Tup Tap tup tap, dah 12 hari kita berpuasa. Sangat sekejap je rasanya, kan? Rasanya bulan puasa tahun ni kira agak ok, rasa macam tak membazir sangat. Contoh, dulu kalau gi bazar ramadhan sume benda nak beli. Serius. Kalau tak habis maka tercampaklah ia ke tong sampah. Sangat membazir. Tapi tahun ni bole control skit nafsu nak beli banyak-banyak. Kalau terasa nak makan nasi lauk tu, beli 2 jenis lauk pon dh cukup (ikan+sayur) and balik umah masak nasi. Then, beli la rm1 kuih and air. Tu je la. Tak payah banyak2, actually bila dah hentam nasi, kuih tu pon dah tak lalu. Kalau dah bosan makan nasi lauk, beli je nasi kerabu atau nasi dagang and kuih rm 1. Tu pon dah kenyang. Kalau sahur lak, masa the first week puasa rajin la bangun and makan. Sekarang bangun minum air and makan 2 biji kurma. Tu pon dah kenyang sangat. Tapi kurma sangat bagus tau, kalau makan time sahur gerenti tak lapar siang harinya. Try la ye kawan-kawan.
Ok, nak cerita lak persiapan raya saya. Baju raya 2 pasang dah siap dijahit and 2 pasang lagi dah beli siap. Pastu kan bole la last week gi Jakel untuk beli baju raya for my dad. Hehe. Biasa la saya kan tak bole tengok sale2 ni, lagipon cantik2 sangat kain2 kat Jakel and harga berpatutan. Maka terbeli la 2 helai kain satu kain cotton yang sgt cantik rm73 (green color) and satu lagi opel butterfly rm 95 (turqoise color). Sangat cantik opel butterfly tu, jarang ada corak butterfly kan? Ingat nak beli lagi sepasang chiffon plain 2 tone rm 95 (tapi ada batu2 la). Serius cantik but next time la. Hopefully nextime gi ada la kain chiffon tu, i admire tau kain tu. Simple but sangat classy. Huhu. Baju melayu my dad tahun ni theme purple. So saya beli sepasang dah siap harga rm145. Memang la agak mahal tapi kain dia berkualiti and sejuk. Tak pe la, untuk abahku kan?
Bulan ni rezeki melebih-lebih. Instead of dapat duit kutu (rm1500), bulan ni jugak dah dapat claim cuti ganti tahun lepas and ganjaran sambung kontrak (rm1700). Alhamdulillah. Makanya kena la saya buka lagi satu akaun bank untuk asingkan duit simpanan sebab takut overspend. Bank pilihan ialah Maybank coz ia mudah dan kat mana-mana ada. Before ni, duit gaji and simpanan dalam satu bank (CIMB). Tapi agak susah untuk review my spending eventhough dah simpan resit2 pengeluaran duit. So, the solution is Maybank utk simpanan and CIMB utk gaji shj.
Baju raya dh settle. Kasut and handbag pon dah beli. Huhu. Last weekend gi Midvalley and shopping. Kalau nak tau Charles and Keith dah buka kat Midvalley. Ok, Charles and Keith ialah Singapore brand and its really worth shopping kat sini coz kasut dia cantik2 plus harga berpatutan. Try la gi ye, mesti tak menyesal (price from rm89). Suka tengok bag kat CnK ni sbb sangat trendy and ada class. Nampak macam beg mahal, tapi harga murah je. So, kawan-kawan sila la pergi kedai ni. Sangat best. For my handbag plak, kali ni i choose yang 'rock' skit. Ada stud2. Haha. Walaupun harga agak melampau tapi saya suka sangat dari segi shape, color, material dan aksesori dia. Tak kisah la orang nak cakap saya beria utk persiapan raya tapi dah memang kalau nak raya saya tetap gembira. Tengok ni --->ngeeeeeeeeeeee~~ Gembira kan? Raya ada sentimental value, tipu la kalau anda cakap raya anda tak bermakna. At least, kita kena celebrate our day, right? Berkumpul satu family. Tak ke rahmat tu? Bukan senang nak berkumpul ramai2 kan? I'm sure semua orang kalau raya balik kampung nk jumpa sanak saudara. Bagi yang kata raya takde makna, maka mereka tak de life! Hahaha.
Ok la rakan-rakan, malas nak membebel. Huhu. Chow~~~
p/s: tudung raya tak beli lagi. Huhu.
6 comments:
wah wah adik yang sorang ni bukan main ya prepare raya. Mm..takpelah masa single nih bolehlah enjoy sket, tapi jgn lupa saving juga yea.. :)
hehe. ye la akak, saya ada saving gak, siap bukak bank baru tu.huhu.
hehe.nice.alaa.bukan utk raye je tu.pas raye leh pki lg..fara jdkan beg itam yg beli mase gi klcc aritu (haha) as beg raye la.sbb jrg pki beg tu.
ye la, perasmiannya masa raya nnti. pastu hentam la bawak jalan2. huhu.
dah buat perasmian dah beg tu..haha
hehe. blm pakai lagi la. akan dipakai masa raya nnti.
Post a Comment