Thursday, February 25, 2010

Bandung-Jakarta Trip 18-22 Feb 2010

Hye all~~~

Rasanye masih belum terlambat untuk saya bercerita tentang trip kami ke Jakarta-Bandung, Indonesia pada 18-21 Februari 2010. Ianya satu trip yang sangat2 best. Despite of having so many probs (i.e: supir yang tak mahir jalan di Bandung, kena tipu ngn Pak Dedi iaitu supir yang sepatutnya ambil kiotrang di airport dan menjadi supir sepanjang kami kat sana, masalah kekangan masa-tak cukup masa nak shopping etc.). Tapi, overall satu trip yang amat best since pegi ngn kawan2 terchenta. Tu yang paling berharga.

Sepanjang berada kat sana, banyak benda yang kami perhatikan mengenai warga Indon ni. Yang paling saya nak cerita is the way the drive. Sangat menakutkan!!! Rasanya diorang ni takde undang-undang jalanraya kot. Main hentam kromo je. Bayangkan kalau anda sesuka hati leh buat pusingan U-turn di tengah2 jalanra
ya yang sesak? Pastu bayangkan kalau anda boleh berhenti sesuka hati di tgh jalan untuk ambil penumpang? Lagi satu diorng ni suka sangat honk kenderaan lain. Bunyi honk tu mmg dh biasa sgt kat sana. Termasuk supir kami yang agak kuat gak nak honk2 org. But diorng ni tak mara2 kalau terjadinya mcm tu. Senag cite, diorg saling memahami dan bertolak ansur di atas jalanraya. Sebab tu semua org leh buat sesuka hati, sebab takde sape yg akan mara. Pengangkutan awam utama mereka ialah "Angkotan Kota". Kat sana nak nampak bus macam Rapid KL mmg susah. Diorg guna "angkotan kota" (macam van) sbg public transport utama. Lagi satu, diorang ada "bajai" macam tut tut kalau kt Thailand. Bajai ni murah je tambang dia (10 ribu rupiah) boleh naik 3 orang. Huhu. Tapi agak bising skit la bunyi enjin dia. Beca pon ada gk tp tak byk sgt. Orang-orang kat sana agak peramah, tp kalau tgk kita semacam je. Diorang ni kalau sekali tgk kita mmg tau kita orang Malaysia. Macam mane diorang leh cam xtau la plak kan? Maybe orang Malaysia bentuk muka dia lain kot. Tapi yang tak bestnya kalau shopping, diorang suka nak naikkan harga (maklumlah tourist katekan). Kalau utk org Malaysia diorg dh letak harga tertentu. Kalau tawar pon skit2 je. Susah tul. Ada satu tu lagi la, tak leh tawar langsung! Harga grosir (borong) katanya. Huhu.

Baru 4 hari kat sana, banyak pertakaan Indon saya belajar, contohnya:
Macet = traffic jammed

Obral = murah

Gratis = percuma

Grosir = borong

Resleting = zip

Kancing = butang
Tas = beg tangan

Sepatu = kasut

Cumi = sotong
Nasgor = nasi goreng (ni yang paling kelakar, sesuka hati ni shortform kan)

Bebek = itik

Anduh = tuala

Rumah makan = restoran

Kanker
= kanser
Rumah sakit
= hospital
Supir = pemandu

Tudung = jilbab/kerudung

Alpukat = jus avocado

Air kosong = aqua

Sapi = lembu

capek=penat


Huhu. Tu je la yang saya ingt. best belajar
perkataan2 baru ni. Pasal makanan lak, kat sana boleh tahan la masakannya. Cuma saya tak berapa masuk ngan Masakan Padang. Masakan lain ok kot. Belasah je. Yang paling best Jus Alpukat (Avocado). Memang best!!! Korang kena try kalau gi sana. Recommended.

Ada satu benda je saya tak berapa gemar mengenai Indonesia ni iaitu budaya meninta tips. Mane2 gi pon mesti ada yang akan minta tips. Tips selalunya orang tak mintak, selalu kita yang akan bagi (kalau rasa benda tu berbaloi, baru la bg tips kan?). Kadang2 tension gk, ingat kita cop duit? Bukan kedekut, tp kalau diorg asik2 nak mintak, bankrupt la kan. Huhu. Pastu, mentaliti orang sana, kalau warga Malaysia yang datang sana mesti orang kaya. Ye la, boleh jalan2, siap borong macam2 lagi. Wahai bapak2 dan ibuk2, kami datang ni pon kena kumpul duit tahu tak? Kalau tak kumpul, tak dapat la nk holiday. Huhu.

Ok la, malas nk cerita lagi, layankan pic-pic ni:


Keberangkatan ke Jakarta

Pemandangan dari atas

Dah sampai kat Soekarno-Hatta Airport. Yay!!

Tangkuban Parahu (sejukk kat sini, tp ada matahari terik, pelik kan?

Me =)

Cantik sangat pemandangan kat sini

Cewek2 yang suka sangat bergambar

Ini la bajai (public transport kat sana)

Di salah sebuah Factory Outlet kat Bandung

Kat Cibaduyut, Bandung (tempat jual tas dan sepatu kulit sapi)

Di Tanah Abang-Jakarta (rambang mata shopping kat sini)

Di sekitar Cihampelas, Bandung (tempat jual jeans)

Nasi Tembel, lauk ikan bawal (not bad la, tp manisss)

My favourite drink kat sana - Jus Alpukat

Angkotan Kota (public transport yang famous kat Indonesia)

Kepulangan ke Malaysia, kepenatan time ni

p/s: Planning to go to Sydney, Bali, Krabi or Beijing after this (kalau ada duit lebih la kan). Ntah bila-bila. Huhu.

Wednesday, February 17, 2010

Jangan jadi GILA

Salam semua,

Actually, dah lama nak update blog ni. Tapi tak sempat2. Huhu. Banyakkkkkkkkkkk sangat stories nak update. Tapi hari ni saya cerita pasal pergi Kursus Pengurusan dan Pengacaraan Majlis hari tu la from 9-11 Februari 2010 (bosan kan? tapi nk cerita gak).

Huhu. Seriously, kursus yang saya pergi tu sangatttttt best. First time ever dapat pergi kursus yang best macam tu. I really adore the speakers pada hari tu; PM Dr. Muati, PM Dr. Azahari dan Dr. Hamisah. Semuanya best2 belaka. Diorang sangat sporting and participants pon mmg sgt close. Walaupon ada la dalam 20 org je peserta, tapi we all sangat close. Jumpa ramai kawan2 baru. Seronok~~~

Paling best talk from Dr. Azahari. Banyak benda baru we all belajar dari dia. He is so good! Kursus ni tak bercerita direct pasal Pengurusan dan Pengacaraan Majlis. Tapi ia lebih umum dan membuatkan kita berfikir. Susah nak cerita, kena panggil Dr. Azahari terangkan. Apa yang dia cakap akan membuatkan kita BERFIKIR (tu yang paling best dan berkesan).

Selama ni, baru saya perasan yang kebanyakkan kerja saya buat adalah di dalam keadaan GILA. Haha. First sekali masa mula-mula dia bagi talk dia cakap pasal GILA. Memang takde kena mengena dengan tajuk kursus kan? Tapi daripada cerita GILA dialah membuatkan saya berfikir. Tau tak ape makna GILA? GILA bermakna: tau ape yang anda buat dan faham ape yang anda cakap. Ingat tu. Dalam ISLAM pon ada cakap tahap baligh seseorang selain dari datang haid (bg perempuan) dan mimpi basah (bg lelaki) adalah apabila dia tau bezakan mane baik, mane buruk a.k.a TIDAK GILA.

Jadi selama ni, adakah korang tau korang ni GILA ke tak? Korang paham kerja yang korang buat? Selalu saya ckp dan sy dengr org cakap "Malas la nak buat kerja ni, tak paham pon" atau "Malas nak pk, asalkan siap". Kalau korang pernah ckp mcm tu, maknanye korang buat kerja di dalam keadaan GILA. Jadinya, kalau korang betul2 tau ape yang korang buat dan faham apa yang korang cakap, then kerja korang akan perfect! Tiada masalah stress, pening and macam2 lg la.

Panjang lagi cerita GILA ni, kalau berminat tnya la saya direct and saya boleh cerita panjang. Lagi satu saya belajar tentang ambil tahu makna sesuatu perkataan. Sebelum kita buat sesuatu, kena tau makna dulu. Jangan main cakap. Dah tau makna baru kita boleh huraikan. Sebenarnya kalau tau makna apa yang kita cakap lagi bagus. Kalau kita pon tak tau ape kita cakap, mmg la susah. Kena belajar tau makna sesuatu perkataan. Ok, kalau saya tanya makna "maruah," ada sapa2 boleh terangkan? Jangan cakap harga diri sebab harga diri tu perkataan seerti dengan maruah. Saya nak huraian. Hari tu Dr. Azahari tnya makna maruah, sorang pon tak boleh jawab. See? Makna sesuatu perkataan tu penting untuk kita tau dan ambil tau. So, bermula dari sekarang, sebelum cakap apa2 atau bagi idea, kena tau makna disebalik perkataan tu., barulah kita TAU ape yang kita buat nanti.

Dr. Hamisah pulak sangat adorable. Hehe. She is good too. Dia ni slalu jadi MC di fakulti beliau. Banyak benda yang saya belajar tentang jadi MC. One thing yang saya notice Dr. Hamisah ni suka warna merah, tp last day dia pakai warna hitam. Huhu. Dan dia ni sangat confident orangnya. Patutlah selau jadi MC. Sebenarnya tugas MC adalah sangat berat. MC yang baik dan bagus adalah yang buat teks sendiri, cari bahan sendiri dan boleh MENYERIKAN majlis. Tu yang paling penting. Hopefully, lps ni saya boleh aplikasikan tip2 Dr. Hamisah bila jadi MC. Sebab saya rasa selama ni saya agak membosankan masa jadi MC. Huhu.

Kesimpulannya, kalau nak buat majlis kena tau:
1) Majlis tu majlis apa
2) Fikirkan satu konsep/tema majlis (cari kelainan, pembaharuan)
3) Tubuhkan Jawatankuasa
4) Buat persediaan sebelum-semasa-selepas majlis
5) Perlu buat back up plan / plan B untuk emergency case
6) Cari MC yang boleh serikan majlis.
7) Buat event-tailing (sampingan) supaya majlis akan lebih menarik
8) Buat majlis yang sentuh hati, masuk akal

Ha, majlis yang sentuh hati, masuk akal tu meaning majlis tu memberika kesan kepada para tetamu. Ataupun, kehebatan majlis tu menjadi bualan hangat para tetamu selama 40hari 40malam. Memang susah nak buat majlis yang sempurna. Tapi kalau para tetamu tersentuh hatinya, dan majlis tidak merapu a.k.a masuk akal, maka anda telah berjaya mengadakan satu majlis yang hebat!

So, kalau nak buat majlis pastikan setiap majlis yang diadakan berlainan daripada yang sebelumnya. Kelainan tu penting agar tetamu tak bosan!!! Lagi satu, adakan majlis yang "sentuh hati, masuk akal". Ingat tu. Hehe.

Sebelum tu, enjoy the pics:

Me with PM Dr. Azahari Ismail (Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Me with Dr. hamisah Zaharah Hasan (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). FYI, lecturer ni pakai handbag Coach Peyton warna merah (new collection from Coach). Ada class~~

Oppppsss, before we end, saya nak share my handbag yang baru je sampai from US. Dibeli di blog: http://shopmeholic.blogspot.com. FYI, saya dah check the authenticity handbag ni di butik Coach, The Gardens dan disahkan tulen. Huhu. So, sape2 yang nak beli kat blog http://shopmeholic.blogspot.com/ and blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com/, dijamin barang-barang yang dijual adalah tulen and original. Cuma barang yang dijual ada defects skit2 (tak obvious pon) atau yang dah habis season di US. For my handbag, ada skit stain color biru dekat handle handbag tu. But serious tak nampak sangat. Lagipon macam tersorok. FYI lagi, saya beli handbag ni dengan harga RM790 (actually birthday present from my bf, dia bagi 70% of the price, tq dear), kalau kat butik, exactly the same is RM1600. See??? Huhu. Kesimpulannya, beli je la kat blog. Barang sama, mungkin kualiti barang kurang skit. But its up to masing-masing punya pendapat and taste. Kalau saya, saya dah bersyukur dapat handbag ni walaupon tak dibeli di butik. Huhu. Handbag ni sangat roomy, means ruang dia luas. Boleh isi macam2, kamera saya pon muat. Then, dia boleh pakai dua cara, means nak tote boleh nak carry mcm tu pon boleh. Love it~~~

Coach Madison Op Art Sabrina Satchel

p/s: Tak sabar nak fly ke Jakarta esok. Wish me selamat pergi dan selamat pulang. Hooreyyy!!!