Friday, July 23, 2010

YES, I GOT IT!!!

Hye all~~~

Semalam buat kerje gile. Huhu. Actually terbaca pasal warehousale ni!! Estee Lauder Warehouse Sale kembali! Sangat teruja tak hingat. Ye la, selalu bukak website tu just nak check or tunggu warehouse sale yang satu ni. Sebab yang satu ni memang berbaloi-baloi. Huhu.

Thank to Mr. Faris sebab sudi menemankan i pergi Midvalley untuk ambil invitation card ni. Sanggup tu pergi kul 4, sebab kul 5 ofis dia dah tutup. Nasib baik sempat. FYI, if u wanna go to the warehaouse sale ni, memang kena ada invitation card sebab kalau takde memang tak boleh masuk. Confirm tahun ni lepas sahur je i nak pergi terus. Kali ni nak tunggu awal-awal sebab nak grab yang best2. Tumpuan utama ialah MAC and Bobbi Brown.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Warehouse sale ni, boleh rujuk my last year entry.

This is how the invitation card looks like.Depan kad

Belakang kad

ppstttttt.... Tahun ni nak borong foundation, compact powder, mascara and eyeliner pulak. Benda-benda ni yang cepat habis. Huhu. So, memang kena que awal-awal. Huhu.

::: Happy 26th Birthday to Mr. Azfar :::


23 July 2010

Today is Mr. Azfar's birthday. Happy Birthday awk!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Love u so much~~~

Monday, July 19, 2010

Siti Nurhaliza ke!!??

Hye all~~~
Nak story mory satu cerita yang agak kelakar berlaku last week. Huhu.
Last week ke Damansara. Tujuan utama ke belah2 Damansara is to go to IKEA. Nak mencari kusyen for my car. Huhu. Dapat gak beli kusyen yg sgt gebu warna merah dengan harga rm15. Grab 2. Hehe. Tujuan utama kedua adalah nak melempiaskan nafsu makan kat Foodcourt IKEA. Daim cake memang best! Oleh kerana i tak makan meat, so i tak fancy sangat ngan meatball dia. Tapi i heart dia punya salad yang macam-macam jenis dan the Daim cake. Huhu. Lepas shopping2, makan2, terus ke OU.

Ok, kita start dengan cite kelakar tu la.

Masuk ke kedai Aldo, sebab ada sale. Memang sangat berkenan dengan pink shoe yang sangat funky. Huhu. Memang sangat cantik! Tapi harga pon cantik wei. RM220 (itu pon setelah discount 50%). Harga asal rm440. Phheewwwww. Tak jadi beli sebab kekurangan bajet. Hehe.

Masa tengah pilih-pilih kasut, tetiba ada sorang lil chinese girl said to her mama, "Is that Siti Nurhaliza (refeering to me!). And her mum said "no la.." sambil senyum tengok i. Actually ingatkan i je yang perasan. Haha. Tapi masa tengah try kasut tu, En. A cakap, "awk nak dengar funny stroy tak?" and i tanya "what?" En. A said, "budak kecik chinese tu cakap awak Siti Nurhaliza tadi, lepas tu bila awak lalu je depan dia, dia macam excited nak tegur-tegur, and tengok awak atas-bawah-atas-bawah-". I pon sangat tergelak time tu, ingtkan i je yang perasan. tapi betul-betul that lil girl cakap i ni Siti Nurhaliza??!! Hahahaha. That was so funny. Kalau ye pon, En. A tu xde misai tebal macam Dato' K tu la. Ahaks. Nasib baik kau comel budak! Hehe.

Apesal ntah dia cakap i ni Siti pon xtau. Haha. Sejak bila la pulak si Siti pakai tudung penuh? Hehe. Ketinggian, keputihan (oopss, i mean warna kulit) sangat tak sama. Hahaha.

Ok, sambung balik cerita nak beli kasut kt Aldo tu, bila pk balik, kalau beli kat Charles n Keith, Rm220 leh dapat dua kasut. Dah la tengah sale. So, kami pon terus gerak ke C n K.

Sampai sana sangat rambang mata nak pilih kasut. And first time ever, i pilih kasut color other than black, white or brown. Huhu. I beli kasut merahhhhh you, and pinky shoe. Ok, reason sbb beli kasut merah tu is bcoz ia selesa dipakai walaupon agak tinggi inch dia. Yang kedua, color merahnya tak terlalu over. Yang pink shoe tu plak, sebab ini first time beli peep toe pink and kalau pakai peep toe tu nampak ilusi kaki kurus and panjang. Ahaks. Aci tak alasan camtu. Oh ya, kasut merah tu ada 40% discount, after discount hanya RM89.95. And the pink shoe tu takde discount =( tapi oleh sebab ia sangat menambat kalbuku, i beli la jugak, nanti kempunan. Melayang RM119. Oh ya lagi, kalau nak tau kasut merah tu beli kat Pavi, sebab saiz 5 kat OU dah takde. Tinggal display je (i tak suka beli yg display!). Sanggup lah ke Pavi kan lepas tu. Nasib la. Orang cerewet memang camni. Huhu.

Ok, jom tgk hasil romapakan kat C n K:


Psstttttt, i suka kasut kat C n K sebab ia selesa walaupon tumit tinggi and quality dia bagus. So try la ye.
Psstttt lagi, ni kasut raya i kot. Dah xnak beli kasut. Hehehe.
-End-

Monday, July 5, 2010

July and Happiness~~~

Hye all~~~

July is great! To be specific, 1 July was the great day for me. 1 July - i renew contract kerje and 1 July gak i dapat my car. Hehe. Hopefully lepas ni akan sentiasa renew contract la, takutnye kalau tak renew, papa kedana la gua. Huhu.

Kereta pilihan saya ialah Myvi SE. I tak mampu la nak beli Honda City ke Toyota Vios ke. Sebab bila dah kira-kira bajet for 1 month, i hanya mampu memiliki Myvi tu. Huhu. Kereta saya color gangsa a.k.a silver. I panggil dia "silver gomok" sebab Myvi kan gemuk skit. Haha. I tengah membiasakan diri bawa "silver gomok" i tu kemana-mana. Pergi kerja of coz dah lepas. Juz nak bawak kat KL (yang jalan bz, pastu banyak keta) agak takot skit. Ye la, lama sangat tak bawa keta weii!! Next entry boleh letak pic "silver gomok". "Silver gomok" harus berbangga dapat tuan mcm i ni. Sebab i jaga dia first class. Apa-apa pasal dia sume i bagi 1st class. Tinted pon yang baik punyaaaaaaa. RM550 abis beb (tu pon after tolak discount and baucer). Harga betul RM1k. Tinted ni yang tahan panas n tahan pecah. Tahan pecah la best, takde la "silver gomok" sakit bila ada org nak pukul dia kan? Hihihihi. Pastu, i bagi dia pakai wangi-wangi aroma from Lovely Lace gitu (teddy dream). Mahal weiii aroma tu sebotol kecik nonek je rm16. Hahaha. Sayang sungguh aku padamu. Next, nak beli leather cleaner plak. Supaya leather seat tu sentiasa kilat, tak la kusam. Pon benda alah tu mahal regenye. RM40 for 500ml je. Huh. Yang murah ada, tapi tak elok. Lupa la brand ape yg SA kat Ace Hardware tu recommend. Tapi from UK. Yang bestnya cleaner ni berbau leather. Oh! keretaku, engkaulah my new BF! Huhu.

Ok, nak cerita pulak pasal baju raya. Last weekend i, my Bf and "silver gomok" telah pergi ke Jakel Shah Alam. Well, i agree Jakel SA ni lagi besar dari Jakel KL. Honestly, this year takde idea langsung nak theme ape, baik colour or jenis kain. Mula-mula tengok kain-kain tu mcm takde mood, walaupon kat Jakel tu kain bapak banyak, tp still tak boleh buat pilihan. Fussy sungguh i ni. Tapi sumpah dah malas nak beli chiffon sebab malas lak i nak lining2, then kena bayar upah lebih kt tailor, ye la kalau baju kurung riau/pahang i slalu tempah rm35 (ni harga kat kuantan ye, harap maklum). Kat KL sepasang baju kurung riau/pahang is RM60. Then, kalau lining kena la bayar double (alasan tailor kena jahit dua lapis, jadinya RM70 la). Huhu. So, fabrik chiffon dah buang awal2. Lagi satu, nak jauhi colour PINK, of coz sbb dah BANYAK sangat weii dalam almari aku tu. Lepas dah tawaf level 1 tu, ternampak bahagian kain cotton. Memang sangat banyak pilihan. Best jugak kain cotton ni, tak panas kan? Then ternampak kain cotton bahagian exclusive. Terpikat kat cotton sulam RM54.90 semeter. Mak oiii, mahal bebenor! Kalau 4 meter is RM 219.60. Tapi i tetap terpikat yang tu gak. Mula-mula nakbeli color purple, tapi tinggal 3.5 meter lak, mane cukup. Huhu. Last-last pilih color peach (good choice i takde sgt baju colour peach). Tapi sangat best sbb dapat discount RM200 instead of Rm219.60 tu. Then, terjumpa lagi satu jenis cotton yang sgt gorgeous. RM 38.90 semeter, 4 meter RM155.60. Pon dapat discount RM150 je. I choose yellow colour. My 1st time wearing yellow for baju kurung. Hahaha. Tak sangka takde color kuning dalam koleksi baju kurung. Well, well, takde la orang bosan tengok i dengan PINK je kan? So, up to this, dah RM350. Pandai SA kat Jakel ni nak suruh org berbelanja lebih dia pujuk-pujuk suruh beli English cotton yang regenye RM77 sepasang, tapi dia bagi special harga RM50 je, kunun-kunun nak genapkan RM400. Opppsss, kali ni i tewas ngn pink. Takleh harap kan? Hahaha. Melayang RM400 aku weiii, beli kain je pon. Huh.

Ha, lagi satu, kat Jakel ni kalau kita dh abiskan duit banyak pon, lepas bayar, dia tarik kita cakap nak bagi "bon". Aku tanya la bon tu ape? Dia kata mcm discount price for special customer la kunun (sbb aku bayar rm400 in single resit). Dia bawak pergi kat kain digital yang sepasang regenye RM168, tp untuk bon dapat RM100. Paksa aku beli. Taknak la wei, out of budget la. I cakap terus-terang kalau kau nak suruh beli bg RM50 baru aku beli. Hahaha. Terus diam n tak offer. Ala, kalau bg free pon ape salahnye kan? I beli banyak tu. Huhu. Ok, nak share pic kain-kain yg i beli. Layankan~~~

PINK tetap di hatiku. ahaks.

My 1st yellow colour for baju kurung. Ngeee~~

Ni la cotton yang bapak mahal tu. Peachyyyy

p/s: Next month borong tudung plak kat Ariani. Ada orang tu nak belanja =p

.

.

.

.

.

Till then, tata for now~~~

June and Pain!

Weiihhh, dah lama i nak update blog actually. Tapi malas la sesangat. Banyak benda terjadi sepanjang tak update blog ni. Apekah?
Firstly, cerita rumah sewa i kena masuk pencuri (cerita basi) tapi nak cerita gak. Huhu. Kejadian berlaku time balik dari kelantan (umah oficemate). Tak sangka rumah yang aku ingat selamat tu akan dimasuki penyamun. Tapi tapi tapi, yang peliknya pencuri tu tak curi ape-ape. Punya la dia bersusah payah gunting telinga pagar tu, takkan tak ambik ape-ape kan? Sangat pelik dan misteri sehingga sekarang! Rumah pon tak diselongkarkan. Kemas macam i tinggalkan rumah sebelum ke kelantan. My frens cakap banyak possibilities like:
1) Pencuri tak jadi mencuri sebab nampak "sesuatu" dalam rumah aku

2) Pencuri tak jadi mencuri sebab maybe dia terdengar orang sergah ke suara orang ke atau jiran sebelah baru balik

3) Pencuri tu perogol, nak cari perempuan!

4) Pencuri hanya jalan-jalan, cari makan (ahaks)

Wahh, possibility no.3 tu yang paling menakutkan! I agak trauma jugak duduk rumah masa mula-mula. Kira kalau dengar bunyi-bunyi grill nak bukak ke, ketuk-ketuk ke, mesti berdebar-debar. The first two weeks, memang ajak kawan teman atau tumpang umah orang. But sekarang, rasanye dh ok skit. Malas la nak pikir lebih2. Tuan rumah dah buat pagar tu kaw2 punya elok. Mangga kat rumah aku ada 3 kat grill depan, 2 gril belakang, 1 kat dapur. Huh. Banyak kunci umah gua! Tak masuk lagi pintu kayu tu (dah tukar dah tombol, guna yg deadlock). Deadlock ni kalau guna kad keras pon takkan boleh nak buka sebab kunci dia panjang gitu. Haha.
Lepas tu, tengah-tengah memikirkan keselamatan umah tu, tetiba ade sorang housemate ni pindah tak bagitau! Balik keje tengok bilik dia kosong, abis tv sume dia angkut (damn!). Dan-dan i pergi cari tv baru (ye la, taknak nampak umah tu sunyi). Dah la baru kena pecah masuk. Huh. Ape punya orang daaaa. Kenapalah beliau ni sangat mementingkan diri sendiri?? Dah la pindah, orang ganti pon tak cari! Hampagas! Eden ni jugak la yang terhegeh-hegeh cari housemate. Dah la yang tanya umah ni macam fiil. Tension, tension! Tapi alhamdullilah semua tu dah selesai. Housemate dah dapat, pelajar Master kt UPM. Habis kredit i melayan sms macam2 orang tau tak? Perempuan yang pindah tu memang la selfish! Eden pulak yang susah payah nak cari orang ganti!!


Ok, end of cite pasal rumah tersayang tu. Nak cerita pulak pasal my niece yang dioperate disebabkan ada ketumbuhan (cyst) dalam perut. Admitted kat HKL. Nur Alya Nazura baru berumur 2 tahun, dah kena bedah. Poor little girl. Dia ni memang la kecoh dan aktif, tup tap tup tap dengar cerita dia sakit dan tiba-tiba kena operate. Sedih masa tengok dia sakit tu. Ape-ape pon beliau dah kembali sihat macam dulu. Just kena hati-hati skit dengan bekas jahitan operate tu.

Alya tengah sakit time ni..
The conclusion is........ June ni bulan yang agak malang bagi i. Tapi ramai ofismates i yang sambut besday bulan 6 ni. Hehe. Happy birthday to all of you. Muahh Muahhh.

p/s: Takpe, takpe, bulan June malang skit, tp bulan July sangat best! (next entry, k). Huhu.