Wednesday, February 17, 2010

Jangan jadi GILA

Salam semua,

Actually, dah lama nak update blog ni. Tapi tak sempat2. Huhu. Banyakkkkkkkkkkk sangat stories nak update. Tapi hari ni saya cerita pasal pergi Kursus Pengurusan dan Pengacaraan Majlis hari tu la from 9-11 Februari 2010 (bosan kan? tapi nk cerita gak).

Huhu. Seriously, kursus yang saya pergi tu sangatttttt best. First time ever dapat pergi kursus yang best macam tu. I really adore the speakers pada hari tu; PM Dr. Muati, PM Dr. Azahari dan Dr. Hamisah. Semuanya best2 belaka. Diorang sangat sporting and participants pon mmg sgt close. Walaupon ada la dalam 20 org je peserta, tapi we all sangat close. Jumpa ramai kawan2 baru. Seronok~~~

Paling best talk from Dr. Azahari. Banyak benda baru we all belajar dari dia. He is so good! Kursus ni tak bercerita direct pasal Pengurusan dan Pengacaraan Majlis. Tapi ia lebih umum dan membuatkan kita berfikir. Susah nak cerita, kena panggil Dr. Azahari terangkan. Apa yang dia cakap akan membuatkan kita BERFIKIR (tu yang paling best dan berkesan).

Selama ni, baru saya perasan yang kebanyakkan kerja saya buat adalah di dalam keadaan GILA. Haha. First sekali masa mula-mula dia bagi talk dia cakap pasal GILA. Memang takde kena mengena dengan tajuk kursus kan? Tapi daripada cerita GILA dialah membuatkan saya berfikir. Tau tak ape makna GILA? GILA bermakna: tau ape yang anda buat dan faham ape yang anda cakap. Ingat tu. Dalam ISLAM pon ada cakap tahap baligh seseorang selain dari datang haid (bg perempuan) dan mimpi basah (bg lelaki) adalah apabila dia tau bezakan mane baik, mane buruk a.k.a TIDAK GILA.

Jadi selama ni, adakah korang tau korang ni GILA ke tak? Korang paham kerja yang korang buat? Selalu saya ckp dan sy dengr org cakap "Malas la nak buat kerja ni, tak paham pon" atau "Malas nak pk, asalkan siap". Kalau korang pernah ckp mcm tu, maknanye korang buat kerja di dalam keadaan GILA. Jadinya, kalau korang betul2 tau ape yang korang buat dan faham apa yang korang cakap, then kerja korang akan perfect! Tiada masalah stress, pening and macam2 lg la.

Panjang lagi cerita GILA ni, kalau berminat tnya la saya direct and saya boleh cerita panjang. Lagi satu saya belajar tentang ambil tahu makna sesuatu perkataan. Sebelum kita buat sesuatu, kena tau makna dulu. Jangan main cakap. Dah tau makna baru kita boleh huraikan. Sebenarnya kalau tau makna apa yang kita cakap lagi bagus. Kalau kita pon tak tau ape kita cakap, mmg la susah. Kena belajar tau makna sesuatu perkataan. Ok, kalau saya tanya makna "maruah," ada sapa2 boleh terangkan? Jangan cakap harga diri sebab harga diri tu perkataan seerti dengan maruah. Saya nak huraian. Hari tu Dr. Azahari tnya makna maruah, sorang pon tak boleh jawab. See? Makna sesuatu perkataan tu penting untuk kita tau dan ambil tau. So, bermula dari sekarang, sebelum cakap apa2 atau bagi idea, kena tau makna disebalik perkataan tu., barulah kita TAU ape yang kita buat nanti.

Dr. Hamisah pulak sangat adorable. Hehe. She is good too. Dia ni slalu jadi MC di fakulti beliau. Banyak benda yang saya belajar tentang jadi MC. One thing yang saya notice Dr. Hamisah ni suka warna merah, tp last day dia pakai warna hitam. Huhu. Dan dia ni sangat confident orangnya. Patutlah selau jadi MC. Sebenarnya tugas MC adalah sangat berat. MC yang baik dan bagus adalah yang buat teks sendiri, cari bahan sendiri dan boleh MENYERIKAN majlis. Tu yang paling penting. Hopefully, lps ni saya boleh aplikasikan tip2 Dr. Hamisah bila jadi MC. Sebab saya rasa selama ni saya agak membosankan masa jadi MC. Huhu.

Kesimpulannya, kalau nak buat majlis kena tau:
1) Majlis tu majlis apa
2) Fikirkan satu konsep/tema majlis (cari kelainan, pembaharuan)
3) Tubuhkan Jawatankuasa
4) Buat persediaan sebelum-semasa-selepas majlis
5) Perlu buat back up plan / plan B untuk emergency case
6) Cari MC yang boleh serikan majlis.
7) Buat event-tailing (sampingan) supaya majlis akan lebih menarik
8) Buat majlis yang sentuh hati, masuk akal

Ha, majlis yang sentuh hati, masuk akal tu meaning majlis tu memberika kesan kepada para tetamu. Ataupun, kehebatan majlis tu menjadi bualan hangat para tetamu selama 40hari 40malam. Memang susah nak buat majlis yang sempurna. Tapi kalau para tetamu tersentuh hatinya, dan majlis tidak merapu a.k.a masuk akal, maka anda telah berjaya mengadakan satu majlis yang hebat!

So, kalau nak buat majlis pastikan setiap majlis yang diadakan berlainan daripada yang sebelumnya. Kelainan tu penting agar tetamu tak bosan!!! Lagi satu, adakan majlis yang "sentuh hati, masuk akal". Ingat tu. Hehe.

Sebelum tu, enjoy the pics:

Me with PM Dr. Azahari Ismail (Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

Me with Dr. hamisah Zaharah Hasan (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). FYI, lecturer ni pakai handbag Coach Peyton warna merah (new collection from Coach). Ada class~~

Oppppsss, before we end, saya nak share my handbag yang baru je sampai from US. Dibeli di blog: http://shopmeholic.blogspot.com. FYI, saya dah check the authenticity handbag ni di butik Coach, The Gardens dan disahkan tulen. Huhu. So, sape2 yang nak beli kat blog http://shopmeholic.blogspot.com/ and blog http://princessvictoriastylo.blogspot.com/, dijamin barang-barang yang dijual adalah tulen and original. Cuma barang yang dijual ada defects skit2 (tak obvious pon) atau yang dah habis season di US. For my handbag, ada skit stain color biru dekat handle handbag tu. But serious tak nampak sangat. Lagipon macam tersorok. FYI lagi, saya beli handbag ni dengan harga RM790 (actually birthday present from my bf, dia bagi 70% of the price, tq dear), kalau kat butik, exactly the same is RM1600. See??? Huhu. Kesimpulannya, beli je la kat blog. Barang sama, mungkin kualiti barang kurang skit. But its up to masing-masing punya pendapat and taste. Kalau saya, saya dah bersyukur dapat handbag ni walaupon tak dibeli di butik. Huhu. Handbag ni sangat roomy, means ruang dia luas. Boleh isi macam2, kamera saya pon muat. Then, dia boleh pakai dua cara, means nak tote boleh nak carry mcm tu pon boleh. Love it~~~

Coach Madison Op Art Sabrina Satchel

p/s: Tak sabar nak fly ke Jakarta esok. Wish me selamat pergi dan selamat pulang. Hooreyyy!!!

No comments: