Monday, August 24, 2009

:: Catatan dari Ipoh ::

Huhu. Bestnya kat rumah. I cuti dua hari. Today and tomorrow. Sangat best dekat rumah. All my sisters ada kat rumah, kan cuti sekolah. Dapat jumpa my nieces and nephews. Berbuka pon sangat best. Lauk pauk sangat banyak dan yang penting masakan mama. Sangat yummy~~~ Bersahur pon macam lauk berbuka. Hehe. Kalau kat Serdang, tak merasa la semua ni. Kalau bole nak puasa sebulan kat Ipoh. Tapi apekan daya, kerja tetap kerja.

p/s: Time with family is the best time ever~~~

Friday, August 21, 2009

Pretty Exhausted~~~

Date : 21 August 2009 (Friday)
Time : 2.13 pm (waktu rehat sembahyang jumaat)
Location: My office

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh~~ minggu ni sangat2 letih dan exhausted. Serious. Ni pon dapat berblog time rehat panjang. Huhu.

Semalam and hari ni ada audit dalaman. Saya menjadi juruaudit yang baru belajar. Serious masa mula-mula dulu tak tau ape menda pasal ISO ni. Lagipon ramai sangat yang meracun cakap ISO ni susah. Mula-mula takut nak menjadi juruaudit dan di audit. Lama-lama kita dah boleh belajar sikit-skit. Ok la tu kan. Saya suka sebenarnya sebab boleh cari pengalaman. Lagipon, kat mana-mana organisasi pon kena ISO. So, nanti kot-kot bertukar tempat kerja at least dah ada pengalaman sikit-sikit. Nak kata terror tu memang tak la, tapi boleh la sikit-sikit and sekarang pon still belajar. Memang susah nak paham prosedur dan garis panduan ni. Lagi-lagi masa nak bangunkan fail. Sangat complicated.

Tadi juga ada my unit meeting. Lega sangat dah settle. So, boleh la saya bersuka ria nak bercuti nextweek. Huhu.

Sangat-sangat penat = audit+meeting+filing (handle sume dlm satu masa, gila kan?). Tapi tak perlu la saya nak senaraikan satu-satu kerja ape saya buat kan? Kang tak lalu lak korang nak baca. Yang penting, i've done MY PART! Keje memerah otak ngan keje fizikal mane lebih penat? Sebabnya saya memerah otak+menggunakan tenaga fizikal. So, cubalah faham keadaan itu (tapi semua orang pon penat, saya paham, tapi tak perlu la cakap kat semua orang).

Saya selalu cover my keletihan dengan menjadi 3 suku dan happy selalu (gamaknye la kan?) Sebab saya paling tak suka nak bagitau semua "wei, aku sangat penat, jgn bagi keje kat aku" or "wei, aku sangat hebat, buat keje paling byk" (tak perlu la kan?). Lagi satu my prinsip, selagi boleh buat keje, saya akan buat, bila dah stop tu,maknanya dah tak mampu. Lagipon bole sambung esoknya (masih ada esok...) Kan? kan? kan? Jangan la nak menyeksa diri.

p/s: Selamat menyambut Ramadhan and ipoh, here i come~~~

Monday, August 17, 2009

MyDin bukan My Deen Ofismateku (haha)

Hye!!!

Pagi-pagi buta tadi i and kawan-kawan disuruh pergi untuk mendengar ceramah dari Dato' Hj Ameer Ali Mydin (anak kepada pengasas pasaraya Mydin). Seronok dengar ceramah dia, huhu. Banyak sebenarnya marketing strategy yang kita tak tahu. And as a consumer, i pon banyak belajar dari ceramah dia td. Actually, it's not ceramah la, it's more about a story dari mula-mula dia bukak kedai kecik until la sekarang. Do u know that Mydin Hypermarket kat USJ tu adalah Malaysian largest hypermarket? I pon tak tau sbb tak pernah pergi lagi.

Honestly, i DO shopping at Mydin. Sebab barang dia murah compared to hypemarkets and pharmacies yang ada kat Malaysia ni. Kalau nak borong barang keperluan rumah, Mydin la tempatnya. Murah rm1-3 dari tempat lain. Contohnya, Dynamo dekat tempat lain rm17.90 but kat Mydin rm15.90 je. Jimat rm2 dah. I selalu gi Mydin dekat Putrajaya. Ramai orang tapi sanggup je pegi untuk dapat barang murah. Haha. Ntah la, ada orang cakap barang Mydin ni selalunya yang rejected. Tapi mane ade. I dah buat my own research. Haha. I beli barang kat Watson's and Guardian and compare kan dengan barang Mydin. It's all the same! Watpe nak bazir wang beli yang mahal padahal ada yang murah and kualiti pon just the same? Kan? Kan? Kan?

Ok, what i have learnt from the stories is about attitude, choices and vision! First, attitude sangat penting and we have to be passionate in everything we do and the invaluebale experience is waktu kita jatuh sebab kita akan belajar untuk bangun balik. The key point here is "never give up"! Second, it's about choices. We always have choices and when u choose the best, PRESERVE it. Sometimes, kena ada courage untuk berubah. We ourselves have to change and don't expect people to change!! Third is vision. We have to aim for our long-term goals. Bukan bila dah berjaya, kita relax. We have to be ready to do more and more and to get more and more because people cannot easily be satisfied. Betul kan? Korang realize tak?

I am proud of Dato' Ameer sbb dia usahawan yang sangat berjaya actually. Honestly, dulu saya ingat Mydin ni ntah mamak mane yang punya! Haha. Hari ni baru tau ups and downs Mydin untuk berjaya dalam business dia. And baru saya tau orang kaya sangat berkira! Haha. Funny dengar story dia yang kalau bole tak nak membazir langsung. Seronok dapat tahu macam mane we as consumer kena tipu dengan peniaga. Bak kata Dato' Ameer, it's all about consumer problem, not them. Hahaha. Contohnya, tie yang dijual dengan harga rm9.90 sama je kualiti dengan harga tie yang berharga rm 19.90 (maknanya dua-dua tie tu same, tapi harga lain2) See? Psychology sungguh kan? Ye la, kita selalu sangat ingat barang yang mahal itu kualiti, padahal yang mahal ke murah ke, sumenye sama. Haha. Jahat sungguh peniaga! (tapi harus ingt,situasi ini hanya berlaku di Mydin, tapi xtau la plak tempat lain).

Ceramah diakhiri dengan jamuan makan yang sungguh sedap. Laksa johor and karipap yang yummy. Overall, puashati~~~

p/s: sape nak beli ayam, sila beli hari ni sbb harga ayam akan naik 50 sen start esok. Haha.

Friday, August 7, 2009

~~Chandramuki VS Ghost Adventures~~

FYI, saya ni suka sangat tengok or tonton cerita seram a.k.a hantu a.k.a mistik. Kebetulan, my housemate pon rajin nak meneman saya tengok cite hantu ni (beliau pon suka gak sebenarnya, tp kalau nak tgk, mesti nak berteman). Huhu. Housemate yang lain agak penakut and jarang nak join tengok benda2 mcm ni. So, nak dijadikan cerita, we all kalau malam2 memang suka cari cerita hantu kat Astro. Kadang-kadang ada, kadang-kadang bukan movie pon tapi ala-ala penyisatan hantu gitu.

My housemate tu nama dia Farah (bukan Fara Nadia). Haha. Tapi Farah Azura. Memang la kebetulan my roomate kat rumah and office dua2 nama Farah. So coincidence! Ok, Farah memang penah ada cite yang die penah tengok movie seram tamil yang bertajuk "Chandramuki". Beliau kata cerita tamil ni agak seram and selalunya ditayangkan pada Depavali. Hehe. Tapi saya tak pernah tengok pon. Teringin dan exited nak tengok (sbb katenye best, katenye...). Last2, kelmarin waktu saya di bilik air nak gosok gigi and basuh muka (sbb ingat nak tido lepas tu), si Farah terjerit2 panggil saya. Ingatkan apa, rupanya di chanel tamil kat Astro tengah tayangkan cite Chandramuki tu. Haha. Semangat sungguh Farah nak suruh saya tgk cite tu. Tapi cite tu sejam dah berlalu, tgk part tengah ngan akhir je la. Hehe. Agak menarik, seram tu ada skit part yg dia kena rasuk tu (ngan mata bulat and buntang perempuan itu). Tapi yang menarik perhatian saya ialah babak2 kelakar dalam filem tu. Hahaha. Sungguh. Kalau cite tamil, seram ke, sedih ke, tengah berlawan ke, tetap kelakar. Sebab effect di melampau2. Haha. Tak tahan tengok. Bagi saya Chandramuki adalah filem yang agak seram+kelakar. Bayangkan tengah-tengah malam tu saya gelak tak ingat dunia. Movie abis 12.30am and saya pon terus tido. Nasib baik tak mimpi Chandramuki. Haha.

Lagi satu yang menarik pasal penyiasatan mistik (bukan merujuk kepada seekers, pemburu hantu, expose mistik dll yang sgt kurang mistiknya) tapi ini real punya. Saya nasihatkan kalau nak experience penyiasatan mistik sebenar, sila tonton "Ghost Adventures" setiap Khamis, pukul 8.30-9.30pm. Setiap minggu pasti saya akan tonton cite ni. Sangat SERAM, ok. Geng penyiasatan ni ada tiga orang (Zack, Nick and Aaron). Mereka ni berani tahap dewa! Siap bole menganjing2 dan provoke hantu-hantu tu. Kalau saya jadi hantu, rasa nak tumbuk-tumbuk dan sepak laju-laju je mereka ni. Tapi semalam punya la yang seram diantara yang terseram. Serius, semalam diorang pergi ke New Jersey. Lokasinya abandoned mental hospital! Mental hospital ni wujud sejak lewat tahun 1800. Bayangkan dah berapa lama wujud dan telah ditinggalkan beberapa tahun. Sangat scary!!! Penyiasat tu pon claim, "this is the scariest place i've ever experienced and i'll stop for a while to go to another mental hospital". Begitu mastiknya tempat itu sehingga mereka yang berani tahap dewa tu pon bole ckp cmtu. Saya? saya lagi la. Tengok episod semalam mcm nak pengsan! Berdebar2 and sampai nak muntah. Mengerikan! Sejak wujudnya mental hospital tu, dah 10 ribu orang mati dalam tu. I repeat, 10 thousand ppl!!

Kalau anda tengok seekers, pemburu hantu, expose mistik dll, most of the episode macam takde ape2 yang berlaku. Useless je wat penyiasatan macmtu. Tapi Ghost Adventures ni mmg real. Siap bole communicate ngan hantu dan yang bestnya, kita pon bole dengar! Tapi setakat ni jelmaan hantu mmg tak dapat dirakam, cuma ada orb yang diyakini hantu. Mane ada hantu bole dirakam, kalau ada sangat bertuah ok. Ghost Adventures ni best sbb dia suka provoke hantu, contoh, "hei, if u dont want me to be here, knock me or hit me, i dare u". Mane la hantu tak bengang. Dan2, mamat tu kena ketuk, tak pon ada kesan tamparan (ada kesan tapak tangan kat muka). Ataupon dialog dia, "hei, come here and talk to me and play with me". Berani sungguh statement. Haha. Episod smlm sangat ngeri, mental hospital tu sgt luas 9 hektar and laluan bawah tanah yang Ya Allah, sangat seram dan berselirat. Dan di dinding2 bawah tanah tu, ada tulis "Way to Death" bersama errror, so kena ikut error tu sampai lak kat dinding yang berconteng "If you like death ------>. Haha. Tau kearah mane? Ke morgue (rumah mayat) yang scary gilaaaaaaaa. One of the penyiasat bole la siap masuk dalam try mayat tu yang macam petiais, kunun2 nak pancing hantu. 2 orang kawan dia lak sibuk nak carik hantu tempat lain. Tinggalkan mamat tu sorang2 dlm try mayat. Mula2 mamat tu nampak berani, last2 dia nmpak sumthing dan rasa mcm nak gila. Dan yang paling scary, dan2 walkie talkie dia tak bole function nak mintak 2 org kawan dia tolong kuarkan dia. Yang kawan dia lak sesat tak dpt carik balik bilik mayat tu. Memang mendebarkan. Last2, bila dekat2 nak sampai bilik mayat tu baru walkie talkie tu function. Wahhhh, gila la masa tu. Kawan dia tu dh siap tendang2 try mayat, mane leh bukak, dh dikunci dari luar.

So, klau nak tgk cite yang betul2 scary, tgk la Ghost Adventures. Direkomenkan~~~

Monday, August 3, 2009

Pemalu???

"dia ni memang pemalu orangnya"

hahahahahahahahahahahahaha~~~

p/s: sekian. terima kasih.