Ya ampunnnnnnn.... Lamanya tak update blogku ini.
Motivate nak blog pon sebab nak cerita pasal Incubus Live in KL. Fanatik gila aku. Ok, seperti sedia maklum, Incubus telah datang ke Malaysia pada 23 Julai 2011, 8pm di Stadium Negara. Tujuan mereka datang ke sini adalah untuk mempromosi album terbaru mereka "If not now, when?".
Masa mula-mula dapat tau Icubus nak datang (masa tu bulan April), aku cakap kat Azfar, by hook or by crook, aku akan pergi juga, walau macam mana sekali pun. Huhu. Sebabnya aku dah terlepas few times sebelum ni masa Incubus datang KL tahun 2004 dan 2008.
So, nak dijadikan cerita, kebetulan aku ada program kat office. Program yang sepatutnya diadakan bulan 9, diawalkan pada bulan Julai. Agak frust masa tau program tu berlangsung sama tarikh dengan konsert Incubus tu. Huhuhu. Tapi ape ada hal. Aku tetap pergi konsert. But of course keje2 kat office tu aku dah sub siap2 kt officemate. Thanks all.
Ya Allah, aku sangat excited gilaaaaaa masa nak pegi konsert tu. Almaklumlah, band pujaanku from dulu-dulu. Lagi la excited sebab on that day, birthday Azfar. So, sambut birthday dengan gi konsert sama-sama. Kebetulan dua-dua orang pon die hard fans Incubus.
Konsert start jam 8pm. Opening oleh Rosevelt. Band malaysia yang bagi aku ala-ala je. Tak masuk jiwa sangat. Huhu. Time ni aku ah hangin dah sebab nak suruh sing a long, tapi satu lagu diorang pon aku xtau. Resah gelisah and excited tak sabar nak tengok Incubus perform. Oh, lupa, kami pilih seat di Lower Tier (ada seat) and agak dekat juga dgn stage. Tapi bila ambil pic tak dpt nk zoom dekat2. Next time, nak pilih yang Arena (berdiri) sebab boleh ambil pic dekat2.
Dalam 8.40pm tu, krew Incubus buat preparation, check sound system until lebih kurang jam 9.00 pm tepat Incubus dengan secara tiba-tiba keluar and terus mulakan show dengan lagu "Megalomaniac". Ya Allah, masa tu excited tak hingattttttt punya. Siap jerit-jerit sebab first time tengok Brandon Boyd live (boifren aku tu, haha). Brandon adalah sangat hot and sexy, k. Cairr gua. Vokal sangat mantap, penghayatan baikkkkkkk punya. He has his own gestures/movements yang sangat2 sexy bila menyanyi. Sound system is superbbbbbbb. Suara, music,everything is loud and clear. Sangat puas hatiiiiiiiiii.
Every song yang Incubus nyanyi aku sangat puas hati. Tapi frust sebab diorang tak nyanyi lagu "I Miss You". Yang penting, lagu "Wish U Were Here", "Pardon Me", "Talk Show on Mute" and Promises Promises" diorang nyanyi. Persembahan sangat mantap!! Tak puas tau. Tup tap tup tap 1 jam setengah dah diorg perform. Tapi memang tak rasa sebab sangat fun. Aku jerit and sing a long macam orang gila. Azfar pon ckp "rilex,rilex". Hahaha. Macam mana nak relax dah boifren ada depan mata. Hahaha.
Tapi crowd adalah sangat tak best. Sebab most of them bukan true fans Incubus. Tau lagu yang femes2 je. Ada tu tau jerit2 je, tapi bila Incubus nyanyi diammmmm je. Tak best langsung. Masalahnya beria-beria sebelum tu jerit-jerit bagai. Poserrrr. Haha.
Dengar cerita Incubus berminat nak datang lagi ke Malaysia. They are fall in love with Malaysian people. Yeayyyyy! Hopefully, diorang akan datang lagi and definitely, aku akan pergi punya.
In conclusion, it was fun and excitinggggg. For me RM203 for the tix is really worth it. Incubus, u guys rock!!!! Love u guys. Oh, lupa nak cakap saya ada beli merchandise which is Incubus Shopping Bag Rm20 and t-shirt Incubus Live in KL RM25. Official merchandise t-shirt je RM75, tak mampu nak beli. Huhu.
p/s: Happy 27 th Birthday to my boifren sebenar (Azfar) dengan ucapan semoga kita berbahagia selamanya. Sayang kamu. Ceewahhhhhhh~
awwww, dia pakai baju nampak ketiak. Haha.
Fullview of the band, ni pon dh zoom to the max. Nampak kecik je diorang.
The tix = Rm203, aku still simpan lagi. Huhu.
Brandon Boyd yang sexy. woot woot~
Kamera aku penuh pic mamat ni je. Hahaha.
I like his movements and sytle, sangat cool.
Before the concert. Rock bebeh~