Monday, June 29, 2009

-Sesuka-suki hati kami-

Hye all. Today saya nak cerita pasal benda-benda yg terjadi sepanjang minggu lepas. Kan hari jumaat lepas suppose kami kena gi closing ceremony ICOT tapi dengan otainya kami skip pergi sana but dengan gumbiranya dan suka-sukinya kami pergi bershopping (alamak, kawan2, kantoi...haha). Siap ada sorang kawan tu beli handbag GUESS lagi. Cantik sangat handbag dia. I sangat heart tau =). Oppss, lupa nak cite yang masa sembahyang kt KLCC, saya sembahyang sebelah wardina (yus jugak, hoho). Wa cakap lu, beliau sangat gorgeous (kan kawan2?). Dia sangat cantik dan sangat simple je dreesing dia. But, very the natural beauty. Huhu. Bangga lak sembahyang sebelah wardina. Tapi xde la sampai kami nak gi salam2 and take pic, just senyum2 je. Huhu.

Habis je sembahyang, kami mulakan tour kami ke setiap kedai (MNG, Zara, Guess boutique) and Parkson and Isetan utk cari handbag member tu. Yang kelakarnya, yus yang nak cari handbag, fara yang beli. Huhu. Esoknya, jumpa Wati Elite n his son (cute sgt) kat maxis centre, KLCC. Dia beli nombor baru n saya tau nombor dia. Jeng jeng jeng..Dia tu xde la slim sgt. Pinggang agak flabby. Huhu. Muka, xde la lawa sangat. Tang dagu tu mmg sah botox (runcing sesangat). Haha. Dah berdiri sebelah saya, mesti la tgk sumenye. Tapi anak dia hyper and cute sgt. Dia panggil anak dia baby..

Today sangat bosan and malas sangat nak kerja. Haiyaaa~~~

p/s: current weight: 49.5kg. yippiee!!!

Friday, June 26, 2009

Micheal Jackson is dead + Never Ending Sleeping

Wah, bestnye tidur smlm... Sangat lena tau. Nak tau ke sbb ape? Huhu. Sebabnye saya guna mattress protecter!! Tilam anda akan jadi lebih lembut dan sedap sampai anda malas mahu bangun tidur. Tak pecaye? Pegi beli sekarang! Huhu. Murah je RM19.90. Actually, terbeli benda tu sbb smlm gi care4 beli hadiah kawin kawanku lin =) Majlis dia sabtu ni kt Dewan Banquet, UPM. Wah, sangat besar tau dewan tu. Pasti meriah. Tahniah lin =) ngeeeee~~~

Pastu, time nak gi kerje, dengar radio yang our King of Pop and lagend "Micheal Jackson" is already died. Sedih tul. Saya minat juga lagu2 dia. Paling minat You are not alone. Erm, kehilangan lagi satu lagend. Orang kata dia ni mati dalam Islam. Betul ke? Saya pon tak sure. Sbb dia tak pernah claim ape2 pon yang dia dh masuk Islam ke tak. Baru tahun lepas gak Heath Ledger mati. Saya sedih gk sbb mmg minat dia. Dia sangat talented dan wow!

Ok la, habis cite pasal mati2 ni. Hari ni saya diarahkan untuk pergi ke closing ceremony International Conference on Thinking (ICOT) di KLCC. Tak kisah pon kena gi, sbb sambil menyelam boleh la minum banyak2 air. Huhu. Maksudnye, boleh la shopping sekali. Huhu. Lagipon, kan baru dapat gaji. Haha. Tapi kena save skit untuk Estee Lauder Sale 18 July ni.

Malas nak cite lagi, so chiow~~~

Tuesday, June 23, 2009

---Drag (not ME) to H.E.L.L.---


Hye all...Beberapa hari lepas i watched movie ngn my bf "Drag Me to Hell". Well, i really like that movie. Very interesting tau. Jijiks tak ingat. Haha. Orang tua gipsi tu mmg sangat jijik dan kejam. Tengok la, pasti korang nak muntah. Haha.
Cite die agak menyeramkan la. Rasukan kuasa jahat yang telah disumpah oleh nenek tua gipsi yg kejam tu. Cite die pasal sumpahan nenek tua (bomoh versi gipsi) kepada perempuan muda yang tidak bersalah dan hidup perempuan muda tu dikuasai kuasa jahat nenek tua gipsi tu. Yang lebih tragis, nenek tua tu mati sblm perempuan muda datang nak mintak maaf dan hapuskan sumpahan tu. Camtu la lebih kurang cite dia. Suspen sangat. Try la tengok. Best2. Tapi cite ni agak tak kemas sbb details dia tak kemas. Contoh, masa perempuan muda tu kena rasuk, mulut dia berdarah and lebam. Then, dia panggil bf dia dtg and tiba2 lebam xde and dia terus tidur. Bangun tido, lebam tu ada balik. How come??? Huhu.
Then, esoknya tengok movie lagi cite 17 Again. Haha. Tiba2 tengok cite lakonan Zack Efron (oh, please). Hahaha. Well, saya agak teruja tgk movie ni sbb Zack Efron pandai bawak watak. So, jgn la ingat dia hanya tau berlakon cite budak2 high school. Sbb skrang beliau sudah dewasa dan overall lakonan dia not bad. Huhu. Secara ringkas, cite berkisarkan pasal mamat ni (Zack Efron dewasa) dalam proses divorce and tiba2 kembali ke zaman remaja (watak Zack Efron). Beliau dulunya pemain bola keranjang terhebat di kolej beliau. Kira legend la. Tapi, beliau choose utk berkahwin muda sbb gf dia pregnant (biasa la, omputih). Huhu. Kira zaman kegemilangan bola keranjang tu lenyap mcm tu je la sbb dia choose nak kawin ngn gf yg sangat dicintainya tu (so sweet kan?). Then, pada satu hari, beliau tiba2 ke zaman remaja disebabkan beliau kecewa dengan masalah divorce. So, dalam proses transaksi ke zaman remaja, beliau berjaya memulihkan family dia dan berjaya halang penceraian ngn isteri dia. Susah la nak cite. Korang tengok sendiri la. Coming movie nak tgk, Transformers!!! Huhu. Tak sabar nak tgk.
Saya tak pandai review movie sangat. But for Drag Me To Hell, saya bagi 4 out of 5 stars. Untuk 17 again 3 out of 5. Ngeeee~~~

Monday, June 22, 2009

Oleh sbb gumbira, maka berbelanja!

Haha. Last entry pon i gumbira, entry ni pon i gumbira lagi.

Because..... i baru je habiskan RM1350 untuk sebuah handphone baru. Nokia 5800 XpressMusic. Huhu.Suke sangat. Touch screen.

Overall, puas hati beli hp tu.Function ok. Mula-mula nak beli E66. Yang slide. Tapi bila tgk yg touch screen, terminat la plak. Yang E66 more to business function, untuk keje2 ofis.Ada emel service and mcm2 la. But, i suka yg music punya, baru masuk jiwa. Tapi frust skit sbb dia masukkan lagu2 melayu (hello..?) yang jiwang2 (what the fish..). Haha. Tak larat i nak dengar tau. Not my taste at all. Ingatkan dia masukkan lagu2 english. Sekali check, biar putih mata, sentuhan kecundang, biar harum di hati? (erkkk..) Serius i menyampah.Huhu.

Berkurang la skit duit simpanan. Tapi xpe la, dah lama sgt postpone nak beli hp ni. Dari mula2 keje nak tukar hp baru tp asik tangguh. Beli smlm pon kebetulan je. Mmg tak plan langsung. Berkat sambung kontrak kot, terbuka hati nak beli. Hehe.

Lalalalalala~~~

p/s: berat turun 1.5 kg. Current weight: 50.5 kg. Target: 45 kg!!!

Friday, June 19, 2009

Yay, Dapat Invitation card to Estee Lauder Sale!

Yay, saya berjaya dapatkan invitation card to the speacial Estee lauder sale which will be held this coming 18 July. Sangat bersemangat nak pegi tau. Sbb banyak brand yg saya suke esp. M.A.C. Selain tu, ada Bobbi Brown, DKNY, Clinique, Origins, Tommy Hilfiger, Sean John and Aramis. Sale for perfumes, cosmetics and skin care. Sale ni open to public but kena ada invitation card tu la. Rasanya sape yg call arini dh abis dh kad tu. Saya call smlm organizer and terus dapat 2 kad. N smlm gk gi ambik kt Centrepoint South, Mid Valley. Cargas. Sape takde invitation card, cannot enter the sale. Bagus la diorg buat mcm ni, at least bole sekat had org yg dtg. Takde lah berpusu2. Selesa skit nak pergi bershopping =) Suke-suke.

Sale tu dekat Hotel Renaissance, KL. Start kul 8. Imagine kul brape dh kena gi?Huhu. Tapi, saya akan cuba utk datang awal. Hehe. Tengok je la nnti. Of course nnti nak borong make-up M.A.C. and Bobbi Brown. Then, nak beli perfume Estee. Bole simpan untuk raya. Huhu.

Yay!!! Sangat gumbira ni~~~

Wednesday, June 17, 2009

---Berita Gumbira---

First sekali, nak ckp 'Alhamdulillah'...

Sbb, saya berjaya sambung kontrak. Semalam baru dapat tahu. Mmg mendebarkan, ye la, habis kontrak ujung bulan, baru dapat tau sambung semalam. Ape2 pon saya sangat gumbira. Mood pon baik je. Ngeeeee.

Meaning, bole la saya kumpul duit lagi dan maybe (xtau lagi ke tak) nak beli keta. Nak gak harta sendiri. Yang penting, boleh la berbelanja lagi. Hahaha.

Syukur~~~

Tuesday, June 16, 2009

Kerana 5 tahun Sekali..

Hye kawan-kawan. Saya nak cite pasal benda yg jarang2 berlaku ke atas diri saya ni. Mmg jarang berlaku, 5 tahun sekali pon belum tentu. Tapi sangat menyeksakan, tau.

Benda itu adalah demam panas a.k.a fever!!!

Haha. Ya, saya demam dengan begitu hebat sekali last week. Mmg dah lama sangat tak demam, last demam masa zaman universiti dulu. Tu pon tak teruk sangat. Sbb tu kalau saya demam sekali, mmg la sangat teruk.

Demam datang masa dalam meeting, hari kamis last week. Mula2 rasa sengal2 badan, lutut and pinggang. Sampai seorang officemate lelaki ni ingt saya tengah tahan sakit perut sbb period. Haha. Sebabnya saya tak duduk diam, mmg tak selesa sangat2. Then, rasa kepala and leher, panas! Sah la, saya demam. Sementara nak tunggu balik keje tu mmg badan dh lemah, before blk umh gi klinik, time tu dh sakit sangat2. Sampai nangis tu. Haha. Dr. ckp saya demam panas. Suhu 39 point berape ntah, tapi nk dekat2 40. Panas tu weii. Dia bagi ubat macam2 and mc utk esoknya. Balik terus makan ubat n tido. Suhu plak mcm makin panas. Tampal cool fever, suhu surut skit. Bangun pagi tu dh mcm ok, rupanya tak. Petang tu suhu naik balik. Malam gi lagi klinik. Sakit makin kritikal, lenguh2 satu badan, jalan pon xlarat. Pergi klinik lain, ubat klinik sblm tu xde kesan. Dr. ckp demam saya panas lagi, suhu 39 gk tak surut2. Dia bg ubat antibiotik yg plng kuat untuk sy. Dia kata klau sampai ahad tak elok gk, kena check darah. Balik umah, makan ubat dan terus tido. Tampal cool fever lagi. Tengah mlm terjaga nak buang air, pitam dalam toilet. Tak sedar berapa lama dlm toilet. Seksa. Suhu kepala mcm dh surut. Tapi transfer suhu tu ke tangan dan kaki yg panasnya mcm air panas. Esoknya, mcm ok dh, ptg pon ok je. Sampai je malam, suhu naik blk, mcm semalam suhu kepala dh ok, tapi tangan dan kaki yg panas sgt2. Then tido, terjaga tengah malam nak buang air, once again, pitam dalam toilet. Tak tau la berapa lama. Bahaya2. Seksa sangat2. Esoknya hari ahad, kepala panas blk, ambil ais n air sejuk lap2 kt muka n kepala, ok skit. Ptg dh mcm ok. Malam pon. Nmpknya takyah gi klinik ambik darah. Alhamdullilah. Esoknya hari isnin, bgn pagi nk gi keje mcm nk pitam. Tak pasal2 gi keje basah rambut. Haha. Sampai je ofis, mmg tak larat lagi, badan masih lemah. Tengah hari balik umah waktu lunch, kepala rasa nk pitam lagi, petang tak masuk keje. Tido sampai kul 4. Bangun tido baru la rasa sihat betul2. Huh. Sungguh tragis kisah demam saya.

Time demam dari hari kamis, mmg selera makan tak de langsung. Saya tak makan ape2 pon kecuali air susu dan sedikit cornflake atau sekeping/separuh roti. Itu pon untuk cukup syarat sebelum nak makan ubat. Banyak minum air je. Tengok makanan yang sedap2 pon takde selera. Semalam timbang turun 1.5kg. Huhu. Baru malam semalam boleh menerima makanan. Tu pon skit2 je. Kesimpulanya, demam panas adalah sangat tidak best. Sangat seksa. Tapi nasib baik ada bf yang caring, hantar saya gi klinik, belikan itu ini. Thanks awk =) Tak lupa juga ahli keluarga yg hari-hari call, terutama my mama. Mane taknye, first day demam, bila mama call je terus nangis. Haha. Tak bole dengar suara my mama n my sisters sbb diorg jauh, saya kt sini sakit sorang2. My mama plak risau sgt dia takut saya terkena jangkitan H1N1. Haha.

Begitulah kisah sadis saya time demam. Harap lepas ni tak demam lagi. Tak suka demam. Tambah2 time pitam tu. Seksa tau.

Gudbye fever~~~

Friday, June 5, 2009

Ketidaksabaran

Huhu. Today sangat la tak sabar nak balik to my hometown, mane lagi kalau bukan Ipoh!!!

Dan saya ambil cuti agak lama til wed next week. Bukan apa, lama xblk rumah dan tak cuti lama2. Lagipon baki cuti byk lagi, ada 17 hari lagi! Huhu. Kalau sambung kontrak, bole claim 8 hari je. So, yang lebih tu burn la. Rugi kan? Baik habiskan je cuti2 tu.

Tak sabar nak balik coz nak jumpa my whole family. Semua org balik, kan school holiday. Lagipon, this coming Sun, ada kenduri akikah my nephew (anak abg, si irfan). Dan bole jumpa my nieces and nephew yg lain. Lama tak jumpa, sgt rindu. Dan dh lama gk tak berkumpul ramai2. Rindu sgt2.

Tak sabarnya~~~

Thursday, June 4, 2009

Cream in Your Coffee + Lust = Walla!

Last nite tak plan pon nak gi Mid Valley. Ingat nak gi Jakel, nak beli lg sepasang kain for baju raya. But, bila pk blk, byk lagi kain yg belum ditempah. Sume pon ok nak buat baju raya. Then, cancel la gi Jakel, bf ajak gi Mid Valley utk buang masa. Huhu.

Then, bila gi Mid Valley jalan2, tersinggah la M.A.C (tersinggah ok, bkn saje2, haha). Tengok2 lipstick, berkenan lak ngn satu lipstick ni color 'cream in your coffee'. Lagipun salesman tu ckp warna tu mmg hot selling la. Ingat nak beli lipstick je. Sbb rasanye lipgloss yg ada tu bole je mix n match ngan lipstick yg baru ni. Tapi, hati berkenan lak lipgloss 'Lust'. Warna earth color. Nice sgt2.

Terbeli lipgloss tu pon sbb salesman yg baik hati tu ckp kalau lipstick dh more to pinkish, lipgloss must be browish lak. So, bila blend dua-dua color tu baru nmpk cntik. Mmg result dia marvelous. Saya suka sgt. Even bila blk umh, rasa tak nak lap my lips. Haha. Penangan M.A.C. tu.

So, melayang la Rm126. Huhu. Tapi tak pe, asal puas hati. Lipstick and lipgloss M.A.C selalunya tahan lama. Yang tahun lepas saya beli pon tak abis2 lagi padahal almost hari2 pakai. Tapi agak memalukan actually, masa nak beli tu my money dlm wallet ckup2 je nak beli lipstick. Then, bila nak beli lipgloss tu kena la ckp kt salesman tu nak gi withdraw duit jap. Then datang balik and bayar. Huhu. Sanggup tu. Nasib baik bank dkt je. Malas nak guna kredit card sbb malas nak tambah hutang. Huhu.

Ingat next month nak beli blusher and eyeshadow lak. Tgk la kalau ada budget and kalau contract disambung. Mintak2 la disambung. Amin~~~

Tuesday, June 2, 2009

-Mari Hidup Sihat-

Hye...

Entry kali ni nak share skit tips untuk hidup sihat, ala-ala diet plan. Huhu.

Kalau nak kurus or maintain berat badan, follow la tips2 ni:


1) Breakfast sangat penting ok!!! Dan yg plng penting, breakfast haruslah diambil satu stgh jam-2jam selepas bangun dari tidur. Meaning, kalau bgn kul 6.30, waktu yg terbaik utk breakfast ialah 8 - 8.30 pagi. Ini adalah untuk stabilize your blood sugar and reducing sugar craving. Tapi, jgn breakfast selepas 2 jam bgn dari tidur (meaning jam 9 dan ke atas) kerana ia akan menurunkan tahap metabolisma kamu sbyk 5%. Scary kan?


2) Jarak masa diantara main meal adalah 5 jam. Meaning, selepas breakfast jam 8, haruslah lunch jam 1. Baru la sihat. Then, kalau terlebih sampai 6 jam, kena amik snack je. Tak bole amik berat2. Snack pon kena amik 1 biji apple or 2 disgestive biscuits or plain milo (without milk or sugar) or yogurt (snack biasanye bole diambil 3 jam after main meal)


3) Masa yg paling ideal untuk dinner ialah around 5.30-6.30 ptg dimana sistem penghadaman anda masih lagi berfungsi dgn baik. Selepas jam 7, makanan yg berkarbohidrat adalah haram sama sekali. Huhu. Meaning, no nasi pada jam 8, no mee goreng pada jam 8.30. Paham?


4) Selepas jam 8, tiada lagi solid food yang boleh diambil, hanya boleh minum air mcm milo or milk. Itu pon kalau lapar la. Kan dh dinner kul 6.30 td. Huhu.


5) No more drinking yang berat (plain water boleh la) after 10 pm. Sbb water yg disimpan dlm badan tu akan menyebabkan blooting, edema, puff eyes, face and eye bags on the next morning. Ini adalah jawapan kepada eyebag dan mata bengkak. Huhu. So, jgn la minum kopi or air gas selepas jam 10 lagi ye.


Harap-harap tips ni berguna untuk anda semua. Apa yang dpt dirumuskan di sini ialah, its all about digestion. Kalau sistem penghadaman kamu baik, insyaAllah kamu sihat dan berat badan kamu maintain. Jadi, sesape yg sembelit tu lebih baik amalkan cara makan yg mcm ni. Juga untuk sistem penghadaman, makanlah buah sebanyak mungkin. Mcm pisang dan betik. Sangat bagus tau.

Jumpa lagi di sesi tips untuk sihat yg akan datang~~~

Monday, June 1, 2009

-Si Cekik Darah-

Last weekend, I went to Jln TAR to buy and shop for baju raya. Luckily, Jakel was on sale!!

Hehe. Yup, saya beli 2 pasang baju. Satu, kain viscose ape ntah, tp ala2 cotton. Tapi bukan viscose yg dh biasa tu, ni ala2 kasa rubiah pon ade. Sepasang RM 95 and satu lagi kain chiffon Rm 110 sepasang. Ok la tu, still in my bugdet. Nak beli kain mahal2 tak mampu den. Tapi setiap kali nak tgk kain, pasti salesman or salesgirl tu bawak gi tgk kain yg mahal2. Contohnya, kain chiffon baik punya RM 260 sepasang, ada yang RM450 sepasang. Wah, gile la tu kan? Mmg la cantik2, tp saya bukan mak datin or artis or whoever. Pakai yang biasa2 pon OK. Janji pandai gayakan, sume akan nampk cantik, kan? Beli 2 pasang je, takut over budget. Kain yg dulu2 beli pon tak abis jahit lagi. Huhu.

Kain yg saya beli dua-dua pon combination colour hijau and pink. Tak perasan actually, tapi dh terbeli. Anyway, sangat puas hati sbb cantik. Haha. Perasan jap. Kalau nak tau, jgn la gi Jakel time sabtu+ahad. Makk aiihhhh, orang punya la ramai. Sesak la. Tapi 1st floor yg sesak sngt. Yang second floor ok la gak. Klau kat Jakel, lagi tinggi floor, lagi mahal la kain-kainnye. Huhu. Ingat nak beli kain kt 1st floor utk buat gi keje. Tapi xtahan, ramai sgt org. Pening!!

Anyway, dah abis shopping kt Jakel, gi la Ariani (kedai tudung yg modelnya Eikin tu). Huhu. Ramai orang. Rupanye dia bukak lg satu kedai sederet ngn kedai lama tu. Wah, sekejap je dah bukak 2 kedai di tmpt yg sama. Nampak mmg laku. Tapi..... nak komen skit la. Bagi saya harga tudung kat sini mmg sgt tak munasabah. Bayangkan tudung Eikin tu kalau yag pendek (confirm sgt pendek, tak tutup dada) RM 69 and yg panjang RM99. Gile kan? Bole beli sepasang lagi kain chiffon utk wat baju. Huhu. Harga plng murah RM 69 tu laa sampai la ada yg smpai RM100++ utk 1 helai tudung. Gila la sgt.

Rasanye dulu masa baru2 buka harga die Ok la skit. Yang panjang tu dlm RM70++ je kalau x silap. Kejap je dh naik harga. Tak jadi beli. Memang la nampak kualiti, tp sgt tak munasabah sehelai tudung RM 99, kan? Anda sanggup beli ke? Saya kena fikir byk kali dulu kot before nk beli. Then, minat gk tudung chiffon yang 2 tone tu, mmg cantik. Sesuai ngn my baju raya nnti. Tapi harga? RM129 beb. Haha. Gile kan?

Tapi yang musykilnye, ramai je org beli and ada yg siap borong. Huhu. Beli sbb nak ikut fesyen ke or mmg suka nak pakai? Hehe. Ntah la, saya rasa mahal sgt harga tudung kt Ariani tu. Nak beli pon serba salah. Huhu.

Ok la, tu je nak cite.. tata~~~

p/s: Bijak Membeli, Menang Memakai (btul ke?)