Friday, July 31, 2009

C.O.A.C.H. F.E.V.E.R

Coach Soho Hobo
Coach Tonal Signature Hobo



Coach Soho Multi Print Hobo

Coach Soho Pleated Scarf Print

Wahhhhhhhhhh!!! Terbeliak mata tengok handbag-handbag ni. Nak beli mampu je, tapi tak makan la sebulan. Haha. But kalau i gila, slumber je i sambar satu (im unpredictable!, kan?kan?).
Yang latest collection ialah handbag paling bawah sekali. Agak menarik, colourful and cheerful. Hoho. Ada duit lebih pasti i akan beli. Lagipon ada orng janji nak tambah half of the price. Ngeh ngeh ngeh~~~ Coach paling murah pic yang paling atas tu. Huhu.

Sekian sudah confession of a shopaholic.

p/s: Perasan tak yang i suka mesti ada color pink. Haha, sgt girlishhhhh (kunun!)

p/s lagi: Which 1 yang paling cun?

Wednesday, July 29, 2009

-Bukan Khalid bin Jiwa-

My Jiwa Raga, yeahhh!!

Sebelum tu, tajuk entry tidak ada kena mengena dengan entry ni. Harap maklum. Ngeee.

Hihu. Inilah my new jiwa raga. Panasonic LX3. Hasil jualan barang-barang saya di mudah.com sebanyak rm700 + my bf topup rm350 and saya topup lagi rm500, dapat la saya sebuah kamera yang dah lama saya idam-idamkan. Haha. Sangat puas hati, LX3 memang the best!! Tak caya try la beli. Kamera yang berfunctionkan dslr tetapi berfizikal compact. Mudah dibawa ke mana-mana tanpa perlu gantung sebijik di leher (haha, sindiran pedas!). Nnti saya upload pic yang saya ambil menggunakan kamera ini, ok. Lepas ni makin byk la pic dalam blog ni. Haha. Sila jangan bosan.

p/s: H1N1 merebak di UPM. So, be careful ya all~~~

Friday, July 24, 2009

-Chilling @ Chili's-

C-H-I-L-I-'S

Birthday Boy =)

Chicken Spaghetti

Mushroom Swiss Burger

Event : Azfar's birthday celebration
Date : 23 July 2009
Time : 9.00 pm
Venue : Chili's, Mid Valley

Hye all, just wanna share some pics and story bout the birthday celebration. Hehe. Actually, we all plan nak gi The Curve as kat sane byk restoran yang best2. Ada street walk yang all the way ada restaurant. But then macam tak sempat nak gi sane. Jauh maaa.. Then, kitorng pon ubah plan gi Mid Valley. Sampai sane, cuci mata sekejap and then barulah lagi sekali pk nak makan mane. Saya tak kisah makan mane2 pon, saya suruh dia pilih, sbb saya yang nak treat dia makan. Hehe. Last2, we all decide makan kat Chili's.

Masuk je Chili's, meja penuh. Kena tunggu dalam 15 minutes baru ada seat kosong. Mostly yg makan kat sini tourists (mintak2 tak dijangkiti H1N1, haha). Dapat seat je terus order. Actually saya tak tau nak makan ape, coz most of the dishes are chicken and beef. Ingat nak order menu standard saya which is Fish n Chips (tu je la yg i bole mkn pon...huhu). But then, tekak rasa nak makan spaghetti. Order la chicken spaghetti (ayam bagi kt bf, paksa suruh dia abiskan). Birthday boy lak order Burger Mushroom Swiss. Macam best, sbb banyak mushroom. Suke-suke. Kalau nak tau, serving size dia mmg sangat besar (please refer to the pics). Satu dish bole makan dua orang, serius. Saya baru makan sikit je dah kenyang. Yang tukang abiskan biasala, my bf. Huhu.

Ok, overall makanan dia quite ok la (sedap lagi Hard Rock Cafe and Carl's Jr.), not too delicious sampai menjilat jari pon. But saya tak puas hati ngan beverages dia. Sangat tak best. Ok, saya order Mango juice, in my mind its a fresh mango fruit juice, rupanya dia bagi mango jus yang macam kordial pon ada. Sungguh tak fresh juice. Yang si bf order Milo ice, then bole la dia hantar hot milo. Huhu. So, kesimpulannya makanan and minuman kat sini ok-ok je. Kalau tak pergi pon tak pe. Maybe sbb saya salah pilih menu or tak tau la. Price wise, ok la. Makan utk 2 orang takde la sampai RM100, semalam rasanya RM70 je. Layanan pon ok. Tapi nak tunggu dish siap agak lama. Sebab tu bole tangkap2 pic.

So, the conclusion is, kalau gi Chili's order 1 dish yang mahal pon xpe sbb bole kongsi. Air, no comment. Because of that saya bagi 3.5 stars out of 5. Ok la tu kan? Hehe.

p/s: Awak, teringin nak makan Carl's Jr. la. Jom this weekend!

Thursday, July 23, 2009

:: H@PPy BiRtHd@Y mY CheNt@::


-23 July 2009-

Today is my hero's birthday. Yay! So, I would like to take this opportunity to wish him a very happy 25th birthday. Love u the most. Thank you for being there for me, anytime, anywhere. U r so wonderful that anyone could ever imagine. May Allah bless u.. (amin!). Wish u all the best and succeed in your life and career.

Once again, happy birthday, syg ~~~

Monday, July 20, 2009

Crazy + Insane + Great Sale!!!

Kena beratur dari entrace sampai level 1..huhu

Que yang memang crazy!!

Eyeshadow + highlighter

Blusher + Mineralizer + colour form powder

Lipstick + Lipglass

Estee Lauder Foundation + Concealer

Finally, my new collection.Huhu

Event: Estee Lauder Sale
Date : 18 July 2009 (Saturday)
Time : 8.00am - 3.00pm
Venue: Grand Ballroom, The Renaissance Hotel, KL

Hye, today nak cerita pasal i pergi Estee Lauder's sale on last weekend. It was crazy!!! I memang macam orang gila tengok semua barang murah ( i mean, it was insane!!). Kunun-kunun nak pergi dalam pukul 6.30-7.00 am macam tu, but then biasa la terlewat bangun. Huhu. Kalau nak tau, ada yang dah siap tunggu pukul 4.00 -4.30 am tau tak? Because first group yang dapat masuk tu mmg la sangat bertuah coz dapat barang yang best2. Ok, i kuar umah dalam kul 8 macam tu and sampai sane dalam 8.30, but i was shocked because que dia memang sangat2 panjang. Hanya orang yang tabah je akan bersabar tunggu. I tak kira, kena gak beratur. U know, i beratur sampai 1 jam, then baru leh shopping. Ramainya manusia!!!

First thing, i memang menonong ke kaunter M.A.C. Haha. Wahhhh, memang berpinar anak mata tengok make-up sume murah2. Yup sangat murah sampai u all tak percaya tau. Memang lama kt kaunter M.A.C sbb my intention pon nak borong M.A.C. I bertuah sbb dapat beli mineralizer, blusher and powder form dia. Sape yang lambat skit je dari i, mmg dah sold out. But sape yang nak beli lipstick, lipglass and eyeshadow tu berlambak2, ok. Banyak sgt stock. But i terkilan tak dapat beli compact powder, eyeliner and mascara M.A.C. because dah awal2 sold out. I think yang first batch dapat masuk tu dh borong kot. Promoter tu kata mmg awal2 dh sold out. Rugi kan? I really want that compact powder!! Lipstick n lipglass sangat banyk so, i juz grab randomly coz nnti bole nak sort bila time nak bayar. Then, i gi cari perfume lin, unfortunately, diorng mmg takde pure white linen yang botol pink. They only have the white bottle, sorry lin.. Perfume i tak jenguk pon sbb dh banyk perfume =). Then sambung cari my barang, gi kaunter Estee Lauder, cari mascara n eyeliner (also sold out, haiyaa..), then beli la foundation and concealer. Sangat murah! Then, ada jenguk2 kaunter Bobbi Brown. Tak best sangat barang2 dia. I ada gak la grab 1 or 2 item. Then, it's time to sort out the barang-barang. Duduk atas carpet tu, time nak memilih ni la yang pening. Because i ambik banyak sangat barang, sampai tak tau nak wat pilihan. Huhu. Yang buat susah tu sbb sume benda nak beli =). Haha. Sbb sume best2. Yang paling pening nak pilih color lipstick and lipglass (sbb diorng dh seal 3 colors in 1 packet). Last2, gi balik kaunter M.A.C, tanya balik opinion promoter tu and tengok balik tester. Then, baru la dapat wat decision. Thanks M.A.C. promoters. They all sangat friendly! Masa nak gi kt tempat lipstick tu, i was so lucky.. Korang tau kenape? Sbb the M.A.C promoter tu bagi i choose color sbb maybe dia kesian tgk i 2-3 kali datang kaunter tapi still tak bole wat decision. Meaning, i can choose 3 colors in different packet and they will put it into 1 new packet. So, here we go! I dapat la choose my favourite colors. So, xpayah pening2. Promoter tu pon wat sorok2, takut boss dia nampak. Huhu. I was soooooo lucky!!!

Ok la, sangat panjang la entry ni (shows that i am very happy, ngeee). Oraite, now I nak end up listing all the barang that i bought. Huhu.

1. Estee Lauder Individualist Natural Finish Makeup - RM50 (np: RM125)
2. Estee Lauder Ultra Firming Concealer - RM 20 (np: RM90)
3. M.A.C Mineralize Skinfinish (Refined) - RM 63 (np: around 100+ kot)
4. M.A.C Colour Foam Powder (Sun Centred) -RM 50 (np: araound 100 kot)
5. 2 M.A.C Eyeshadow (engaging) + Cream Shadow (gildedash) -RM 60 (np: RM120)
6. 2 M.A.C Blusher (enough said + blooming) -RM 75 (np: RM155)
7. 3 M.A.C Lipstick (blowdry+touch+shy girl) -RM 78 (np: RM 189)
6. 3 M.A.C Lipglass (major minor+li' hot pepper+avarice) -RM 50 (np: RM 189)
7. 3 M.A.C Lipglass (soft and slow+illicit+bare truth) -RM 50 (np: RM 189)

Phheww.. Total altogether RM521. Huhu. Ok la kan, kalau normal price for sure dalam RM2000++. Huhu. Lipstick and lipglass sangat murah sbb klau normal price RM63 utk sebatang lipstick and lipsglass. Kat sini 3 batang RM50 je. Mane la i tak gila! Tapi i sangat2 la berpuas hati coz dapat ape yang i nak beli, and the most important thing is, sangat murah! Mesti ramai yang kata i membazir beli make-up sampai RM500, i tak kisah ape orang nak cakap coz its my money plus i bukan saje2 nak beli, i guna tau-everyday. In fact, make-up tu setahun punya stock. For sure lepas ni xpyh beli make-up lagi. Huhu. Sale ni setahun sekali and slalu dia wat in July. So, next year i akan berusaha utk dapatkan invitation card lagi, then nak borong lagi. Haha.

Till then, bubye~~~

Wednesday, July 15, 2009

Perkara yg Tak Boleh Blah a.k.a Annoyying

Kamu semua mesti pernah alami atau mengexperiencekan situasi-situasi ini:

Di Jalan Raya

# Mamat-mamat kereta wira berlagak mitsubishi lancer atau myvi berlagak passo. Haha. Agak kelakar a.k.a annoying sangat2. Rasa nak langgar lari je. Hoho.

# Kereta suka-suki cut que. Ini perkara paling membengangkan. Tapi kalau anda mempunyai bf mcm bf saya, anda mesti bebel sepanjang masa sbb dia ni suka sgt bagi je org cut que. Dah la jalan jam. Kenapa awak suka sgt bagi orang cut que? (soalan masih belum terjawab, haha)

# Melihat punggung (yang tonggek dan saje2 buat, of coz) minah-minah yang bonceng motosikal mat rempit. Eeeeiiiiiii, kalau molek punggung tu xpe la gak. Geli i tengok. Weekkk~

Di dalam Tandas Awam

# Bayangkan situasi jika anda betul2 tak tahan nak membuang. Tak kira la yang kecik ke besar. Tiba-tiba sampai toilet, ada "makhluk asing" (berwarna coklat selalunya) atau tiada makhluk tapi air berwarna kuning di dalam toilet bowl. Haha. Situasi yang pernah i alami sendiri. Rasa nak sepak-sepak je orang yang meninggalkan kesan busuk seperti itu.
Pengajaran: Sila flush toilet selepas anda menggunakannya (perlu ke tampal notis kt pintu???) like i pernah wat masa di universiti dulu. Siap bagi amaran lagi. Hehe. Pantang betul orang-orang pengotor macam ni.

# Pad yang telah digunakan bukan buang dalam tong sampah tapi atas tong sampah! Bengap betul orang-orang mcm ni. Tandas awam mencerminkan budaya kita, tau tak!!!

# Menjadi lokasi anak2 muda atau lebih tepat anak-anak gadis bawah umur berposing. Haha. Trend sekarang yang tengah hot, korang tak nak try? Tak percaya, sila google pic-pic mereka ini. Macam-macam aksi boleh tengok but most of the pics, sangat kelakar, okey! Contoh: aksi-aksi ghairah yang tak menjadi at all. Haha.

Di Jalanan atau Shopping Mall

# Kelakar tengok budak-budak pakai tshirt konon2nya DIY (indie la sangat!!) macam 'Saya sayang mak saya', 'Aku Jiwa Kacau', 'Saya Jiwa Shuffle', Aku nampak mak kau ronggeng whatsoever. Haha. Kalau nak wat tshirt, buat la betul2. Sangat tak seni, ok. Setakat ada statement kunun2 kelakar ngan tulisan warna-warni. Try again ye si pembuat tshirt. Haha. (tp tshirt "Hoi! Kau Busuk" tetap rock) Lalalalalala~~~

# Sangat tak boleh blah tengok budak-budak dok shuffle di depan Maybank, Jalan Bukit Bintang atau di atas Kedai Secret Recipe (sebelah jambatan, laluan dari Times Square ke Sg. Wang). Uuuiiihhhhh, pening kepala tengok budak-budak ni tahu? Ingin best sangat ke terkinja-kinja depan jalanraya. Adik-adik, dinasihatkan kalau nak shuffle, sila lah ke Orange, Zouk atau kelab-kelab malam yang lain. Di hadapan jalanraya sangat la tidak sesuai,ok. Bahaya untuk kesihatan umum. Contoh macam i, terus pening tgk budak-budak ni. Seroius shit. Tak tipu.

# Pernah tengok orang pakai sunglass dalam shopping mall tak? Hahaha. Itu sangat kelakar ok. Dah nama pon sunglass, sila la pakai di bawah terik matahari. Yang hang pakai dalam mall tu watpe? Ingat comel sangat ke? Sangat tak boleh blah dan ditolaransikan.
Peringatan: Sunglass hanya boleh dipakai jika ada cahaya matahari, kalau takde sila buka. Jangan nak buat kelakar lak.

# Gadis-gadis yang trying so hard nak jadi gadis metropolitan a.k.a gadis KL sangat kelakar juga. Maksud i, mahu bergaya tetapi nampak janggal dan KG. Haha. Paham tak maksud yg trying so hard? Maksudnya, cuba sedaya upaya supaya kelihatan KL. Hehe. Boleh jumpa di mana-mana, dan i selalunya senang je nak detect whether she is from KG or betul2 anak load. Juga barang-barang atau accessories yg dipakai, sumtimes bole detect whether ia fake atau ori.

Disclaimer: Contoh-contoh di atas adalah berdasarkan pemantauan dan pengalaman yang di alami oleh penulis ketika beliau tengah sebok bershopping dan berdating. Tiada kena mengena dengan kamu-kamu sekalian. Harap Maklum~~~

Sekian, Terima kasih, please come again (buat muka senyum mcm pelayan McD) =)

Monday, July 13, 2009

-Kelakar: Makhluk Asing Tak Diundang-

Hahahahaha. Gelak dulu sebelum start cite (hahahahahhuhuhuhuhhehehehehohohohohohoho)

Okey, Dah abis gelak. Now baru leh start. Hahaha. Kelakar, tak boleh nak cite lagi. Ok, i serious. Jangan la marah. Uuuiiihhh. Pagi tadi masuk keje, sampai sama ngn farah. Bukak je pintu, wallaa! Ada semerbak bau yang sgt busuk, menggelikan, loya dan macam2. Macam bau bangkai. I dh geli dah. Teringat benda ni penah jadi kat umah sewa (cite lain, nnti i cite, huhu). Kitorang pon cari la kot2 ada bangkai apa2. Dalam kepala fikir bangkai tikus je, sbb bau dia similar ngn bangkai tikus. Eeeiiiiii, sumpah geli!!! Tapi kitorng dengan semangat waja cari gk bangkai tu, kot2 dalam almari ke, belakang kabinet ke etc. Tapi tak jumpa gak. Bau dh la semerbak, kira all the way to our office tu mmg berbau hanyir and hamis (bau bangkai tikus hanyir n hamis? ah, abaikan).

Orang yg first lalu, En Deen. Dia nak gi toilet (bilik kami sebelah toilet ye, harap maklum). Pastu i pon suruh la die tgk2 n cari bangkai tikus tu, ye la, i dah seriau, mmg fobia ngn tikus. Binatang or serangga lain bole, tikus...mmg tak boleh bla. En Deen kata dia nak gi toilet dulu. Lalu, En Deen pon kuar dari toilet tapi hanya mampu berdiri di luar sahaja sambil hidung kembang kuncup menahan bau bangkai tu. Haha. Hampeh, rupanya beliau pon takot tikus. Haha. Plus tak tahan bau die, mmg menusuk kalbu. Dan dengan selambanya En Deen terus berlalu dari tempat kejadian. Agak hampeh di situ (jgn mara ye En Deen, senyum skit =)

Dan orang yg kedua lalu ialah En.Mus. Haha. Beliau kata kejadian ni penah jadi dulu, di tempat yg sama. Tau tak kt ne? Dalam aircond!!! Maka, En.Mus pon menyimpulkan bahawa ada tikus mati dalam aircond. Haha. Macam kelakar kan? Untuk menambahkan effect kegelian i ngn Farah, dia siap cakap tikus tu mati dan dh sampai berulat2 serta reput. Pastu dia buat muka senyum2. Haha. Jahat kan? Then, En Mus pon panggil orang servis aircond datang. Berkemungkinan kejadian "tikus mati dalam aircond" kembali lagi. Sementara tunggu org servis aircond tu nak datang, kitorg gi lepak kt bilik En Deen. Haha. Jenuh En Deen nak layan kami, siap jamu asam (time kasih ye En Deen, nnti i datang lagi curik asam, haha). Sembang2 kosong tp mcm2 cite gk la yg kuar. Sampai la kul 11.30pg barulah org tu datang. Huhu. Saat mendebarkan ni... Tak sanggup nak terima hakikat ada bangkai tikus dalam aircond. Eeeeiiiiii, gross!

Sambil i mengintai org tu bukak aircond, i pon tanya. "Betul ke tikus?" Dia jawab, "Aah, dah nampak dh ni". Hahaha. Maka dengan rasminya teori En Mus mengatakan tikus mati dalam aircond terbukti! Caya lah En Mus. Hoho. Orang tu pon siap bagi effect geli tahap maximum, berulat la, reput la, terbelah dua la. Eeeiiii, saje je. Lepas je selesai upacara mengangkat mayat tikus tu, aircond pon dh boleh pasang, tapi still berbau, dah spray ngn freshener bertan-tan pon still berbau. Haha. Kronik. So, kitorang pon buka tingkap n pintu seluas2nya + bukak aircond bagi hilang bau. So, sekarang (pukul 4pm) dah hilang bau arwah tikus itu. Semoga rohnya takde badi sbb kitorg siap sumpah seranah tikus tu. Hehe. Takut lak.

(Cerita Lain)
Ok, berkaitan dengan cite yg kejadian yang sama pernah berlaku di rumah sewa, itu lagi la kelakar. Hahahahahahaha. Mmg nak gelak besar. Rupa2nya bukan bangkai tikus, tapi telur kenduri kawin yg dh busuk. Haha. Bau kentut busuk. Tapi lagi power, mcm bau bangkai. Tu kitorg ingt bangkai tu. Kitorang siap buat operasi cari mana punca, dan2 selak2 paperbag kenduri tu ada 3 biji telur busuk didalamnya. Hahaha. Selama kemas umah, tak jumpa pon telur tu. Sbb maybe dlm paperbag, ingt paperbag kosong. Sapenye telur sume taknak ngaku. Yang penting, bukan telur i. Hahaha. Selepas kejadian tu, i pon buat rule "bertanggungjawab ke atas telur sendiri" so that after gi kenduri diorg kena terus makan, or klau dh lama sgt buang je. Takde la sampai berbau bangkai kan?

Habis dh cite, dah suci dh bau bilik ni like usual (haha, bilik bau suci?). Tak caya datang la office i. Ada bau lavender. Ahaks.

p/s: To arwah tikus yg ekor sgt panjang dan lentik, maafkan kami kalau terasa ngn sumpah seranah yang dilemparkan pagi tadi. Hiduplah anda dengan aman di sana (0-0 ya!)

Till then, tata titi tutu~~~

Thursday, July 9, 2009

:: Macam-Macam Cerita ::

Hye.. Bersempena tak update selama seminggu ni, saya nak cerita macam-macam benda. It starts with:

Perihal Tak Best

1. Tangan terseliuh semasa tidur dan terpaksa di bandage. Huhu. Al-kisahnya, terseliuh dh lama, lebih kurang sebulan, but then baru la nak sakit kan? Sakit hati gue! Susah woo, tgn kanan lak tu yg terseliuh. Nak mandi susah, nak lap badan susah, nak ikat rambut susah, nak pakai baju susah etc. (nasib baik bole menaip sbb guna hujung jari shj ;) Sbb sume guna tgn kanan dan kena pusing2kan tangan. Tapi my tangan tak boleh gerak2, kena statik, klau gerak sakitnye mcm wtf. Haha. Mula-mula sakit, suruh kawan2 urut, then tido. Time tido tu terjaga byk kali, tgn berdenyut2. Sakit tak ingat. Macam robot dah saya. Haha. Tangan takleh gerak langsung. Esoknya, gi gak keje and terus gi klinik. Doktor bagi ubat sapu bengkak dan bandage. Dah makan ubat, baru denyut2 tu hilang dan i pon suka hati. Haha.

2. Duit macam air.. Beli macam2 tak ingat dunia. Megasale katekan.!! Bila la i nak insaf ni. Haiya...(pastu jumpa la plak online shopping yg best2, lagi la haru)

3. Sudah dimaklumkan akan bz sepanjang bulan ni and nextmonth disbb SPK tu la. Haha. Takpe2, i akan berusaha untuk dapat ISO for my unit ni. Wish me luck!


Perihal Best

1. Baru beli jeans MNG by Penalope Cruz. Huhu. Dah usha lama, tapi malas nak beli sbb tau akan ada sale mesti akan jadi murah. Ya, agak murah la, RM105. Then, terbeli lak seluar slack(but tak slack sgt kot, bkn jenis kain licin) dua helai, black n brown sangat murah RM45 je.Mana la i tak gila. Then, menambahkan i lagi gila, ternampak lak long sleeve shirt warna slow peach yg menarik hati, sambar satu helai. So, total altogether RM244 gone at MNG. Haha. Dinasihatkan klau nk shopping kt MNG, sila pergi ke outlet Midvalley, byk choice and harga pon cm lebih murah. Sbb aritu beli shirt kat MNG KLCC harga RM79. Nextweeknya, gi tgk kt Midvalley, baju yg sama RM59 je. Tersentap jap. Haha.

2. Kamera saya telah berjaya dijual di mudah.com.my. My bf yg jualkan. Bagus gk jual kt mudah ni, senang dapat buyer, but kena tahan skit la sbb ramai tanya (habiskan kredit je reply sms diorg), but tak serius nak beli + mesti nak nego harga. Alahai, dah murah sgt harga i tawarkan tu, siap dapat cap nikon, n most of the accessories still balut dgn plastic like mini tripod, tv cable, landyard nikon etc. My Nikon digital camera still in a good condition, still have 2 months warranty (biasala, i jenis cermat jaga barang, mmg nampak mcm baru lagi). Huhu. Jual RM350. Dapat kat abg kedah yg betul2 serius nk beli. Bagus abg tu, takde pon nak nego2 but dia mintak Rm350 including postage (ala, postage RM7 je). Ok gk la kan. Then, i jual 3 botol perfume yang mmg tak pakai langsung (original tau), sbb tamak beli banyak2 kt warehouse sale. Haha. I tak ambik untung pon, jual harga yg sama mcm i beli dulu. Sbb niat bkn nak untung, just takut lama2 simpan xpakai, then lagi rugi. Klau org mintak nego, setakat RM10 tu bole la. Yang dh dpt jual setakat ni Sweet Darling by Kylie Minouge RM50 (50ml). Yang still ada kt i, but mmg ramai yg tnya, tp tak beli (menyampah tau!) Midnight Fantasy by Brtitney Spears RM120 (100ml-edp) and The Beat by Burberry Rm 100 (50ml-edp). So, sape2 nak beli cakap la kt i ye. Selagi stok masih ada. Huhu. Sume tu baru lagi, manufacturing date 2008 (perfume leh tahan 3 tahun).
Ingat hasil jualan ni nak beli kamera baru yg best skit, yg puashati. Nnti la nak survey dulu, tak decide nak beli kamera jenis apa, but totally not dslr. Haha.

3. Current weight : 48.5 kg. Haha. Kembali ke berat asal, but my target 45kg. Ada berani?

4. I happy sangat sbb my bf sayang i (mengada gila tak ayat?) Nasib la. Haha.

That's all la, jumpa lagi di lain episod. Daaa~~~