Salam, fuhhhhhhhhh, lamenye tak update.
Perkara-perkara yang terjadi last week, sangat indah! First of all, dapat gaji awal (yeay!) and second, my unit telah diaudit SIRIM and INSPEM is clean! No NCR or OFI. Sangat teruja and terus rasa best gile!
Actually, dari last week lagi nak update blog ni. Tapi tak sempat. Nak cerita yang saya telah ke Danau Kota and shopping macam-macam. Huhu. Beli blouse yang tengah "in" sekarang (yang ada puff kat bahu). Hehe. memang i sangat adore baju-baju design mcm tu. Selalu tengok yang lengan pendek, but now dah ada lengan panjang. Terus sambar 3 helai. RM25 je sehelai. Then, selendang tengah "in" (sila rujuk pic dibawah), juga design terbaru sebab color bertone-tone serta ada kristal. RM15 sehelai (murah kot). Lepas tu, beli headband untuk aksesori pakai shawl. Stylo jugak la (perasan, maaf). Haha. Then, beli jaket Rm30, also beli anak tudung awning. Yang ni memang sy sangat terujaaaaaaaaaaa. Sebab anak tudung ni ade awning so, muka boleh nmpak lebih runcing, xde la bulat. Huhu. Sambar 6 helai, RM8 sehelai, beli 2, RM15. Huhu. With this anak tudung, meaning sy dah boleh pakai shawl tanpa bimbang muka bulatttt. Huhu.
Kemudian, sabtu lepas telah meduduki ujian M-test di SMK Puteri Wilayah (sosek barek cari tompat ni haaa). Sampai pukul 1 pagi baru jumpa, rupanya area Kg. Baru dekat dgn UniKL. Adusss, ponek den cari tau. Ujian agak OK, cuma tak boleh blah soalan analitikal dia. Sungguh analitik wa cakap lu! Boleh pening, serius shit. Haha. Overall, ujian boleh la jawab. Layakkah sy menjadi seorang guru? Macam kelakar plak. Kalau dah rezeki, terima je la kan? Nasib baik ujian hanya setengah hari. kalau sehari mcm ujian PTD, tak dapek den nak nolong. Komfem tak pegi! Setelah bersusah payah menduduki ujian, petang itu kami ke UNIQLO (finally dapat pergi setelah dicanang2 shop ni best). Ok, pemandangan dari luar memang nampak sangat atau sungguh happening! Ramainye orang, 3 tingkat ye u all. Gigih parking kat Farenheit 88 tu, maksimum parking fee RM15, tapi hari tu kena RM9 (lebih kurang parking kat PV gak). Hati sungguh tak tertahan melihat orang-orang membawa beg plastik UNIQLO (tak sabar nak tengok). Tapi.............. bila dah masuk agak mengecewakan la. Huhu. In my humble opinion, UNIQLO is too overrated. Serius, pakaian dia sungguh tak sesuai dengan weather Msia. Coz most of the collection jenis kain bulu (wool) which is "ko gila nak pakai kt Msia yg panas ni?" Lain la kalau ko duduk kat Japan. Lagi satu tak puas hati, heard that the price is cheap. Cheap mendenyeeeee. Mahal dowhhh (tetiba teringat kt budak yg suruh pilih KLCC ke dia). Ahakssss. Semua level penuh dengan baju yang sama je. Yang really worth it nak beli is the winter cloth (kalau-kalau korang nk gi oversea), banyak choice winter cloth yg stylo. Setelah kecewa di UNIQLO, beredar ke Pavi berjalan kaki (nasib baik dekat). Masa tengah jalan tu, tak nampak pulak adegan Hollywood gile kiss2 macam beruk budak2 sekolah tu. Hahaha. Kalau sy jumpa, sy sekeh je sekor2. Di Pavi telah masuk ke Cotton On, takde ape yang menarik. Masuk Forever 21, beli headband sahaja. Masuk Charles and Keith pon tidak membeli apa-apa. Nafsu membeli belah kurang sebab kecewa dengan UNIQLO. Hehehehe.
OK, layankan pic-pic ni (stuff yg telah diborong).
Contoh pemakaian headband (i dah ada 6 jenis headband collection, tak sempat nak snap pic, next time, k)
Anak tudung awning. Sungguh selesa dan bergaya. Huhu.
Shawl bling-bling multitone (kristal tu yg mahal tu) RM15
grey jacket. heart it~~RM30
Puff shirt polka-dot (RM23)
Puff shirt tie-dye (RM25)
Puff shirt bonga2 (RM25)
p/s: Semua harga setelah dirunding. Kalau tak lagi mahal. Contoh puff shirt tu RM30 dia letak, tawar-tawar dapat rm25. Inner pon sama, kalau tak RM10 sehelai, tawar-tawar dapat RM15 2 helai lagi. Huhu. Berbaloi-baloi~~
p/s lagi: Nampak long dress jenis puff. Sungguh teruja, tapi tak beli sebab tak konfiden nak pakai lagi. Next time kot. Huhu.
Ok, that's all. Sekian, terima kasih, jumpa lagi.