Thursday, January 22, 2009

Bosan-Bosan, Malas-Malas

Ya, saya sedang menulis di dlm keadaan bosan-bosan dan malas-malas.

Semalam tido lmbat, pulang ke rumah pukul 1.15 pg. Smlm shooting pic saya, dia dan kami by hazairin. Lokasi di sekitar serdang, restoran tinggal sblh petronas. Port mmg agak menarik. Ditambah dengan photographer yang hebat. Tahniah erin. Hehe.

Sebenarnya ini shoot suka-suka. Saya bukan artis utk dishoot ya. Jgn salah faham. Actually nak shoot pic couple kami berdua. Semlm dh tgk hasil mmg lawa. Nnti saya upload klau la ada masa eh. Huhu.

Minggu ni mmg bz di tempat kerja. Penat bdan dan otak. Kepala pusing skit, tapi saya tetap tabah (eh?). Tak sabar nk balik raya cina ni. Boleh rest puas2. Harap dapat byk angpow dari jiran2 tetangga. Nak tgk gk persembahan naga secara live. Harap-harap tak ketinggalan.

MinGgu lepas, keluar shopping (lagi?). Ya, mau cari jeans. sale mmg berlambak2. Pilih je mane satu kedai nak masuk. Gawat2 pon saya masih berbelanja. Mmg teruk kan? Mungkin satu hari sy akan sedar. tapi xtau la bila. Nafsu, kenapa ko degil?

Ah, biarlah. Yang penting, saya telah berbelanja rm 395 utk 2 helai jeans. dan beberapa ratus lagi utk barang2 harian.

Shopping list:
1) Miss Selfridge jeans -rm199 (best sbb ada petite girl punya collection)
2) Dorothy Perkins jeans -rm96 (ala-ala skinny, straight cut actually)
3) Bantal peluk (2 jenis) -rm18.90
4) Harpic utk toilet - rm5.50
5) Wedges Vincci - rm45.90
6) Aromaterapi -rm15 (best bau courtney's bouquet)
7) Berus toilet and laundry bag ikea - rm2.90 + rm8.90
8) Kain sutera (beli kt opis,huhu) -rm135
9) Drawer 5 tingkat -rm38.90
10) Almari kayu 2 pintu -rm250 (hutang, bayar 2 kali, dh byar rm150, tinggl rm100)
11) Tilam empuk 5 inci -rm120
12) Carpet utk bilik tidur -rm 50

Oh ya, bg perabot2 tu, saya beli sbb rumate dh kuar dan saya decorate bilik sy cantik2. Now bertambah kemas dan teratur. Setiap mlm b4 tidur, pasang aromaterapi, then baru tido, best2. Nyenyak sgt2. Shopping list secara kasar je tu. Mcm byk je lagi dah beli tp mls nak ingat.

Ok la, mau smbung keje. Tata titi tutu.

p/s: i love u (u know who u r)

Ngeeeeeeee~~~

Thursday, January 15, 2009

Penjual Tiket Masam

Hye kawan-kawan~~~

Lama i tak menulis. Bz la, serius. Tempat kerja ni klau xde keje mmg xsah. Alahai, penat rupanya bekerja ni.

Al-kisah, sy pergi puduraya mlm kelmarin nak beli tiket blk Ipohku yang oldsokool tu. Maklum la, raya cina ni sure bus g Ipoh akan penuh. Ipoh kan ramai cine. hai meh? Aah la, buktinya semua jiran-jiran saya cina-cina belaka. Serius, ada satu je family melayu depan umah sy, tu pon dia hanya beranak tunggal je. Tapi jiran-jiran cina sgt cool, mereka tak masuk campur sgt pasal kita tp mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Lebih2 lagi, klau raya cina, sy mesti dpt angpau. Klau raya melayu, diorg akan datang umah sy mkn kuih-muih, lauk dan pauk di pagi raya. Best kan? Ha, lagi satu,setiap tahun tokei simen depan umah sy yang kanan skit (sbb yg btul2 berhadapan umah sy yg umah melayu td), akan memanggil geng-geng naga untuk menari. So, setiap tahun sy akan dapat melihat persembahan naga yang best dan secara live. Huhu.

Berbalik kpd cite pudu yang masam tu. Kenapa lah sy kena dan terpaksa ke pudu? Suffer tau. Tapi nak wat camner, klau tak ke pudu, saya xkan dpt blk ke hometownku yang tersyang. Klau nak tau, tiket pada hari jumaat 23/1/09 sume dh soldout. Saya pelanggan setia bus Plusliner dan Transnasional sbb perkhidmatan mereka bole dikategorikan baik, punctual dan professional. Bkan yang mcm Hantu Raya Sdn. Bhd ni (nama sebenar Gunung Raya Sdn. Bhd.)Eeeeeeeeeeeeiiii. Tetiba lak geram kalau ingt balik.

Citenye, saya terpergi la ke kaunter 40 (Gunung Raya Sdn. Bhd.) ni sbb nak tnya kot2 ada tiket nak gi Ipoh pada 23/01/09. Sekali mmg byk tiket lagi; kul 7.30 mlm, 8.30 mlm dan 9.30 mlm. Dan dgn rasa yang gembira sy beli tiket kul 7.30 mlm. Just nice la kot blk kerja trus gi pudu, tolak tambah bahagi darab, dlm kul 7 bole dh smpai pudu. Tu pon klau x jam sgt. Si penjual tiket masam ni pon berilah aku tiket yg palsu (sbb nnti kena amik yg original kt kaunter 67) what the fish? Menyusahkan kan? Bagi je la tiket original terus. ada gk system yg mcm ni?

Then, time si penjual tiket masam ni bagi sy tiket palsu, saya dengar dia ckp mcm rm 23, Ipoh, 7.30 mlm. Then saya pon "aik, rm 23? (nett price rm17.40, harap maklum) saya bertnya dgn nada yg agak sopan, tone suara pon low je. Tapi..............si penjual tiket masam tu bole la tengking sy mcm ni "23 hb la!!!!, xdngar ke????????) dengan nada yag sgt kurang ajar dan berlagak. Hello, dia ingt die sape? Pantang betul klau sy tnya elok2, org tengking sy baik punya. Panas je dngr dia ckp cmtu. Then rampas duit dr tgn sy dan bg balance. Ape punya pompuan la. isk, geram! geram! Saya pon membebel la, saya ckp "rilex-rilex la kak, xkan tu pon nk marah". Dia hanya jeling2 sy dan sy pon ucap "terima kasih" (nada xikhlas dan bengang) tapi masa mahu beredar my bf ckp pompuan tu membebel kuat2 ape ntah. mengata pasal sy la kot. Tp, ape salah sy? Dia yg start tengking, bila org sound marah lak. Bloodifool!

Then, sy pon trus gi kaunter 67 tuk ambil tiket original. Tapi................... bole la plak geng dia kt kaunter ni dengan slumber je ckp " tiket dah abis" then pulangkan duit sy rm 17.30 tu. (sblm tu penjual tiket masam tu dh roger dia ckp bkn2 la tu pasal sy) Arrgghhhhhhhh~~~ Time ni la mmg sy btul2 mcm nk mkn org. Bengang kt sana xabis lagi, ditambah lagi kt sini. Then, sy pon sound geng dia "ni apehal lak ni, dh jual bole la bg blk duit, td ckp byk tmpt kosong lg, 7.30 la 8.30 la 9.30 la) Ni mesti budak tu xpuas hati ngn sy. Tak profesional langsung!" Sy pon membebel2. Geng dia ni bole la buat dek je and ckap, "pergi la tanya dia sendiri". Then, sy pon mcm fine! i'll see her and she better watch out!!!. Haha. Geram sgt2 time tu.

Saya pon meluru gi kaunter 40 td dan jumpa blk si penjual tiket masam ni and tanya "ape masalah awak sebenarnya? apesal suruh member awk pulangkan duit saya blk?" dan dgn bestnya dia jawab "saje, sy xnak jual tiket kat akak" and sy pon mcm hah? berani dia ckp cmtu. Busuk hati punya org. Then dia tambah "akak tu lain kali ckp elok2 skit!" What the fuck? Dia yang menengking sy baik punya dan sy hanya sabar tanpa bls ape2 then dia nak suruh sy ckp baik2? Eh, dia tu sape ha? Muka xabis sekolah, mmg padan sgt keje jaga kaunter bus! Huh. Pastu nak ajar2 org lak. Iskh, klau la sy hulkhogan, mau kena belasah pompuan gile tu. Dengan muka merah padan dan menggeletar skit (sbb terlampau mara), sy pon tnya, "ok, sape nama? aku nak wat report pasal kau" dia pon mcm "xpayah2, xtau". Takot la tu. Then sy pon dgn panas hati pergi la wat report kat Pondok Polis dlm pudu tu. Haha. Asalkan sy puas hati dh report pompuan kurang ajaran mcm tu. Tapi, ape polis leh buat? Mereka ckp mereka just bole forwardkan kes tu ke Trinal hak Pengguna. Then, diorg yg akan proceed kes tu. Nnti klau diorg call, sy kena gi kt Tribunal Hak Pengguna tu and mengadu kt sana, tp sy xsurelah mereka bole buat apa? Juz bagi warning letter or apa. Xtau la. Janji sy puas hati dah report and maybe si penjual tiket tu tau sy report sbb kaunter dia berhadapan je ngan Podok polis tu. Serve you right!!

Then, saya pon decide utk beli je tiket pada hari sabtu. pergi blk kaunter Plusliner, dapat tiket kul 12.50 tgh hari sabtu. ok la, dapat gak sy balk Ipoh.

Sekian sudah luahan hati saya. Harap anda tidak bosan.

Cilaka la lu si penjual tiket!!! (masih tak berpuas hati, kalau jumpa dia lagi nak ajak bf cky kan dia) Best2~~~

Friday, January 2, 2009

Lain Dr Yang Lain....?

Hye all~~~

Entry kali ni sy nk jauhkan dari topic (shopping)!!! Tht's y i call it Lain dr Yang Lain. Ahaks.

Sy nk cite pengalaman menyambut new year kt negeri org bersama bf dan teman2. 1st time sambut newyear kt luar dr kl. Hari tu sy pergi melaka semata2 nk keluar dr kwsn kl yg sudah tentunya sgt pack, jam dan congested. Di samping akan gatal mata melihat aksi2 rem-pit dan juga kumpulan kanak-kanak liar bwh umur. Dan sbb itu, kami plan mahu keluar dr KL. Sbnrnya, x plan langsung nk kuar mlm newyear. It just happened. Hehe. Perjalanan mangambil masa sejam steng. Mmg xde keta ke arah melaka. Probably, ramai yg ke KL. Agak gumbira melihat suasana itu, sbb sudah pasti melaka akan tiada ramai org. Rancangan awal ke melaka sbb nk photoshoot sambil memenuhkan perut dengan ikan bakar-plan kami nk ke Umbai actually. Tapi sampai2 xtau tmpt. Gile. End up mkn kt mc Donald bandar melaka. Bandar melaka xde ape yg menarik selain dari bangunan2 yg oldskool, sesuai utk photoshoot. But, agak dicemari dgn rem-pit yg dari mane ntah, berlegar2 di sepanjang jln di bandar melaka. Rasa agak tidak secure, lalu ambil gambar ala kadar je. takut kena paw ke (maklumlah bkn tmpt kita, kn?) Pusing2 jap bandar melaka, then dh xtau nk wat ape. Plan lak gi PD. Idea yg agak bernas, sbb bole la tgk sunrise. Sampai PD dh kul 4 lebeh. Suasana kt PD-Teluk Kemang damn crowded with the so-called rem-pits. Sgt annoying gelagat mereka. Rasa nk sepak2 je. Huhu. Press moto mcm xpenah jumpa moto, nk tunjuk lagak xbertempat. Bising! Xtenang walaupon di tepi pantai.

Then, en.azfar tringat pasal secret spot dia di PD. Katanye ada satu tmpt yg mmg cantik. Kira private beach la. Dia pegi masa tu darjah 4. Laut yg dekat ngn banglo2 Sime Darby. Kitorg pon pegi la cari secret spot tu. Kiranye nak percaya pengalaman darjah 4 en. azfar tu la. Katenye, tmpt tu indah, aman dan damai, laut pon bersih dan cantik. Alih2, bila jumpa kwsn tu tlh dicerobohi oleh rem-pit gk. Agak ok sbb rem-pit yg kt sini agak berbudi bahasa. Bukan rem-pit liar. Probably sesuai dipanggil kumpulan mat-mat moto berkonvoi. Lepak tgk laut yg sudah tercemar, kata en. azfar la (dia buat perbandingn dulu dan sekarang).Ape2 pon, kt sini lebih relax la dr teluk kemang tu. Hancus ngn rem-pit yg bangang xsedar diri.Huh.

Agk xde keje kan? Tp, saje nk suke2. Bkn selalu. Tp bila pk blk, baik duk umah dan tidur. Huhu. Before i end this entry, nk gk selit cite shopping. Nampaknya, tajuk entry ni dh x relevan.Ahaks. Peduli ape sy. Masa blk Krimas tu, sy shopping kt ipoh beli sunglass Esprit. Terbang rm 200. Tapi agak puas hati sbb sy suke sgt sunglass tu. Lagi, i beli stock contact lens 4 6 months.Agak selesa pakai brand yang baru ni (xreti nk eja). Ha, lupa lak nk cite yang masa cuti Krismas tu my whole family gi holiday ke Langkawi. Agak seronok sbb the whole family join. Seronok jln2 ngn famili, dh lama xberkumpul rmai2. Kt Langkawi ape lg, borong choclates la. Utk choc shj, i spend bout rm150, mmg satu bundut besar. Xabis lg, ada sape2 yg nak? Sms sy eh. Huhu. I xborong byk sbb utk yg sudah berkahwin, mmg agk crazy klau shopping kt Langkawi, sbb byk pinggan mangkuk, periuk2 dan household product murah2 kt sini. Mcm kakak2 sy borong sakan. Corningware la, Vantage la, Pyrex la. Huhu.

Ok la, tu je i nk cite kali ni. Ada masa terluang 'skit' je kt ofis ni. Ok, sehingga berjumpa lagi~~~