Wednesday, November 18, 2009

Z@R@ VS MNG VS Forever 21 VS Topshop

Sebab mood shopping i tengah membuak-buak, kali ni i nak cerita pasal shopping (ape lagi kan?). Huhu. In my opinion la kan, I prefer to shop at Forever 21 and MNG rather than Zara and Topshop. Well, everyone ada opinion masing-masing, kan? So, for me, i choose Forever 21 and MNG!




Zara
As introduction, Zara originally is from Spain and the founder is Amancio Ortega (juga tokei Massimo Dutti, Pull and Bear and beberapa jenama lain yg agak femes). The first Zara shop was opened in 1975 by Ortega. Basically, Zara is the pelopor middle-class fashion yang designnya lookalike the high-end clothing fashion (of course with the reasonable price). For me, sometimes I like their products and sometimes I rasa macam ntah ape-ape. Hehe. I really dont like the way they manage their shop, i mean the susun atur is really worst. Most of the cloth main longgok-longgok je which makes my eyes semak (especially time sale!). Lagipon, I malas nak gali-gali cari baju. Huhu. Price wise, some cloth ok la, padan dgn harga. But some, just a simple dress, harga pulak sgt tak berbaloi. Staff plak not so friendly (so, tak best!). Huhu.

MNG
MNG pon originally from Spain. I like MNG so much! Price wise sangat ok, kira berbaloi la. Susun atur kemas, takde longgok-longgok (kecuali time sale, standard la longgok-longgok) but Zara punya longgok-longgok lg teruk kot). Huhu. Staff pon ok. Designs pun much better and trendier than Zara. I prefer MNG @ Mid Valley coz i think it's the biggest (wait, kat Pavillion pon besar gk). Enough said, I love MNG so much.

Topshop
Topshop is a British clothing company. Topshop adalah bersaudara dengan Dorothy Perkins and Miss Selfridge. But, unfortunately the designs @ Topshop tak masuk my jiwa. Huhu. Sebab sangat trendy and only suitable for those yang tak pakai hijab (no offence here). Unless, you're a rock a.k.a indie la sangat chick, well, banyak la yang boleh dipilih. Price wise, still mahal rasanya compared to MNG and Zara. Susun atur, quite ok. Mudah dicapai (macam ISO lak). Huhu. Staff agak mengada (with the creepy style). Hahaha. But, Topman got good designs and style. Like their t's and and jeans.

Forever 21
You will be forever 21 if you wear their collection. Sigh~~~ Huhu. This collection is coming from US. Despite of many controversial issues (you can read more at Wikipedia) yang diorang ni plagiat designs orang lain like Gwen Stefani, Anna Sui etc., the collection is still the best. I like. Its like one stop centre. Ada baju, jeans, shoes, aksesori, and macam2 la. So, ibarat macam tak payah pergi tempat lain kalau dah pergi Forever 21. Price wise, ok la, not bad. Staff friendly jugak la (@ One Utama) but the biggest shop is at Pavillion. Suka masuk kedai ni, sangat besar and best. Huhu. Designs yang sangat cool.

Ok guys, that's all I nak share bab nafsu membeli-belah i. But, it just my opinion la. Orang lain tak tau la kan? I selesa dengan MNG and Forever 21 collection rather than the other 2.

p/s: waahhhhhhh, terasa nak sangat shopping~~~

Tuesday, November 10, 2009

Kisah Si Pencuci dan Tandasnya

Hye, for this entry saya nak bebel sikit pasal kebersihan tandas! Ye adik-adik, saya memang sangat particular pasal kebersihan tandas. Sangat, ok. Bak kata orang, kalau nak tau manusia tu pembersih ke tak, sila la jenguk2 tandas rumah beliau. Kalau bersih tandasnya, maka beliau seorang yang pembersih. Kalau sebaliknya, paham-paham sudah la. Huhu.

Alkisah, di tempat keje saya ni, kami hanyalah menumpang di sebuah bangunan. FYI, kami masih belum ada lagi separate building walaupon sudah 7 tahun ditubuhkan. Begini la nasib menumpang. Everything kena share and yang ada absolute power mesti la tuan punya bangunan ni. Hehe.

Kisah yang nak saya ceritakan ni agak memalukan skit. Bukan ape, saya rasa benda ni sesuatu yang sangat asas, iaitu kebersihan. Kalau nak tau cleaner kat sini sudah bertukar kontrak (biasala, pekerja indon). So, dalam masa pertukaran kontrak tu, takde la orang yang nak bersihkan tandas (dalam 1 week mcm tu). Pastu, semalam la tahap kebersihan tandas agak kronik (i mean sangat kotor dan jijik). Dah la kami tengah ada program (speakers from overseas), nasib baik la speaker perempuan seorang je. Tandas lelaki saya tak tau la, sebab tak masuk. Tapi tandas perempuan mmg sgt kotor. Saya gila geli nak masuk tandas tu. Saya pon bebel la (tp tak kan nak bebel je kan?) After rasa sangat tak puas hati, I called empunya bangunan, tanya takde cleaner ke. Diorang cakap ada and tandas tu dah dibersihkan. Saya pon hairan la, kalau dah cuci, kenapa still kotor? kan? Kunun-kunun nak check, tapi takde tindakan pon sampai la tghari td saya masuk tandas keadaan still sama.

Geram sangat! Takde kesedaran sivik langung. Dalam hati "kalau la aku jumpa cleaner tu, mmg nak kena". Hahaha. Bajet boss. Haha. Kebetulan, masa nak amik air semayang zohor, terserempak la ngan si cleaner tu tegah angkat sampah. Terjadi perbualan yang agak lucu ni.

Saya : kamu sudah cuci tandas ni?
Cleaner: Iya, udah kak. Pagi-pagi sudah dicuciin..
Saya : Kalau dah cuci kenapa masih kotor? Guna berus? Guna sabun?
Cleaner: Iyalah kak, sudah dicuciin guna berus dan sabun.
Saya : Ok, meh saya tunjuk bhgn yg kotor tu (sambil bawa dia masuk toilet). Ni, mangkuk
tandas ni macam tak cuci je, masih kotor, hitam. Kamu sental ke tak?
Cleaner: Iya, udah disental dan dicuci tapi ngak mahu hilang kotornya. Ngak apa2 kak, saya
bisa cuci semula.

Lepas tu beliau pergi ambil bahan-bahan pencuci seperti berus mangkuk toilet dan sabun. Saya pon pergi tengok dia cuci (gila penyebok.. hahaha)

Saya : Macamane? Boleh hilang tak kotor tu?
Cleaner: Iya, boleh aja, mau disental2 baru hilang.
Saya : Memang la kena sental, dah kotor sgt tu, kalau setakat jirus dgn air mmg la tak bole
hilang.
Cleaner: Maaf kak, saya dulu kerjanya kilang. Ngak biasa cuci tandas begini. Klau ada silap,
tegur saya.
Saya : Ok, tak pe la, lain kali kalau mahu cuci, cuci betul2. Bagi sampai bersih.
Cleaner: Ya kak. Faham.
Saya : Terima kasih ya.
Cleaner: Sama-sama.

See? Kena tunjukkan cara nak cuci toilet baru boleh buat? Hehe. Funny kan? Agaknya takpernah org nak tegur dia buat keje. Tu sampai tak tau sebenarnya keje dia kena buat ape. Katanya tiap-tiap pagi cuci tandas, tapi ntah ape yang dicucinya. Tak paham betul. Huhu.

Nak kata saya cerewet ke ape ke, cakap la. Hahaha. Tak kisah, asal sy puas hati sebab mmg hari-hari guna tandas tu (dah tandas tu je yg ada, sebelah blk lak tu, hahah).

Moral of the story: Jagalah kebersihan tandas awam sebab ia tanggungjawab kita bersama.

p/s: Kalau takde sangat org nk cuci tandas tu, bak sini saya cuci. Tak kisah pon~~~





Monday, November 2, 2009

:: If We Could Turn Back Time::

Kalau kamu semua boleh undurkan masa, apakah benda/peristiwa/cerita yang ingin kamu semua undurkan? Betul. Masa tidak boleh diundur. Sangat mustahil, ok. Jadi, sebelum anda membuat sesuatu keputusan, selamilah ia betul-betul, fikir betul-betul. Jangan nanti kamu semua menyalahkan takdir. Jangan menyesal seumur hidup. Jangan biarkan kamu hidup di dalam ketidakpastian..........selama-lamanya!

"I have one thing that I regret the most. And I feel so insecure and hopeless right now. I wish I could turn back the time"