Thursday, January 15, 2009

Penjual Tiket Masam

Hye kawan-kawan~~~

Lama i tak menulis. Bz la, serius. Tempat kerja ni klau xde keje mmg xsah. Alahai, penat rupanya bekerja ni.

Al-kisah, sy pergi puduraya mlm kelmarin nak beli tiket blk Ipohku yang oldsokool tu. Maklum la, raya cina ni sure bus g Ipoh akan penuh. Ipoh kan ramai cine. hai meh? Aah la, buktinya semua jiran-jiran saya cina-cina belaka. Serius, ada satu je family melayu depan umah sy, tu pon dia hanya beranak tunggal je. Tapi jiran-jiran cina sgt cool, mereka tak masuk campur sgt pasal kita tp mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Lebih2 lagi, klau raya cina, sy mesti dpt angpau. Klau raya melayu, diorg akan datang umah sy mkn kuih-muih, lauk dan pauk di pagi raya. Best kan? Ha, lagi satu,setiap tahun tokei simen depan umah sy yang kanan skit (sbb yg btul2 berhadapan umah sy yg umah melayu td), akan memanggil geng-geng naga untuk menari. So, setiap tahun sy akan dapat melihat persembahan naga yang best dan secara live. Huhu.

Berbalik kpd cite pudu yang masam tu. Kenapa lah sy kena dan terpaksa ke pudu? Suffer tau. Tapi nak wat camner, klau tak ke pudu, saya xkan dpt blk ke hometownku yang tersyang. Klau nak tau, tiket pada hari jumaat 23/1/09 sume dh soldout. Saya pelanggan setia bus Plusliner dan Transnasional sbb perkhidmatan mereka bole dikategorikan baik, punctual dan professional. Bkan yang mcm Hantu Raya Sdn. Bhd ni (nama sebenar Gunung Raya Sdn. Bhd.)Eeeeeeeeeeeeiiii. Tetiba lak geram kalau ingt balik.

Citenye, saya terpergi la ke kaunter 40 (Gunung Raya Sdn. Bhd.) ni sbb nak tnya kot2 ada tiket nak gi Ipoh pada 23/01/09. Sekali mmg byk tiket lagi; kul 7.30 mlm, 8.30 mlm dan 9.30 mlm. Dan dgn rasa yang gembira sy beli tiket kul 7.30 mlm. Just nice la kot blk kerja trus gi pudu, tolak tambah bahagi darab, dlm kul 7 bole dh smpai pudu. Tu pon klau x jam sgt. Si penjual tiket masam ni pon berilah aku tiket yg palsu (sbb nnti kena amik yg original kt kaunter 67) what the fish? Menyusahkan kan? Bagi je la tiket original terus. ada gk system yg mcm ni?

Then, time si penjual tiket masam ni bagi sy tiket palsu, saya dengar dia ckp mcm rm 23, Ipoh, 7.30 mlm. Then saya pon "aik, rm 23? (nett price rm17.40, harap maklum) saya bertnya dgn nada yg agak sopan, tone suara pon low je. Tapi..............si penjual tiket masam tu bole la tengking sy mcm ni "23 hb la!!!!, xdngar ke????????) dengan nada yag sgt kurang ajar dan berlagak. Hello, dia ingt die sape? Pantang betul klau sy tnya elok2, org tengking sy baik punya. Panas je dngr dia ckp cmtu. Then rampas duit dr tgn sy dan bg balance. Ape punya pompuan la. isk, geram! geram! Saya pon membebel la, saya ckp "rilex-rilex la kak, xkan tu pon nk marah". Dia hanya jeling2 sy dan sy pon ucap "terima kasih" (nada xikhlas dan bengang) tapi masa mahu beredar my bf ckp pompuan tu membebel kuat2 ape ntah. mengata pasal sy la kot. Tp, ape salah sy? Dia yg start tengking, bila org sound marah lak. Bloodifool!

Then, sy pon trus gi kaunter 67 tuk ambil tiket original. Tapi................... bole la plak geng dia kt kaunter ni dengan slumber je ckp " tiket dah abis" then pulangkan duit sy rm 17.30 tu. (sblm tu penjual tiket masam tu dh roger dia ckp bkn2 la tu pasal sy) Arrgghhhhhhhh~~~ Time ni la mmg sy btul2 mcm nk mkn org. Bengang kt sana xabis lagi, ditambah lagi kt sini. Then, sy pon sound geng dia "ni apehal lak ni, dh jual bole la bg blk duit, td ckp byk tmpt kosong lg, 7.30 la 8.30 la 9.30 la) Ni mesti budak tu xpuas hati ngn sy. Tak profesional langsung!" Sy pon membebel2. Geng dia ni bole la buat dek je and ckap, "pergi la tanya dia sendiri". Then, sy pon mcm fine! i'll see her and she better watch out!!!. Haha. Geram sgt2 time tu.

Saya pon meluru gi kaunter 40 td dan jumpa blk si penjual tiket masam ni and tanya "ape masalah awak sebenarnya? apesal suruh member awk pulangkan duit saya blk?" dan dgn bestnya dia jawab "saje, sy xnak jual tiket kat akak" and sy pon mcm hah? berani dia ckp cmtu. Busuk hati punya org. Then dia tambah "akak tu lain kali ckp elok2 skit!" What the fuck? Dia yang menengking sy baik punya dan sy hanya sabar tanpa bls ape2 then dia nak suruh sy ckp baik2? Eh, dia tu sape ha? Muka xabis sekolah, mmg padan sgt keje jaga kaunter bus! Huh. Pastu nak ajar2 org lak. Iskh, klau la sy hulkhogan, mau kena belasah pompuan gile tu. Dengan muka merah padan dan menggeletar skit (sbb terlampau mara), sy pon tnya, "ok, sape nama? aku nak wat report pasal kau" dia pon mcm "xpayah2, xtau". Takot la tu. Then sy pon dgn panas hati pergi la wat report kat Pondok Polis dlm pudu tu. Haha. Asalkan sy puas hati dh report pompuan kurang ajaran mcm tu. Tapi, ape polis leh buat? Mereka ckp mereka just bole forwardkan kes tu ke Trinal hak Pengguna. Then, diorg yg akan proceed kes tu. Nnti klau diorg call, sy kena gi kt Tribunal Hak Pengguna tu and mengadu kt sana, tp sy xsurelah mereka bole buat apa? Juz bagi warning letter or apa. Xtau la. Janji sy puas hati dah report and maybe si penjual tiket tu tau sy report sbb kaunter dia berhadapan je ngan Podok polis tu. Serve you right!!

Then, saya pon decide utk beli je tiket pada hari sabtu. pergi blk kaunter Plusliner, dapat tiket kul 12.50 tgh hari sabtu. ok la, dapat gak sy balk Ipoh.

Sekian sudah luahan hati saya. Harap anda tidak bosan.

Cilaka la lu si penjual tiket!!! (masih tak berpuas hati, kalau jumpa dia lagi nak ajak bf cky kan dia) Best2~~~

5 comments:

snm | snm said...

ida, lin pulak yg mgigil baca! blergh! busuk hatinya ppuan tu. x profesional lgsg! xpe, yg pntg, ida dh buat report, bia dia cuak ckit. dia bajet, dia ramai gang kt pudu, x fikir yg zaman skrg "see u in court!" mesti ppuan ni x blaja adab sopan ms kt skolah. xpe ida, naik court pun naik la, janji xde org prangai cmni kan?

slmat balik kg!

Rasaksa Mini said...

yup lin, mmg sgt teruk pompuan tu. rasa nak terajang je. huhu.

mentang2 tu tmpt die. berani nk wat cmtu. anyway, ida sgt puas hati dh wat report tu. tgk je la nnti.

snm | snm said...

ida..ida report la kt cni
http://penggunagenius.blogspot.com/

sharing crte ida kt ctu..bia org lain tahu
Sharing is caring kan?
lpstu ida emel kt pengguna.genius@gmail.com

space wrestler said...

cky dia? erk, tak berani, tu kawasan dia, tak balik nanti hahahahah. report secara professional je eh.Mentality kelas ke-8 orang2 camtu, biasa lah tu.subculture hehe

Mohd. said...

Don't worry, be happy. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.