Semalam, aku dan bf sanggup pergi ke pasar ramadhan tmn melawati semata2 nk cari daging bakar Tok Wan. Aku xtau ape yg special sgt daging bakar tu (maaf la, sy x mkn daging), tp bf sgt taksub dgn keenakan daging bakar tersebut. Beliau kata mmg tiada tandingan langsung. Klau nk tau, beliau sempat lg ambik no fon Tok Wan tu yang dipublisitikan di atas sebuah banner. Lihat kwn2, inilah penangan daging bakar Tok Wan terhadap bf saya. Walaupon dah naik harga rm 4.50 (last year rm3.50 jerk), bf sanggup beli, siap beli extra lg. Katanye nk buat sahur, tp.......mane bole tahan, time berbuka trus abis daging bakar berhrga rm9 tu. Byk kalori la oi! Huhu.
Saya pula, xlain xbukan, sgt mengidamkan ikan bakar Restoran Nelayan. Mmg sedap woooo. Kat pasar ramadham serdang xde pon yg boleh bakar mcm Restoran Nelayan punya. Ikan cencaru rm 5. Sgt besar dan mantap. Pedas dan menusuk kalbu. Mmg fantastic habis! Sungguh berselera kami makan semalam. Best2!Nextweek bole pegi lg kot (kan bf?), mane larat nk gi slalu. Minyak mahal wo.Jauh kan kami mencari makanan?
Rasanye, duduk kt gombak dulu lg best. Sbb dekat nk ke mana-mana. Plng best pasar ramadhan melawati la. Sgt byk makanan dan semuenye best2. Jumpa ramai artis gak. Ahaks. Tp, aku xheran yg tu. Yang aku ghairah hanya la pada ikan bakar restoran nelayan yg dibalut dgn daun pisang dan dibakar garing. Wah! kecur air liur. Selain tu, my fav of coz puding caramel. Aku sgt suke puding itu. Tp klau yg byk telur sgt dan hanyir, aku mmg xsuka. Bole muntah. Yang x manis dan x hanyir (means yg sedang2 je) mmg layan habis. Hehe. my fav puding ever. Plus, kt pasar ramadhan tmn melawati kita bole beli lauk dgn harga rm 1 (kt serdang xdpt) sume rm 2.Sedap dan murah. Best gila. Lagi satu, aku suke vadeh kat sana. Mmg superb! Bf pon suka. Uncle ni akan ckp vadeh, vadeh, vadeh, vadeh, vadeh (ada intonasi)sbyk 5 kali. Sgt menarik dan interesting. Sbb tu ramai org tertarik beli kat dia. Rm 1 dapat 3biji. Smlm beli rm 2. Habis semuanye kitorg melantak. Huhu.
For today, tak tau nk berbuka makan ape. Cam bosan je nk beli kt Serdang ni. Haiyaaa. Rasa2 nk mkn ape eh? Actually, xsabar nk blk hometown (ipoh) tomorrow. Dah mintak my mom masakkan ketam bercili tu (wah! lama xrasa, xsabar nk blk). Ketam bercili my mom mmg very the layan punya. My fav dish EVER! Since sy xmakan ayam n daging, klau dpt ikan laut (ikan sungai xmkn) dan ketam dan udang rimau mmg best sgt2! Bahagia je rasa. Tp ketam pon kolestrol la. Uhuk, uhuk. Ikan tenggiri, kerisi, siakap, terubuk etc erm, sumenye enak2. Haha. Im the fish lover~~~
3 comments:
macam suatu perasaan yang tak dapat nak digambarkanlah dengan daging tu. ianya erm...sangat hebat
hahaha
hihihihi :p kat serdang mmg ada kureng sket..tp klu muka yg jenis mmg berniaga, bukan yg mcm chipsmore (time pose je tetibe muncul)..memang salunya sedap :) salunya locals serdang jek yang ok menjual dr org yg jual mcm nk bg makan hape jek!
puding??ohh..mahu bikin puding lagi la ida :) sure i'll call u nnt bebila buat :)
wahh, lin sgt baik hati. lupa nk creditkan lin coz buatkan the nice damn delicious puding aritu. sgt xtahan!haha.
Post a Comment