Hye...
Entry kali ni nak share skit tips untuk hidup sihat, ala-ala diet plan. Huhu.
Kalau nak kurus or maintain berat badan, follow la tips2 ni:
1) Breakfast sangat penting ok!!! Dan yg plng penting, breakfast haruslah diambil satu stgh jam-2jam selepas bangun dari tidur. Meaning, kalau bgn kul 6.30, waktu yg terbaik utk breakfast ialah 8 - 8.30 pagi. Ini adalah untuk stabilize your blood sugar and reducing sugar craving. Tapi, jgn breakfast selepas 2 jam bgn dari tidur (meaning jam 9 dan ke atas) kerana ia akan menurunkan tahap metabolisma kamu sbyk 5%. Scary kan?
2) Jarak masa diantara main meal adalah 5 jam. Meaning, selepas breakfast jam 8, haruslah lunch jam 1. Baru la sihat. Then, kalau terlebih sampai 6 jam, kena amik snack je. Tak bole amik berat2. Snack pon kena amik 1 biji apple or 2 disgestive biscuits or plain milo (without milk or sugar) or yogurt (snack biasanye bole diambil 3 jam after main meal)
3) Masa yg paling ideal untuk dinner ialah around 5.30-6.30 ptg dimana sistem penghadaman anda masih lagi berfungsi dgn baik. Selepas jam 7, makanan yg berkarbohidrat adalah haram sama sekali. Huhu. Meaning, no nasi pada jam 8, no mee goreng pada jam 8.30. Paham?
4) Selepas jam 8, tiada lagi solid food yang boleh diambil, hanya boleh minum air mcm milo or milk. Itu pon kalau lapar la. Kan dh dinner kul 6.30 td. Huhu.
5) No more drinking yang berat (plain water boleh la) after 10 pm. Sbb water yg disimpan dlm badan tu akan menyebabkan blooting, edema, puff eyes, face and eye bags on the next morning. Ini adalah jawapan kepada eyebag dan mata bengkak. Huhu. So, jgn la minum kopi or air gas selepas jam 10 lagi ye.
Harap-harap tips ni berguna untuk anda semua. Apa yang dpt dirumuskan di sini ialah, its all about digestion. Kalau sistem penghadaman kamu baik, insyaAllah kamu sihat dan berat badan kamu maintain. Jadi, sesape yg sembelit tu lebih baik amalkan cara makan yg mcm ni. Juga untuk sistem penghadaman, makanlah buah sebanyak mungkin. Mcm pisang dan betik. Sangat bagus tau.
Jumpa lagi di sesi tips untuk sihat yg akan datang~~~
No comments:
Post a Comment