bermula dari sekarang, sebelum cakap apa2 atau bagi idea, kena tau makna disebalik perkataan tu., barulah kita TAU ape yang kita buat nanti.

Dr. Hamisah pulak sangat adorable. Hehe. She is good too. Dia ni slalu jadi MC di fakulti beliau. Banyak benda yang saya belajar tentang jadi MC. One thing yang saya notice Dr. Hamisah ni suka warna merah, tp last day dia pakai warna hitam. Huhu. Dan dia ni sangat confident orangnya. Patutlah selau jadi MC. Sebenarnya tugas MC adalah sangat berat. MC yang baik dan bagus adalah yang buat teks sendiri, cari bahan sendiri dan boleh MENYERIKAN majlis. Tu yang paling penting. Hopefully, lps ni saya boleh aplikasikan tip2 Dr. Hamisah bila jadi MC. Sebab saya rasa selama ni saya agak membosankan masa jadi MC. Huhu.

Kesimpulannya, kalau nak buat majlis kena tau:
1) Majlis tu majlis apa
2) Fikirkan satu konsep/tema majlis (cari kelainan, pembaharuan)
3) Tubuhkan Jawatankuasa
4) Buat persediaan sebelum-semasa-selepas majlis
5) Perlu buat back up plan / plan B untuk emergency case
6) Cari MC yang boleh serikan majlis.
7) Buat event-tailing (sampingan) supaya majlis akan lebih menarik
8) Buat majlis yang sentuh hati, masuk akal

Ha, majlis yang sentuh hati, masuk akal tu meaning majlis tu memberika kesan kepada para tetamu. Ataupun, kehebatan majlis tu menjadi bualan hangat para tetamu selama 40hari 40malam. Memang susah nak buat majlis yang sempurna. Tapi kalau para tetamu tersentuh hatinya, dan majlis tidak merapu a.k.a masuk akal, maka anda telah berjaya mengadakan satu majlis yang hebat!

So, kalau nak buat majlis pastikan setiap majlis yang diadakan berlainan daripada yang sebelumnya. Kelainan tu penting agar tetamu tak bosan!!! Lagi satu, adakan majlis yang "sentuh hati, masuk akal". Ingat tu. Hehe.

Sebelum tu, enjoy the pics:

Me with PM Dr. Azahari Ismail (Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Me with Dr. hamisah Zaharah Hasan (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). FYI, lecturer ni pakai handbag Coach Peyton warna merah (new collection from Coach). Ada class~~

Oppppsss, before we end, saya nak share my handbag yang baru je sampai from US. Dibeli di blog: http://shopmeholic.blogspot.com. FYI, saya dah check the authenticity handbag ni di butik Coach, The Gardens dan disahkan tulen. Huhu. So, sape2 yang nak beli kat blog http://shopmeholic.blogspot.com/ and blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com/, dijamin barang-barang yang dijual adalah tulen and original. Cuma barang yang dijual ada defects skit2 (tak obvious pon) atau yang dah habis season di US. For my handbag, ada skit stain color biru dekat handle handbag tu. But serious tak nampak sangat. Lagipon macam tersorok. FYI lagi, saya beli handbag ni dengan harga RM790 (actually birthday present from my bf, dia bagi 70% of the price, tq dear), kalau kat butik, exactly the same is RM1600. See??? Huhu. Kesimpulannya, beli je la kat blog. Barang sama, mungkin kualiti barang kurang skit. But its up to masing-masing punya pendapat and taste. Kalau saya, saya dah bersyukur dapat handbag ni walaupon tak dibeli di butik. Huhu. Handbag ni sangat roomy, means ruang dia luas. Boleh isi macam2, kamera saya pon muat. Then, dia boleh pakai dua cara, means nak tote boleh nak carry mcm tu pon boleh. Love it~~~

Coach Madison Op Art Sabrina Satchel

p/s: Tak sabar nak fly ke Jakarta esok. Wish me selamat pergi dan selamat pulang. Hooreyyy!!!

Friday, January 29, 2010

Friday Nite @ TGI Friday's

Hye everyone..

Yesterday was my 26th birthday. It was fun and meaningful since i dapat surprise. Huhu. My beloved bf sent me a birthday cake at my office and it's my favourite cake (Choc Indulgence). Tq very much dear. Pastu, makan ramai-ramai kat pantry. Siapa-siapa yang tak dapat tu, sorry sangat. Tak pe, tahun depan ada lagi. Hehe.

So, like usual, we will celebrate the day by having a good meal. Means me and my bf akan keluar and having dinner together. Hehe. Last nite, we chose TGI Friday's at Wangsa Walk, Wangsa Maju. Saya tau sangat jauh, tp dah terlajak ke sana actually. Our main plan is to having dinner at Naili's Place, Ampang Point. Nak try la, but bila lalu kedai tu, saya nampak mcm tak berkenan sangat la. Hehe. Tak se'special' yang disangka. So, we decided to go to Wangsa Walk since memang tak pernah lagi pergi sana. FYI, Wangsa Walk tu adalah sebuah shopping mall baharu di Wangsa Maju. Tak aci sungguh kan? Sebab time masa saya kt UIAM dulu, benda-benda ni sume takde lagi. Sekarang kalau nak tau, Wangsa Walk tu dh jadi mcm Jalan Telawi, Bangsar. Happening sungguh. Huhu.

Saya order Friday's Shrimp and Strawberry and Lemonade Slush. My bf order Cheese Burger dan juga Green Apple Slush (sangat sedappp). Sangat best dan puas hati plus memang banyak serving dia. Satu dish boleh kongsi dua orang actually. Kitorang makan tak abis pon. Price wise memang sangat berbaloi. Huhu. Total semalam RM70++.

For present, jeng jeng jeng~~~I dpt my dream handbag. Huhu. Kalau ingat last entry saya ada attached pic handbag tersebut (warna pink tu). Alhamdulillah~~~ Because of harga handbag tu agak melampau, my bf bg 70% je lagi 30% tu i tambah la duit sendiri. Huhu. Tapi sangat gembira. Tq my dear bf =)

Last but not least, enjoy the pics:
Friday's Shrimp yang lazattt

Cheese burger yang superdelicious (kate si bf la)

Birthday girl =)

Tukang belanja. Huhu.

p/s: Happy Birthday to me. I wish to be a good girl and a good servant of Allah. Amin~



Wednesday, January 27, 2010

- - - I WISH - - -

Out of sudden, i feel like i wanna share with you my dream house. Yes, I am so crazy bout interior design. I like things to be pretty, beautiful, comfort, relaxing and organized. I wish one day I can afford to have my own house with my own touch. Ngeeee~~ So, ladies and gentleman, please enjoy the pics.

First and foremost, lets check out my dream bedroom. It is a personal and private place and it must be things and colours that i like. I wish to have a white+pink combination colours of bedroom simply because they are my favourite colours~~
Very organized, neat and modern look (i like the bed and dressing table)

Very pinky, organized and simple (i like the bed too)

My first choice~ very neat and organized with minimal furnitures and a good combination of colours plus good lighting (i like~~~)

Then, here comes the dream bathroom..........

Pretty, clean and so luxury (wish to have this only one)

Ok, lets move to the dream living room....
Very calming and refreshing (i like the chandelier)

Very moderate and looks stylish

My first choice, very classic and elegent. Besides, its purple!

Now, its my dream dining room.....
So neat and tidy (love the lights)

Very luxury and classic, plus it's suitable for a big family

My fisrt choice, cute and simple with minimal space

Last, but not least, welcome to my dream kitchen....
This one is my bf's favourite colour combination (red+black). He wishes to have this kind of kitchen soon (part of me say no, part of me say yes. huhu)

This one looks so whiteeee and clean plus modern and it's so me~~

This one is so organized and looks so hommy, resembles the faces of our mothers (i like the fresh flowers, so relaxing), my favourite~~

This one is so neat and the colour is not too white plus very organized too.

Well, I wish to have my own dream house soon. One thing that i want to highlight is the colour. I fall in love with white, it's so relaxing and looks clean and pure. Plus, if its combined with pink, it will be so sweet and fresh.

To summarize my dream house:
  • Furnitures or accessories must be white or combination of white, pink or purple.
  • I like classic furnitures, yet look modern.
  • Must be neat, tidy and organized.
  • I like it to be moderate (means minimal furnitures and colours).
  • I like fresh flowers (white or pink+purple) as accessories. It's refreshing and relaxing.
So, what is your dream house? Share la =)