Wednesday, December 1, 2010

-Environmental Friendly-


Aku rasa semakin bosan. Bila ada topik menarik, aku pulak bizi bagai nak m****s. Bila ada waktu lapang nak tulis, aku rasakan cerita tu dah basi. Ke"excited" an untuk bercerita semakin kurang.

Well, aku just nak tulis tentang observation aku mengenai environment di sekeliling aku (weih, rasenye first time aku bahasakan diri AKU sebagai AKU dalam penulisan blog), kan? Tak pe la, sukeati aku la kan. Huhu. Aku bagi random topic ye yang berbagai-bagai situasi.

Aku lihat:

1) Manusia semakin perasan! (boleh la mengaku diri sendiri cantik kt FB, ahaks) Kalau kau artis, cerita lain. Aku takde isu kalau dia nak rasa cantik, tapi agak loya baca status sebegitu. Please la wei~~~

2) Aku lihat rakyat Malaysia bawak kereta macam h****m! Aku paling benci dan meluap-luap kalau orang tak bagi signal, bawak perlahan tapi di lane laju, bawak kereta sambil bercinta!, parking tak masuk kotak (selfish!) menyebabkan orang lain tak boleh parking dan PEMANDU TEKSI yang suke cilok-cilok jalan pon aku bengang sangat! Yang peliknya, diorang tak pernah kena saman ngan polis ke?

3) Kalau kau rasa kau boss, buat cara yang kau memang boss. Kalau kau orang bawahan, buat cara yang kau memang orang bawahan. Be professional. Tak paham? Biarkan sahaja.

4) Tak semestinya seseorang yang kuat gurau, sengih lebihhhhhh, cool dan sarcastic, bermakna dia tak boleh diharap.

5) Orang yang tak reti bahasa jangan dilayan. Kalau kau layan nanti kau akan terkurang ajar. Experiences thought me this.

Cukup la setakat itu. Hal-hal lain aku kongsi entry akan datang.

p/s: Baru perasan tajuk entry tak relevant dengan isi kandungan entry. Apa-apa saja lah!